Ikatan sesebuah keluarga bertunjangkan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain menjadikan ia lebih teguh dan berkualiti. Bagi diri saya sendiri yang sudah berumahtangga selama 12 tahun bersama isteri tercinta, puan Sophie binti Tarmizi. Banyak rintangan dan dugaan yang kami hadapi bersama dalam membina kehidupan berumahtangga. Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan atau kalau rasa ia tak bagus, itu hak anda sebagai pembaca dan saya sebagai blogger hanya menyampaikan sahaja.
1. Elakkan meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang lembut/rendah agar tidak mengguris perasaan pasangan kita.
2. Jangan puji orang lain/luar secara berlebih-lebihan, bukannya apa takut nanti dapur tak berasap pula.
3. Bila bersembang dengan pasangan janganlah berbohong giler2, diakan dah jadi pasangan hidup kita maka bersikap jujurlah padanya. Ingatlah kalau dah ditipu/dibohongi berkali-kali nescaya sampai bila-bila pun kata-kata kita takkan laku.
4. Usah lontarkan kritikan yang pedas terhadap pasangan kita. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya. Jika ada yang terkurang, sama-sama kita belajar untuk memperbaikinya. Pasti akan rasa lebih romantik bila belajar bersama-sama.
5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan yang munasabah. Dan si isteri pula, usah meninggalkan rumah tanpa mendapat restu suami walaupun hanya pergi pasar je.
6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa. Kita bukanlah sempurna maka tidak salah kalau kita menjadi pemaafkan.
7. Last but not least, rahsia rumahtangga anda adalah rahsia yang paling penting/besar. Jangan dicanang kepada orang lain kerana jika tersilap percaturan pasti akan menghancurkan mahligai yang dibina.
Harapan saya agar pasangan di luar sana yang bakal mendirikan rumahtangga, selamat menempuh ke alam baru. Jika ada yang terkurang mohon maaf dari saya, Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Sekian.
No comments:
Post a Comment