Dalam kita dok kalut-kalut menyambut ketibaan Syawal, sudahkah anda membayar zakat fitrah..? Jangan lupa sila tunaikan kewajipan anda..
Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..
Korang tentu suka story ini..
Wednesday, August 15, 2012
Aidilfitri 1433H
Dalam kita dok kalut-kalut menyambut ketibaan Syawal, sudahkah anda membayar zakat fitrah..? Jangan lupa sila tunaikan kewajipan anda..
Tuesday, January 03, 2012
Azam Baru
Sunday, July 31, 2011
Kau datang lagi..
Assalamualaikum semua.. Nampaknya Ramadhan bertemu lagi kita kali ni.. Seperti tahun sudah, kami sekeluarga akan menyambutnya berempat tapi kali cukup berbeza kerana bertambah seorang ahli baru dalam keluargaku. Alhamdulillah syukur kami kehadrat Ilahi kerana diberikan rezeki yang tak terhingga malah diberikan peluang untuk terus bernyawa di muka bumi ini.
Pada esok hari bermulalah episod baru iaitu menunaikan Rukun Islam ke-2. Marilah kita semua menunaikan solat terawih di masjid atau surau yang berhampiran. Disamping mendapat fadhilat terawih, dapatlah juga merapatkan silaturahim diantara penduduk setempat. Peluang sebegini jarang sekali kita dapat, bagi aku yang sentiasa sibuk dengan jadual kerja. Sudah pasti aku takkan lepaskan peluang macam ni..
Di bulan Ramadhan ini marilah kita semua memperbanyakkan amalan kita, perkara yang lepas janganlah di ungkitkan lagi. Kita mulakan dengan buku baru semoga dosa-dosa silam akan diampunkan Allah SWT. Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan besar maupun kecil. Dari itu aku menyeru kepada sahabat-sahabat agar menambahkan amalan dan cuba-cubalah kurangkan melakukan kemungkaran di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Monday, February 14, 2011
Maulidur Rasul
Friday, September 24, 2010
Musim RUMAH TERBUKA pulak..
Monday, September 20, 2010
Demam raya kembali..
Alhamdulillah setelah sekian lama tak update sebab beraya punya angkara dan takde masa nak ber'internet' maklumlah internet guna Streamyx kat rumah je.. kat kampung takde internet huhuhu... Sedihlah jugak sebab kalau guna Broadband sudah tentu boleh melayarinya di mana-mana jua kita berada dan yang pentingnya kita dapat update segala agenda yang ingin kita rancangkan.. Itupun jika liputannya bagus.. Mesti nak tau kenapakan..? Broadband ni ada baiknya dan ada tak bestnya jugak.. Tak best kalau kita dok bayar mahal-mahal tapi line hampeh.. terutamanya jika berada di kawasan pedalaman (jauh dari pekan @ bandaraya)
Tuesday, September 07, 2010
Pengumuman Raya..
Tak lama lagi Syawal aka tiba.. beberapa hari sahaja lagi kemeriahan berlangsung di seluruh negara. Dikesempatan ini aku serta keluarga ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kiranya ada kesilapan yang telah aku lakukan. Maaf zahir batin.. dan dalam menyambut raya ni,aku mungkin tak dapat nak update sebab balik ke kampung.. jumpa lagi yer.. selamat hari raya...
Wednesday, September 01, 2010
Bazaar oh Bazaar
Tuesday, August 31, 2010


Semoga bangsaku akan sedar diri tak lama lagi.. jangan biarkan diri ini terus terjerumus dengan budaya yang kita sedari bukan asal kita. Usia kita bukannya selamanya muda.. dunia ini tidak selamanya kekal buat kita.. mungkin hari ini.. atau esok.. bila-bila masa saja Allah akan tarik semua nikmat yang kita ada..
Monday, August 30, 2010
Oh Syawal...
Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi, sebuah bulan mulia yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada seluruh umat Islam. Kini Syawal pula bakal tiba, hari ini genaplah 20 Ramadhan kita umat islam menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan tawaduq. Ketika ini sudah mula berkumandang lagu-lagu raya di corong radio yang menggamit hati dan perasaan bagi insan yang mencari rezeki di perantauan termasuklah aku sendiri. Teringat masa kecik2 dulu berbasikal satu kampung collect duit raya, ada tu kami beraya ke kampung sape ntah. Asalkan bulan tu dapat kumpul duit banyak2.. seronok tak terhingga bila dapat banyak duit.. Bohonglah kalau aku tak terkesan langsung bila dengar lagu-lagu raya berkumandang, cuma muka aku je tak mempamerkan apa-apa perasaan bila kawan-kawan dok bertanya, "tahun ni abg cuti beraya tak?". Dengan selambanya aku berkata, "erk, tak kot.. kena kerjalah.. time tu filem banyak masuk..". Hati ini je yang tahu betapa bengkaknya rasa bila boss aku dah warning awal2, aku kena standby raya nanti.
Hakikatnya, aku terima ajelah sebab dia boss aku. Nanti kena warning letter pulak kan.. Walau macamana pun, aku tetap isi borang cuti jugak. Nasiblah kalau pas ni cuti aku tak approve, aku MC laa.. hehehe.. Ahh, itu serba sedikit perihal aku & kerja aku.. aku nak citer sket perihal keseronokkan di bulan puasa & bulan syawal yang bakal tiba nanti..
30 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memasukkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat terawih, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur.
10 hari lagi kita akan berhari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan.
Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang keberatan meninggalkan Ramadhan lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan itu. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun iaitu dengan menjalani puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan kita.
Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Amin..



