Oh Syawal...
Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi, sebuah bulan mulia yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada seluruh umat Islam. Kini Syawal pula bakal tiba, hari ini genaplah 20 Ramadhan kita umat islam menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan tawaduq. Ketika ini sudah mula berkumandang lagu-lagu raya di corong radio yang menggamit hati dan perasaan bagi insan yang mencari rezeki di perantauan termasuklah aku sendiri. Teringat masa kecik2 dulu berbasikal satu kampung collect duit raya, ada tu kami beraya ke kampung sape ntah. Asalkan bulan tu dapat kumpul duit banyak2.. seronok tak terhingga bila dapat banyak duit.. Bohonglah kalau aku tak terkesan langsung bila dengar lagu-lagu raya berkumandang, cuma muka aku je tak mempamerkan apa-apa perasaan bila kawan-kawan dok bertanya, "tahun ni abg cuti beraya tak?". Dengan selambanya aku berkata, "erk, tak kot.. kena kerjalah.. time tu filem banyak masuk..". Hati ini je yang tahu betapa bengkaknya rasa bila boss aku dah warning awal2, aku kena standby raya nanti.
Hakikatnya, aku terima ajelah sebab dia boss aku. Nanti kena warning letter pulak kan.. Walau macamana pun, aku tetap isi borang cuti jugak. Nasiblah kalau pas ni cuti aku tak approve, aku MC laa.. hehehe.. Ahh, itu serba sedikit perihal aku & kerja aku.. aku nak citer sket perihal keseronokkan di bulan puasa & bulan syawal yang bakal tiba nanti..
30 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memasukkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat terawih, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur.
10 hari lagi kita akan berhari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan.
Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang keberatan meninggalkan Ramadhan lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan itu. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun iaitu dengan menjalani puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan kita.
Akhirnya sama-sama kita berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Amin..
No comments:
Post a Comment