Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Showing posts with label Sudut Berita. Show all posts
Showing posts with label Sudut Berita. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

AWAS.. GERAK LANGKAHMU WOO..


Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. 

Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.

Ikuti Modus Operandi dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi:
1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.
2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.
3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan 
4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.
5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan
6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:
1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.
2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.
3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.
5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu).

Thursday, August 30, 2012

Betul ke si Paris Hilton ni..?

Nak percaya tentang berita ni aku pun tak pasti tapi ianya dah tersebar dalam media sekarang ni..  Jika benar apa yang dikhabarkan, Alhamdulillah kerana dia ni diberikan hidayah untuk memeluk agama islam yang agung ini..


Apapun kita tunggu je la samada ianya betul atau sekadar publisiti je

Thursday, July 05, 2012

Uncle Seekers buat hal lagi

Tak habis-habis dengan kontroversi yang sorang ni..


Menonton berita RTM1 sebentar tadi, uncle seekers dah kena tangkap bersama seorang wanita. Isunya mengenai tulisannya dalam blog tentang Sultan Johor. Korang bacalah sendiri yek...

Friday, May 18, 2012

Sudah cukup sudah..

Sarapan sudahh..
Terlelap pun sudahh..
Email checking pun sudahh..
Apa yang tak sudah lagi ni..?

Menantikan kereta aku kat Nissan Service Centre yang tak sudah2.. Huuhuuu.. 

Wednesday, April 11, 2012

"Akibat buatan orang"

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian...  Terima kasih kerana anda berkunjung lagi dalam blog midonz yang baru nak naik ni...
Entri hari ni aku nak sentuh fasal "Akibat buatan orang".  Bila terbaca tajuk ni, anda semua pasti dah boleh budget apa isu yang ingin aku perkatakan kepada anda semua hari ni kan...?

Tuesday, February 21, 2012

Jangan asyik melepaskan nafsu aje


Disaat perut menghantar isyarat bahawa anda perlu segerakan tanggungjawab anda didalam tandas. Cuba perhatikan dulu setiap pelusuk mangkuk tandas yang bakal anda hinggap kejap lagi. Adakah ia betul2 selamat dari sebarang bahaya atau anda memang tak amik peduli langsung demi melayan nafsu buangan anda..?

Apapun aku harap anda periksa dulu lokasinya sebelum padah menimpa. Aku sekadar mengingatkan aje. Selamat menunaikan kewajipan  :D

Friday, February 17, 2012

Lawak biadap

Mesti tension pegawai peguatkuasa kalau baca statement ni...

Saturday, January 21, 2012

Saman bang..!

Syabas abang Polis (PDRM) yang menjalankan tanggungjawab di kawasan Leisure Mall, Cheras, Kuala Lumpur. 


Sedang makan tengah hari di McDonald's Leisure Mall tetiba ternampak kelibat abang polis celah2 jejambat tepi jalan nu.. Wah, siap main nyorok2 abang polis yer.. nak join boleh tak..?
Rupanya dia tengah dok perhati sape2 yang parking sesuka hati kat line kuning... Hmmm,bagus sangatlah tu. Padan muka kereta diorang, nak ngelak bayar parking last2 kena bayar kompaun.. Amik engkau hahahaha...

MORAL : Parkinglah kat tempat yang disediakan kalau tak nak kena saman / kompaun  

Monday, January 16, 2012

Oh tidak..!

Berlaku tengahari tadi di USJ dekat-dekat The Summit USJ...


Time ni cuaca panas terik so aku mengandaikan si driver tu mesti mata dia terkebil-kebil menahan mengantuk tahap tak hengat punya. Sebabnya aku pun kekadang macam dia jugak... kena pulak angin panas menerpa muka, maunya tak mengantuk...

Kepada pemandu kereta,hati-hatilah ye... mujurlah lori,kalau kereta rasanya remuk sudahh...

Baik buruk perkhidmatan MyEG


Suatu perkhidmatan memperbaharui lesen serta cukai jalan kenderaan telah ditubuhkan pada Februari 2000. MyEG turut menyediakan khidmat pembayaran saman secara online serta berkaitan e-kerajaan. Selain memudahkan pengguna dalam berurusan ia juga menjimatkan masa dengan tidak perlu beratur panjang dalam setiap urusan berkaitan JPJ maupun Pejabat Pos. Maknanya segalanya dihujung jari anda jer. Hebatkan...



Tapi terdapat juga yang tak best tentang perhidmatan 'road tax' yang diberikan. { Sila baca disini }
Maaflah kalau nak masukkan dalam blog ini terlalu panjang, maka aku terpaksa 'link' bagi memudahkan korang  dan tak menyerabutkan blog aku   ^_^

MORAL :  Kita sebagai pengguna berhak untuk memilih samada mahu atau tidak. Segalanya terletak kepada diri anda. Mungkin dengan sedikit info ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada diri aku dan kawan2 yang lain.

Friday, January 06, 2012

Jelajah Muzium

Eh.. bunyinya macam rombongan sekolah pulak.. Tapi itulah realitinya..  Pernahkah korang ke Muzium Sultan Alam Shah yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Ayuh apa lagi.. jomlah ke Muzium sekarang..

Thursday, January 05, 2012

Percayakah Anda..?

Sesuatu telah berlaku di salah sebuah shopping mall area Kuala Lumpur (sorry pembaca, korang kena teka sendiri kat mana lokasi ni hehehe..)

 Kepada pembaca yang biasa dengan escalator dan persekitaran tempat ni pasti dah jumpa jawapannyakan.. Shhh...  Hahaha... Ni baru sekeping, ada lagi sila turun ke bawah.. Check it out..!

Aku Setia


Kisah benar dari New Delhi di sebuah perkampungan di daerah Kamepally Andhra Pradesh, India. Seorang wanita mengalami kesan lecur yang teruk selepas terpaksa mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagai bukti dia tidak berlaku curang terhadap suaminya.


Sayamma, 35 tahun, dipaksa melakukan tindakan itu selepas suaminya, Ramaiah 37 tahun, yang dikahwini tujuh tahun lalu telah mendakwa isterinya berlaku curang dan mahu menceraikannya.
Amalan mencelup tangan ke dalam air mendidih tersebut merupakan ujian kesetiaan yang diamalkan di kampung itu dan turut diadili oleh orang tua digelar ‘panchayat’.
Bagaimana pula jika amalan tersebut turut diamalkan di Malaysia..? Anda bayangkan.. Mujurlah Islam melarang amalan tersebut..

Wednesday, January 04, 2012

Honda C50

Tentu korang tahu mengenai populariti motosikal Honda yang menjadi pengangkutan paling famous di Malaysia. Sejauh mana korang tahu mengenainya.. Ok mari baca lagi..


Monday, December 26, 2011

Tunggu kami mati dulu

Agaknya itulah ungkapan paling mustajab yang aku boleh berikan bagi isu kali ini. Kerana slogan yang lembut-lembut atau berhemah ni biasanya lambat mereka 'take action' melainkan kita buat protes jalanan maupun bagi memorandum kepada kerajaan. Itu kes lainlah okay.


Saturday, November 26, 2011

Miraculously mother..

Berikut ini adalah ibu-ibu di dunia yang paling unik dan aneh yang pernah ada.

1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat


Dikenali sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez telah menarik perhatian dunia setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah memiliki enam anak-anak lain di bawah usia lapan tahun.



Friday, November 25, 2011

18+ Above Only..!

Pembunuhan kejam Junko Furuta



Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.

Wednesday, November 23, 2011

Attack.....


Malam ini akan berlangsungnya perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Bukit Jalil.  Menurut Naib Presiden FAM, Dato' Hamidin Mohd Amin pihaknya menyasarkan sebanyak 20,000 tiket akan terjual tetapi sehingga kini hanya 2,000 tiket yang berjaya dijual sama ada di kaunter tiket dan secara online. Walaubagaimanapun kita mengharapkan malam ini jualan tiket meningkat lagi.



Apa pun sama-sama kita seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada pemain Malaysia yang baru balik dari SEA GAMES 2011, Palembang, Indonesia. Kita tahu mereka keletihan tapi semangat dan sokongan moral daripada penyokong pasti akan menyemarakkan lagi rentak permainan mereka malam ini.


Ayuh kita menonton siaran secara langsung di kaca TV malam ni (bagi yang tak ke stadium). Kedai mamak tentu ramai nanti.. 

Tuesday, November 22, 2011

GARUDA menggila..

Pagi ni aku keluar rumah nak beli surat khabar boleh dikatakan separuh daripada kedai yang jual surat khabar area Sungai Besi, Kuala Lumpur 'Sold Out'..  Amboi, sungguh luar biasa fenomena ni.. Pada sesiapa yang pernah datang ke Pekan Sungai Besi yang berhampiran Kem Tentera Darat ni pasti tau betapa besarnya kawasan ni.. Memandangkan aku dah cukup desperate nak dapatkan Akhbar, aku redah jugak la cari sampai dapat yang akhirnya Berita Harian sempat aku capai.. Harian Metro, The Star habis.. yang tinggal Kosmo, Akhbar Sinar + Tamil + Cina je..





Semuanya gara-gara berita perlawanan bolasepak malam tadi yang berkesudahan Emas dimiliki Malaysia. Sungguh pun kemenangan sudah dimuktamadkan tetapi masih ada rasa tidak puas hati oleh pihak kontijen Indonesia. Kita dapat lihat tindakan mereka dalam BLOG cik Nana ni.. Sikap tak profesional mereka cukup jelas.


Hahaha.. Part ni paling tak munasabah.. Yang korang bakor kaunter tu buat apa..? Tetapi itulah yang terjadi kepada Rakyat Indonesia yang terkenal dengan semangat kenegaraannya...  Terima kasih Sozcyili laporan anda best.. Klik nama Sozcyili untuk berita penuh...

Apa pun terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan ubahlah perangai korang baru orang lain hormat kepada anda...

Apabila GARUDA tersungkur lagi..


Bertahun sudah ku menunggu diri mu 


Akhirnya Malaysia dapat juga 
Susahnya untuk ku melupakan mu 
Kerna kau ku cintai selalu 

Tapi sayang Malaysia kembali menuntutmu 
Datang kembali mengenang cinta dahulu 

Mengapa ini semua harus berlaku 
Apakah ini semua kerna pingat Emas
Sedangkan aku cuma watak dalam Games ini 
Tak sanggup aku melepaskanmu 

Kau ibarat Emas yang bertakhta dihatiku  
Tak tahu mana aku nak sorokkan muka ini 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...