Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

AWAS.. GERAK LANGKAHMU WOO..


Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. 

Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.

Ikuti Modus Operandi dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi:
1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.
2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.
3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan 
4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.
5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan
6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:
1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.
2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.
3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.
5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu).

Thursday, July 05, 2012

Uncle Seekers buat hal lagi

Tak habis-habis dengan kontroversi yang sorang ni..


Menonton berita RTM1 sebentar tadi, uncle seekers dah kena tangkap bersama seorang wanita. Isunya mengenai tulisannya dalam blog tentang Sultan Johor. Korang bacalah sendiri yek...

Friday, June 29, 2012

Pelajar sekolah di Rogol

Dalam meniti arus kemodenan yang semakin pesat berkembang, manusia juga semakin lama semakin tersasar dari landasan hidup yang sebenar ditambah pula pegangan agama yang tidak kuat mempengaruhi segalanya. Kisah ni aku kongsikan bersama korang semua disini  & disini
sumber dari www.xlupa.com

Persoalannya, siapa yang patut dipersalahkan.. Apa penyelesaiannya..? Segalanya terletak pada diri sendiri kerana anda yang memilih jalan itu..  Anda pula bagaimana..?


Wednesday, April 18, 2012

Blur is good

Blurr...
is 
GOOD..!


True that sometimes we need someone to talk to...

or 

play some bubbles can release your tension..

Wednesday, April 11, 2012

"Akibat buatan orang"

Assalamualaikum buat semua pembaca sekalian...  Terima kasih kerana anda berkunjung lagi dalam blog midonz yang baru nak naik ni...
Entri hari ni aku nak sentuh fasal "Akibat buatan orang".  Bila terbaca tajuk ni, anda semua pasti dah boleh budget apa isu yang ingin aku perkatakan kepada anda semua hari ni kan...?

Sunday, January 29, 2012

Cara paling mudah bila di dalam Komuter


Bagi kita rakyat Malaysia khususnya memang rasa rasa pelik bila geng Negro masuk negara kita. Mana tidaknya, mereka masuk dengan menggunakan alasan pelajar di sini. Ahh, itu bukanlah perkara utama entri aku. Cuma nak share apa yang sahabat kita jumpa dalam Komuter. Thanks to xLupa kerana mengizinkan aku share photo ini. Aku tak peduli apa yang korang nak huraikan tentang photo di atas, hak korang nak kata apa.. 

Oh ya, kalau rasa2 nak luahkan.. Korang boleh memekak kat ruangan komen di bawah. TQ semua hehehe..

Monday, January 16, 2012

Oh tidak..!

Berlaku tengahari tadi di USJ dekat-dekat The Summit USJ...


Time ni cuaca panas terik so aku mengandaikan si driver tu mesti mata dia terkebil-kebil menahan mengantuk tahap tak hengat punya. Sebabnya aku pun kekadang macam dia jugak... kena pulak angin panas menerpa muka, maunya tak mengantuk...

Kepada pemandu kereta,hati-hatilah ye... mujurlah lori,kalau kereta rasanya remuk sudahh...

Baik buruk perkhidmatan MyEG


Suatu perkhidmatan memperbaharui lesen serta cukai jalan kenderaan telah ditubuhkan pada Februari 2000. MyEG turut menyediakan khidmat pembayaran saman secara online serta berkaitan e-kerajaan. Selain memudahkan pengguna dalam berurusan ia juga menjimatkan masa dengan tidak perlu beratur panjang dalam setiap urusan berkaitan JPJ maupun Pejabat Pos. Maknanya segalanya dihujung jari anda jer. Hebatkan...



Tapi terdapat juga yang tak best tentang perhidmatan 'road tax' yang diberikan. { Sila baca disini }
Maaflah kalau nak masukkan dalam blog ini terlalu panjang, maka aku terpaksa 'link' bagi memudahkan korang  dan tak menyerabutkan blog aku   ^_^

MORAL :  Kita sebagai pengguna berhak untuk memilih samada mahu atau tidak. Segalanya terletak kepada diri anda. Mungkin dengan sedikit info ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada diri aku dan kawan2 yang lain.

Monday, January 09, 2012

Pilihan Terletak Pada Diri Sendiri

Kisah pelajar cemerlang yang begitu meluas di media cetak dan elektronik sekarang ni membuatkan aku terfikir, bagaimana seorang yang terpelajar malah lebih genius dari aku yang tak hebat ni boleh terpesong akidahnya walhal dia bijak pandai. Nak kata didikan ilmu yang lemau rasanya aku lagi lemau, bahkan aku langsung tak pernah naik kapal terbang macam dia tu.. Nak tunggu aku repeat SPM ke..  belum tentu dapat macam dia.. hehehe..



Sunday, January 08, 2012

Kuasa Si Mulut

Apa yang best sangat topik kali ni..? Apa yang ada pada kuasa mulut..?  Mulut paling power pernah aku lihat ialah mengunyah mentol / kaca pastu siap telan macam biskut. Tak pernah pulak nampak mulut berupaya membelah gunung-ganang kecuali dalam movie X-Men..
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Itu jika di lihat dengan mata kasarnya saje. Hakikatnya mulut lebih berbisa daripada meriam buluh maupun sumpit beracun. Kita dapat lihatnya di sekeliling kita.

Thursday, January 05, 2012

Aku Setia


Kisah benar dari New Delhi di sebuah perkampungan di daerah Kamepally Andhra Pradesh, India. Seorang wanita mengalami kesan lecur yang teruk selepas terpaksa mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagai bukti dia tidak berlaku curang terhadap suaminya.


Sayamma, 35 tahun, dipaksa melakukan tindakan itu selepas suaminya, Ramaiah 37 tahun, yang dikahwini tujuh tahun lalu telah mendakwa isterinya berlaku curang dan mahu menceraikannya.
Amalan mencelup tangan ke dalam air mendidih tersebut merupakan ujian kesetiaan yang diamalkan di kampung itu dan turut diadili oleh orang tua digelar ‘panchayat’.
Bagaimana pula jika amalan tersebut turut diamalkan di Malaysia..? Anda bayangkan.. Mujurlah Islam melarang amalan tersebut..

Saturday, December 31, 2011

2012


Esok bermulalah episod baru dalam hidup aku. Tahun yang bakal dicipta oleh aku sendiri untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Kepada yang berkeluarga, jadikan tahun 2012 sebagai tahun menstabilkan ekonomi dan pada remaja pula, jadikan ia sebagai tahun membina kerjaya dalam hidup.



TINGKATKAN USAHA ANDA.. BUAT YANG TERBAIK..

Monday, December 26, 2011

Tunggu kami mati dulu

Agaknya itulah ungkapan paling mustajab yang aku boleh berikan bagi isu kali ini. Kerana slogan yang lembut-lembut atau berhemah ni biasanya lambat mereka 'take action' melainkan kita buat protes jalanan maupun bagi memorandum kepada kerajaan. Itu kes lainlah okay.


Tuesday, December 20, 2011

What the.....

Orang terlampau bijak pandai pun susah juga..  bodoh terlampau lagilah susah..  Apa kita nak panggil mereka ni..? Ada undang-undang tapi tak mahu guna..  Bila tiada undang-undang dikatanya pihak berkuasa tak buat kerja.. 





Friday, December 16, 2011

Tak cukupkah..?

Apa lagi yang kurang
Tak cukupkah apa yang engkau ada
Apa yang engkau benci sangat
Tak perlulah jadi orang lain
Hanya mahukan bangga pujian
Bertaubatlah sebelum terlewat





Tuesday, November 22, 2011

GARUDA menggila..

Pagi ni aku keluar rumah nak beli surat khabar boleh dikatakan separuh daripada kedai yang jual surat khabar area Sungai Besi, Kuala Lumpur 'Sold Out'..  Amboi, sungguh luar biasa fenomena ni.. Pada sesiapa yang pernah datang ke Pekan Sungai Besi yang berhampiran Kem Tentera Darat ni pasti tau betapa besarnya kawasan ni.. Memandangkan aku dah cukup desperate nak dapatkan Akhbar, aku redah jugak la cari sampai dapat yang akhirnya Berita Harian sempat aku capai.. Harian Metro, The Star habis.. yang tinggal Kosmo, Akhbar Sinar + Tamil + Cina je..





Semuanya gara-gara berita perlawanan bolasepak malam tadi yang berkesudahan Emas dimiliki Malaysia. Sungguh pun kemenangan sudah dimuktamadkan tetapi masih ada rasa tidak puas hati oleh pihak kontijen Indonesia. Kita dapat lihat tindakan mereka dalam BLOG cik Nana ni.. Sikap tak profesional mereka cukup jelas.


Hahaha.. Part ni paling tak munasabah.. Yang korang bakor kaunter tu buat apa..? Tetapi itulah yang terjadi kepada Rakyat Indonesia yang terkenal dengan semangat kenegaraannya...  Terima kasih Sozcyili laporan anda best.. Klik nama Sozcyili untuk berita penuh...

Apa pun terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan ubahlah perangai korang baru orang lain hormat kepada anda...

Saturday, November 19, 2011

Breaking News

Perlawanan petang tadi sedikit sebanyak melegakan hati setiap peminat bolasepak khususnya di Malaysia. Manakan tidaknya sepanjang perlawanan kedua-dua pasukan terikat 0 (Malaysia) - 0 (Myanmar). Mujur jugalah di minit terakhir gol tunggal berjaya di jaringkan oleh Fakri Saarani, syabas kepada Fakri kerana berjaya membawa Malaysia ke Final.

Lain pula halnya bagi sebilangan sukarelawan Sukan SEA Indonesia 2011 yang dikejutkan dengan pemberhentian menggunakan sms. Keadaan menjadi bertambah panas apabila sukarelawan tersebut tidak diberikan gaji seperti yang di janjikan..
Butiran lanjut sila KLIK INI

Saturday, October 29, 2011

Jodoh

Betul ke pepatah mengatakan Jodoh serta pertemuan diantara 2 insan telah ditentukan oleh Allah SWT..?  Hmm, bunyinya memang menarik perhatian aku tetapi jika tanpa sebarang usaha di lakukan dan hanya menunggu jodoh tu datang sendiri yang mencari kita..  Memang tak jumpa la jawapannya..



Sunday, October 09, 2011

Kau yang cari pasal

Thanks to my FB frenz


Malang memang tak berbau
Kalau berbau dah tentu kita akan berwaspada selalu
Insiden berlaku apabila traffic light bertukar dari kuning ke merah
Mungkin dengan memecut deras pemuda ini akan berjaya melepasinya sebelum bertukar lampu merah
Sayang seribu kali sayang... kau tetap tak berjaya
Nah, inilah akibatnya..

Kepada penunggang di luar sana,agak2 dah nampak lampu kuning menyala
Janganlah dok perah throttle tu... Kuning bermaksud bersedia untuk berhenti..
Renung2kan...

Sunday, September 25, 2011

Lagi 1 makhluk..

Argggg....  Time macam ni ko saje bikin panassssss...  Ada haiwan terlepas ke kat sini...


Selepas membuat postmotem oleh aku sendiri..  Kejadian ni berpunca dari 1 makhluk yang mempunyai akal yang sungguh unik, malangnya ia terletak kat kepala buku lali..

Ada bungkusan kotak rokok dalam lubang tu..  Hisap rokok pandai, nak buang kotak rokok tetiba hilang ingatan ye...  Kan dah menyusahkan orang lain.. Maintenance la jadi mangsa, kena sedut sampah2 tu keluar..

MORAL : Katakan TIDAK kepada rokok dan jagalah tandas awam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...