Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, January 08, 2012

Kuasa Si Mulut

Apa yang best sangat topik kali ni..? Apa yang ada pada kuasa mulut..?  Mulut paling power pernah aku lihat ialah mengunyah mentol / kaca pastu siap telan macam biskut. Tak pernah pulak nampak mulut berupaya membelah gunung-ganang kecuali dalam movie X-Men..
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Itu jika di lihat dengan mata kasarnya saje. Hakikatnya mulut lebih berbisa daripada meriam buluh maupun sumpit beracun. Kita dapat lihatnya di sekeliling kita.

Mulut berkait rapat dengan pengucapan kata-kata yang membawa maksud berbeza dalam menyatakan sesuatu niat si penyampai. Sememangnya tanpa kita sedar, perkataan mempunyai kuasa yang mampu membentuk diri individu itu.

Dengan kata-kata manis juga, ramai yang menjadi mangsa si mulut power ini. Beruntung empunya mulut kerana memiliki anugerah mulut terhebat tapi sayang ia digunakan atas kepentingan diri semata-mata. Allah menciptakan setiap makhluknya sungguh istimewa, ada yang di kurniakan mata yang cukup hebat dimana hijabnya dapat melihat sesuatu diluar kemampuan mata kasar.

Bagi mereka yang di anugerahkan bakat dalam pengucapan, mereka ini mampu menggoncang dunia hanya bercakap saje tak perlu mencederakan orang lain. Sayangnya andai disalahgunakan, boleh mengundang bencana yang tak dapat kita bayangkan. Rusuhan, perebutan kuasa, perpecahan ummah dan macam-macam lagi. Yang menjadi mangsa adalah kita sendiri juga.

Moral daripada topik kali ni, hargailah dan gunakanlah bakat yang telah dikurniakan Allah kepada kita dengan jalan yang betul dan bantulah mereka yang memerlukan bakat kita dengan niat yang ikhlas. Manalah tahu, suatu masa nanti kita pula berada ditempat mereka.

2 comments:

SufatihaNur said...

salam..nak ngomel sini sket ye..

kerana mulut juga runtuhnya sebuah rumahtangga..kerana mulut juga manusia saling bermusuh...owh mulut yg paling byk bg dosa kat manusia...

MIDONZ said...

Waalaikumsalam
Berhati2 semasa berbicara.. takut2 tak sempat bertaubat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...