Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, December 26, 2011

Tunggu kami mati dulu

Agaknya itulah ungkapan paling mustajab yang aku boleh berikan bagi isu kali ini. Kerana slogan yang lembut-lembut atau berhemah ni biasanya lambat mereka 'take action' melainkan kita buat protes jalanan maupun bagi memorandum kepada kerajaan. Itu kes lainlah okay.


Di Malaysia penunggang motosikal terlalu ramai maka tak hairanlah kalau kita lihat banyak digunakan di sini. Ia adalah pengangkutan terpenting dalam seharian selain kereta atau pengangkutan awam. Di lebuhraya misalnya, penunggang harus menggunakan laluan motosikal yang telah disediakan untuk mengelakkan kemalangan menjadi lebih parah ataupun di saman oleh polis.

Apa pula peranan pihak lebuhraya dalam memastikan keselamatan pengguna motosikal seperti kami ni terjamin. Mereka mesti memantau dan menyelenggara kemudahan yang mereka sediakan supaya ia selamat digunakan. Tetapi ini yang berlaku, setiap lorong/terowong tiada cahaya lampu. Aku attach gambar yang sempat aku rakamkan dari atas motor ketika pulang dari kerja..




Start dari Shah Alam hingga ke Angkasapuri, lebih dari 3 terowong tiada bekalan lampu walaupun lampu bersusun tepek kat siling terowong. Sama juga dari Angkasapuri hingga Shah Alam, serupa je masalahnya.. Aku perhatikan dekat 1 bulan dah tapi macam tu juga.. Nak tunggu ada penunggang mati eksiden ke baru nak repair lampu.. dah la jalanraya berlubang kat dalam terowong tu.. Aku dah bagitau kat Harian Metro.. TV3 belum lagi.. nak tengok dulu apa feedback dari Harian Metro..  Harap-harap ada berita baik selepas ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...