Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, December 19, 2011

Kembali lagi

Musim naik sekolah akan tiba tak lama lagi...  Kini banyak kedai-kedai sudah menawarkan harga murah dan diskaun hebat kepada pengguna khususnya ibubapa yang sibuk menyiapkan alatan persekolahan anak-anak mereka. Kepada ibubapa diluar sana buatlah pilihan yang bijak dalam berbelanja kerana keseronokkan berbelanja tiada batasannya akibat keghairahan tadi.


Semangat ini amat dirasakan kepada anak yang baru pertama kali nak kesekolah. Pasti tak menang tangan si ibubapa melayan karenah mereka. Bagi aku, peluang ini aku gunakan secukupnya untuk bersama keluarga. Ini kerana kami tinggal berasingan.. (kesian kat aku huhuhuuuu....) Hah, korang jangan fikir yang bukan-bukan yek...  kami dipisahkan kerana tugas masing-masing..  Aku bekerja di Kuala Lumpur manakala si isteri bekerja di Pahang. Anak-anak pula dikawal selia sepenuhnya oleh isteri aku.. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau. Tak terbalas pengorbanan beliau yang menjaga anak-anak.

Apa pun hari ini mereka sangat seronok kerana dapat beg, alat tulis, kasut, stokin dan baju sekolah yang baru. Hadiah dari kami kepada mereka kerana menunjukkan peningkatan dalam sekolah. Semoga tahun 2012 akan menambahkan keazaman mereka dalam akademi. Selamat ke sekolah anak-anakku...

2 comments:

sophietarmizi said...

thanx to daddy tooooo......

MIDONZ said...

sama2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...