Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Saturday, December 24, 2011

Mission Impossible 4



Menonton filem Mission Impossible 4 menjadi satu kemestian buat aku kerana aku mengikutinya sejak M.I. pertama lagi. Sebuah filem aksi & ekstrem dilakonkan oleh Tom Cruise sebagai watak penting dalam cerita ini yang akan mengajak kita sama-sama pasukannya menjejaki pengganas yang akan melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika.


Hahaha.. menggelabah korang. Semasa menjejaki si Hendricks yang memiliki kod pelancar nuklear Rusia, pasukan Ethan ni kena menempuh macam-macam halangan demi menyelamatkan Amerika dari kena serang.. Misi kali ni gadjetnya dipertingkatkan dengan beberapa teknologi baru.


Sepanjang 2 jam 15 minit berada di dalam panggung, aku boleh katakan plotnya seimbang tak seperti M.I. sebelum ni yang buat aku tertunggu apa nak jadi lepas ni.. Pada mereka yang minat giler kat aktor ni rasanya korang tentu tak kisah apa orang lain cite kan.. Enjoy the movie :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...