Janganlah kita terlalu rambang mata ketika memilih juadah, kerana nafsu membeli sering kali membuatkan makanan tersebut membazir begitu sahaja kalau tidak dihabiskan. Ramadhan bukan sahaja mendidik kita menahan dari lapar dan dahaga semata-mata malah turut mengajar kita agar mengawal dari segala nafsu termasuk membeli. Dalam pada kita mengamalkan ibadah puasa, janganlah kita lupa pada insan yang memerlukan.. Membayar zakat fitrah wajib bagi kita umat islam mengerjakannya, jangan sampai takbir berkumandang baru nak bayar zakat.. mmm,parahlah kalau macam tu..
Kalau korang sudah menunaikan semua kewajipan, syukur alhamdulillah di ucapkan.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment