Tak kurang hebatnya juga, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit demi memenuhi tuntutan niat mereka. Yer lah, bukannya selalukan.. Biasanya lokasi yang diadakan di kediaman sendiri adalah paling popular berbanding di restoran atau hotel terkemuka.
Bila bercakap tentang mengunjungi majlis tersebut, kita tentu terfikir pakaian yang macamana harus dipakai ke majlis tersebut.. Mungkin bagi orang dewasa tiada masalah tapi bagi kanak-kanak sudah pastinya masalah akan timbul bila waktu memilih pakaian yang sesuai.. Inilah yang berlaku pada anak-anak saya, yang mana mereka lebih suka memilih pakaian mereka sendiri berbanding pilihan ibubapa mereka. Walau apa pun pilihan mereka, saya tetap memantau pilihan mereka. Saya tidak mahu penampilan mereka nanti akan menjadi buah mulut orang lain terutama kawan-kawan sekeliling yang kadang kala amat mengjengkelkan.. Lumrah dunia, mulut manusia sukar ditutupkan..
Memang banyak pilihan makanan yang disediakan oleh tuan rumah tetapi AWAS. Jangan melebihi dos yang sepatutnya kerana jika kita tidak menjaga pemakanan takut nanti anda akan diserang penyakit sebu perut yang serius. Pengalaman ini kerap kali berlaku terhadap semua orang termasuk diri saya. Kerana itu jugalah, saya telah mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengunjung rumah terbuka.. makan hanya yang jarang kita jumpa kat rumah orang lain seperti lontong, spaghetti, masakan budaya dan sewaktunya. Minuman juga amat penting.. kurangkan minuman berkarbonat ( air gas) kerana kandungan gulanya yang terlalu tinggi.. kalau dah sangap sangat, cuba selangi dengan air suam atau air kosong je.. pastikan minyak angin (cap kapak) dibawa bersama.. standby la kan takut mabuk pulak hehehehe.....
Dan, setelah selesai sesi melantak.. yang pastinya kaum Adam pasti tercari-cari udara luar untuk melepaskan nafsu yang terpendam.. apakah ia..? dah tentulah ROKOK..!
Inilah yang tak sihat.. bukankah kita semua tahu bahawa rokok boleh membahayakan kesihatan diri dan orang lain. Bahkan ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang tak perlulah saya huraikan disini.. Rasanya para pembaca sudah sedia maklum tentang penyakit ini.. Masing-masing dah besar panjang jadi tepuklah dada, tanya selera..
Peringatan saya kepada semua..
Semasa kita sedang bergembira bersama keluarga dan kawan-kawan, waspada kenderaan anda diluar rumah.. pastikan berkunci dan usha la sekali sekala kerana musim raya ni bukan sahaja kita semua bergembira malah para pencuri pun turut bergembira menjalankan aktiviti mereka..
SELAMAT MELANTAK DI RUMAH TERBUKA...
1 comment:
jet : thanks.. have a nice day..
Post a Comment