Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca yang dihormati.
Wow, lain macam tajuk topik saya kali ini. Sekadar luahan apa yang terfikir semasa saya sedang bekerja tadi.. sambil bekerja otak terus mengelamun ketempat lain.. tempat yang sukar ditafsirkan dimana ia.. saya ni kalau ada masa terluang memang mudah termenung.. ada yang seronok.. ada pula yang sedih.. tapi kali ni saya terkenangkan rakyat Malaysia yang mempunyai graduan-graduan yang hebat belaka tetapi masih tanam anggur (menganggur). Tak payah cerita orang yang terpelajarlah, orang yang kurang terpelajar pun ada yang hidupnya masih takde kerja... Adakah kerana mereka ni demanding? ntah la, hanya empunya badan je yang tahu apa yang mereka inginkan..
Baru-baru ini Menteri Tenaga Kerja & Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar telah melarang calon pembantu rumah negara itu untuk bekerja di Malaysia. Ini kerana terlalu banyak kes penderaan terhadap pembantu rumah oleh majikannya. Rakyat Indonesia adalah tanggungjawab kerajaan Indonesia, namun jika ada rakyat kita melakukan keganasan terhadap mereka saya berpendapat tindakkan yang setimpal harus diambil oleh Mahkamah bagi mengatasi masalah ini.
Kebanjiran warga asing ke negara kita juga menjadi masalah besar kerana kalau kita lihat tak semua mereka ini mempunyai permit yang sah. Adapun mereka ini telah lama berkampung di negara kita, malah telah melahirkan zuriat lagi. Ini yang menjadi kebimbangan kepada kita semua rakyat Malaysia, saya bukannya tak suka dengan warga Indonesia ni tetapi segelintir warga ini banyak melakukan onar tak kira dimana saja. Ada yang merompak malah sanggup membunuh demi mendapatkan wang. Orang sebeginilah yang telah merosakkan bangsanya sendiri yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tetapi mereka ini pula telah menconteng arang ke muka bangsa mereka sendiri.
Saya paling tak suka bila shopping di Bandaraya Kuala Lumpur, walau dimana kita berkunjung pasti warga Indonesia, Bangla, Filipina dan banyaklah ada disitu.. saya rasa seperti berada diluar negara pulak cuma takde salji je... Rimas dengan kebanjiran mereka sehinggakan mulut saya kadang-kadang jadi mulut mak nenek pula.. Tension bini saya bila mendengar mulut saya mengomel itu ini... Thanks to my wife yang tak putus-putus menjadi pendengar setia... Paling best apabila tiba hari raya, masa tu Kotaraya, Puduraya, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitarnya akan dibanjiri oleh mereka.. sampaikan makcik-makcik yang bershopping pun tak sanggup nak dok lama-lama kat kedai kain sana...
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan demi menanggani masalah kebanjiran warga asing yang semakin meruncing ini.. mana yang mempunyai permit sah takpelah, kalau yang datang secara seludup atau haram, macamana pula tu... tak kurang hebatnya bagi warga China yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan tetapi menjadi pelacur dirumah-rumah urut. Harapan saya semoga kerajaan memperkasakan para penguatkuasa terhadap mereka ini demi keselamatan dan keselesaan warga Malaysia.
3 comments:
pemerintah negara seberang tu melarang rakyat dia datang bekerja di sini pun masih ramai juga yang datang kan...kes2 deraan fizikal yg majikan di sini lakukan tu rasanya memang lah tak patut tapi peratusan masih rendah daripada deraan "mental" yang orang diorang buat kat majikan di sini ...
yang benar,
majikan terdera mental
:p
bab ni mmg susah...tp fikir2 kan lah keperluan utk menggunakan org asing dalam negara sendiri...kaji lah baik buruknya...
sz : hehehe.. benar kata2 awak tu.. kat dalam akhbar byk isu penderaan oleh majikan tetapi kes majikan yang mental dek perangai 'amah' tak pula dihebahkan..
sophie : Kalau kita lihat dalam akhbar, kerajaan memang buat kerja mereka benteras itu ini tetapi masih ada pihak berkuasa tertentu yang tutup sebelah mata walaupun mereka ni berlegar-legar diserata tempat.. Apakah mereka ni telus dalam menjalankan kewajipan mereka..?
Post a Comment