Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua pembaca yang di hormati. Esok kita akan menyambut perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M. Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti : Membaca al-Quran al-Karim dan berceramah mengenai sirah baginda SAW ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda SAW.



Itu ceritanya jika dalam majlis-majlis agama tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang sedang hangat bermadu kasih.. Esok menjadi titik sejarah bagi cerita sensasi 2011 dan sama-sama kita baca akhbar pada keesokkan harinya. Pasti ada cerita yang kurang enak untuk di baca.


Terus terang aku tak tahu apa istimewanya hari itu sampai anak-anak remaja kita yang beragama Islam pun menunggunya penuh ghairah nak sambut. Ada yang kumpul duit berbulan-bulan semata-mata nak beli hadiah. Yang mampu akan tempah bilik hotel. Yang kurang mampu pula sekadar tinjau kawasan strategik di taman, tasik, rumah kosong dan kawasan semak. Semua ni kerana nak ‘bersama’ dengan pasangan kekasih yang dicintai lagi dirindui.

“Tanpa mu di sisi, boleh mati aku dibuatnya”, “Aku terlalu merindui mu”, “Kalau u benar-benar cintakan i, apa buktinya?”. Barangkali itulah antara ungkapan yang nak diucapkan pasangan kekasih esok. Walaupun sebelum ini beribu-ribu kali ucap melalui telefon, di kedai mamak, di tasik dan longkang, tapi ucapan itu tak sehangat esok. Mungkin itu tanggapan mereka. Sebab itu mereka beriya-iya nak sambut sampai mengalahkan orang bukan Islam menyambutnya. 



Kita sebagai orang yang beragama kena tau mana baik buruknya sesuatu perkara, jangan ikutkan nafsu semata-mata. Aku menyeru kepada pembaca semua supaya memantau aktiviti anak-anak kita. walau sesibuk mana pun kita mencari nafkah, janganlah sesekali kita mengabaikan anak-anak kita. 


Semoga kita semua dapat menjaga dan melindungi anak-anak kita dari terjebak ke arah itu.. Mari kita bawa ahli keluarga kita ke majlis ilmu esok dan sama-sama menyambut Maulidur Rasul dengan penuh rasa kesyukuran. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...