Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, March 11, 2014

AURAT YANG DI PANDANG SEPI

Sejauh manakah kita faham dan tahu tentang aurat bagi seorang lelaki? Bukan sahaja kaum wanita malah kita sebagai kaum lelaki turut tidak terlepas dari adab-adab dan tatasusila dalam soal pemakaian. Terlalu banyak fesyen yang di ketengahkan oleh pereka-pereka fesyen di seluruh dunia dalam melariskan hasil rekaan mereka kepada khalayak ramai.
Islam sangat indah, kerana itu kita diwajibkan menjaga aurat seorang lelaki dari paras pusat hingga lutut. Budaya seperti di atas lebih menyerupai kaum Nasrani dan Yahudi.



Pernahkah anda terfikir kenapa Allah mewajibkan kaum wanita menutup aurat? Kerana ia akan menyebabkan kaum lelaki akan hilang pertimbangan malah tak mustahil boleh membawa ke arah kemaksiatan kerana aurat itu membangkitkan rasa ghairah buat kaum lelaki.




Walaupun bertudung ia tetap mendedahkan lain-lain kawasan yang tidak sepatutnya, maka sebab itu Islam mewajibkan kita menutup aurat bertujuan dapat mencegah timbulnya syahwat. Jangan tak tahu, lelaki juga mampu menaikkan syahwat si kaum wanita juga.



Semoga ilmu yang sedikit ini mampu mengubah pemikiran setiap orang tentang AURAT yang semakin di pandang sepi oleh umat Islam, bangsa lain mampu berpakaian senonoh kenapa kita tidak menunjukkan suatu contoh yang baik kepada mereka. Jika ada yang tersinggung saya mohon maaf tetapi inilah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

2 comments:

Cheqna said...

Semoga menjadi perkongsian ilmu tentang aurat yang bermunafaat.

MIDONZ said...

Terima kasih Cheqna, saya baru mula nak menulis setelah sekian lama busy dgn kerja.Mudah-mudahan ada yang buka mata lepas ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...