Kebanjiran kedai-kedai salon rambut di ibukota juga menjadikan penggemar fesyen rambut ini mengunjunginya untuk melakukan rawatan dan sebagainya.
Jika dilihat keadaan persekitaran kita, pasti ada rakan korang yang sudahpun beruban rambutnya kala usia baru menjangkau 20an. Jangan terkejut jika korang terlihat budak sekolah pun sudah beruban. Ini mungkin disebabkan oleh genetik keturunan.
Adapun terjadi disebabkan oleh pencemaran, kerap terdedah kepada cahaya matahari, kurang Vitamin B atau penggunaan bahan kimia yang berlebihan memungkinkan fenomena ini berlaku. Bahkan menggunakan alat pengering rambut serta alatan lain yang berkaitan juga boleh menjadi penyebab.
Pada masa ini, pelbagai produk berada dipasaran yang menawarkan rawatan rambut dan kulit kepala.
Rambut aku pun dah banyak beruban sekarang ni walaupun usia baru 30 tahun. Masih belum terlambat lagi untuk kita beramal. Sayangilah keluarga kita selagi nyawa belum terputus dari jasad. Didiklah anak-anak kita agar menjadi insan yang berguna. Kita tetap macho dan segak walaupun uban mewarnai rambut. Jangan malu pada diri sendiri dan serlahkan diri korang dengan sahsiah yang baik. Wassalam..
No comments:
Post a Comment