Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, December 13, 2010

Jauhilah Ah Long..

Jam baru menginjak 5.45 petang, selepas tayangan Rapunzel 3D bermula partner aku, Khairi a.k.a. Dato' K terus call aku tak menyempat-nyempat nak ajak pi minum petang merangkap makan tengah hari....  Bukannya kami berdiet tapi kekangan kerja yang tak sudah-sudah membuatkan kami tak boleh nak ikut waktu makan yang  sepatutnya..

Kami teruskan perjalanan menuju ke lif berhampiran..

Alamak..! Aku terlupa sesuatu la..

Beg duit aku daaa.. kang nak bayar takde duit pulak aku nanti hehehehe..

Sederas air yang menderu aku terus lari berpatah balik cari beg duit aku yang tertinggal dalam bilik projektor...


Tak pasal-pasal aku paww duit Dato' K pula nanti.. hehehehe...


Jarak kedai mamak yang tak berapa jauh dari tempat kerja aku tak perlulah membazirkan minyak motor aku kan... Jalan kaki jer dah sampai.. salah 1 cara senaman kaki yang baik..

Kerja lama-lama dalam bilik pun boleh jadi stres tau...  sesekali kena gak ambil angin luar sambil cuci mata tengok gelagat orang sekeliling. Manalah tau, kot-kot datang ilham untuk tulis dalam blog nanti...



Eh.. permandangan ni mesti dah biasa bagi korang tapi sedarkah korang masih ada lagi manusia yang tak serik-serik buat kerja yang tak sepatutnya.. cubalah korang lihat, sticker penuh kat pondok telefon. Bukan itu je, perhentian bas dan merata-rata tempat lagi.

Nasihat aku, elakkan diri korang dengan Ah Long ni.. takde pekdahnya.. makin menyusahkan diri dan keluarga adalah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...