Aku mendapat perkhabaran dari kenalan aku.. telah berlaku 1 insiden yang mendebarkan..
Ceritanya bermula begini.........
Erien sedang memandu keretanya menuju ke rumah boyfriendnya di Gombak. Oleh kerana tak mau ikut jalan jauh dek kerana jam sudah pukul 2.20 pagi, esok nak pi kerja takut tak bangun pula maka di pulasnya stereng masuk ke kawasan kilang2 (short cut) yang memakan masa 10 minit berbanding 30 minit kalau ikut jalan besar.
Dalam suasana pekat malam tanpa lampu jalan dicekalkan hati untuk menyusurinya walaupun hati berdebar2..
Tiba2 kereta aku dipintas oleh sebuah motosikal Yamaha 135LC, aku terpaksa memberhentikan kereta. Dalam samar2 aku terlihat kelibat jaket pantulan cahaya logo polis.
"Eh, aku buat salah apa plak ni..?"
Tingkap keretaku diketuk berulang kali, aku tetap diam tanpa bertindak apa2.. dalam pada itu aku ushar sekeliling.. "eh,kenapa sorang je polisnya?", getus sendirian.
Handbag diselongkar, dapat saje handphone terus aku call boyfriend aku.. Kedengaran talian sana diangkat "Hi,dah sampai ke?"
"Wan, tolong aku. Ada polis tahan aku ni.."
"Ko kat mana? Polis tu berapa orang?"
"Area kilang.. sorang je polisnya tapi aku tak nampak nombor badge dan pistol dia pun,apa aku nak buat ni?"
"Okay, ko jgn buka tingkap.. ko blah dari situ sekarang.. jumpa aku kat rumah"
Tanpa pedulikan polis tu aku terus memecut ke rumah Wan. Melalui cermin pandang belakang, polis tu follow rapat dari belakang. Bila saja sampai kawasan perumahan, polis tu menghilangkan diri.
Wan bercerita lanjut tentang insiden yg aku alami, bukan aku sorang je yang pernah kena malah sudah berlaku pada orang juga. Modul operandinya adalah memerangkap wanita yang berseorangan.
Kejadian ini telah diceritakan oleh kawan aku sendiri.. Jika berlaku pada diri korang, call 999 untuk dapatkan bantuan.
2 comments:
sangatt bahaya..
macam2 orang nak buat jahat ni...
tak kira siang ke malam ke tengah pagi...
beringat sebelum terkena..
pastikan hanset sudah charge,kalau dah weak susah pula nnt..
Post a Comment