Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, December 16, 2010

Susah sangatkah..?

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua kawan2 diluar sana... Bagaimanakah kesihatan anda hari ini, adakah sihat sejahtera..? Mudah-mudahan anda terhindar dari sebarang kesulitan.

Aku nak kongsikan masalah yang aku hadapi ini dengan korang..  Harap ia dapat melegakan sakit jiwa dan otak yang aku alami..

2 hari lepas aku dan bini aku sedang membuat persiapan untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman rumah dari bank. Segalanya sudah sedia cuma penyata bank yang menunjukkan gaji masuk dalam akaun jer tak dapat lagi...




Kami pun pergilah ke bank di Jalan Raja Laut untuk dapatkan penyata..  Malangnya kami diberitahu penyata hanya boleh dikeluarkan daripada tempat akaun bank dibuka..  Bayangkanlah sekiranya akaun bank buka di Kulim,Kedah. Kami kena balik Kedah untuk dapatkannya..

Memanglah sekarang kita boleh dapatkan penyata melalui internet banking, jika kita mempunyai komputer dan internet perkara itu tidak menjadi masalah. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyainya seperti orang yang buta IT.

Tidak bolehkah bertoleransi dalam perkara macam ni.. orang tu ada MyKad malah ATM kad pun ada.. kalau tak percaya lagi boleh guna cap jari..

Kenapa perkara yang mudah harus diremehkan..?

Kepada pembaca semua, apa pandangan korang tentang permasalahan ini...

2 comments:

mak encik | SZ said...

hmmm..mcm tak logik je kan smpi nak ke tempat bukak akaun bank tu..sah2 la diorg pun ada sistem online...

MIDONZ said...

kononnya nak elakkan penipuan..
agak2 la.. kita siap bawa pengenalan diri.. Kalau ikutkan bank tu ada sediakan PC,so boleh login kat situ tapi bila nak suruh print kan katanya tak boleh print kat situ.. kena pi CC,print dr sana.. bodoh punya idea..

Kalau ada orang yg keje bank,sila beri komen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...