Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, December 28, 2010

Jom ke sekolah

Selepas solat subuh, terus aku kejutkan anak2 aku agar cepat mandi dan lekas bersiap dengan pakaian seragam sekolah..  Walaupun sudah biasa dengan aktiviti begini tetapi hari ini amat berbeza dari hari2 sebelumnya..
Manakan tidak, hari ini adalah orentasi bagi pelajar tahun 1 persekolahan maka segalanya berbeza.

Selesai bersarapan pagi di warung yang tak berapa jauh dari sekolah rendah, kami terus ke meja urusetia untuk pendaftaran masuk. Cikgu2 sibuk menguruskan pelajar2, teruja rasanya mcm time aku dulu2..

Mujurlah hari ni anak2 tak banyak karenahnya... Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. Semasa taklimat oleh Guru Besar sekolah, biasanya pelajar2 akan mula selesa dengan persekitaran dalam masa 1- 2 minggu..

Dalam beberapa minggu ni, aku akan cuba luangkan masa meninjau dari jauh.. agak2 dah selesa nanti tak payah tunggu lagi..   Selamat menuju ke alam persekolahan anakku...

Wednesday, December 22, 2010

Mari bertindak

Aku mendapat perkhabaran dari kenalan aku.. telah berlaku 1 insiden yang mendebarkan..
Ceritanya bermula begini.........

Erien sedang memandu keretanya menuju ke rumah boyfriendnya di Gombak. Oleh kerana tak mau ikut jalan jauh dek kerana jam sudah pukul 2.20 pagi, esok nak pi kerja takut tak bangun pula maka di pulasnya stereng masuk ke kawasan kilang2 (short cut) yang memakan masa 10 minit berbanding 30 minit kalau ikut jalan besar.

Dalam suasana pekat malam tanpa lampu jalan dicekalkan hati untuk menyusurinya walaupun hati berdebar2..

Tiba2 kereta aku dipintas oleh sebuah motosikal Yamaha 135LC, aku terpaksa memberhentikan kereta. Dalam samar2 aku terlihat kelibat jaket pantulan cahaya logo polis.

"Eh, aku buat salah apa plak ni..?"

Tingkap keretaku diketuk berulang kali, aku tetap diam tanpa bertindak apa2..  dalam pada itu aku ushar sekeliling.. "eh,kenapa sorang je polisnya?", getus sendirian.

Handbag diselongkar, dapat saje handphone terus aku call boyfriend aku.. Kedengaran talian sana diangkat "Hi,dah sampai ke?"

"Wan, tolong aku. Ada polis tahan aku ni.."

"Ko kat mana? Polis tu berapa orang?"

"Area kilang.. sorang je polisnya tapi aku tak nampak nombor badge dan pistol dia pun,apa aku nak buat ni?"

"Okay, ko jgn buka tingkap.. ko blah dari situ sekarang.. jumpa aku kat rumah"

Tanpa pedulikan polis tu aku terus memecut ke rumah Wan. Melalui cermin pandang belakang, polis tu follow rapat dari belakang. Bila saja sampai kawasan perumahan, polis tu menghilangkan diri.

Wan bercerita lanjut tentang insiden yg aku alami, bukan aku sorang je yang pernah kena malah sudah berlaku pada orang juga. Modul operandinya adalah memerangkap wanita yang berseorangan.

Kejadian ini telah diceritakan oleh kawan aku sendiri..  Jika berlaku pada diri korang, call 999 untuk dapatkan bantuan.

Tuesday, December 21, 2010

Yang mana satu..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..


Apakah korang sihat atau sebaliknya hari ini? 


Walau apapun keadaannya, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya..


Ramai juga kawan2 sekolah lama aku yang masih single 'mingle' walaupun ada diantara kami yang sudah mempunyai anak melebihi 4 orang.. 


Hakikatnya kenapa jadi begitu..?  


Ada diantara mereka yang memberikan alasan bahawa :

  • duit simpanan tak cukup lagi.. 
  • tak puas enjoy @ hidup lagi..
  • masih tercari2 calon yang sesuai..
  • aku rupa takde, harta pula takat motor kapcai jer.. sape nakkan aku..?
Walau apa alasan yang korang beri, usia kita tak selamanya berkekalan. Hidup ini bukan abadi, akhirat itu pasti. Usah terlalu taksub dengan kehidupan duniawi wahai kawan..

Dalam membina kerjaya dalam hidup.. kita harus membina zuriat untuk generasi kita.. Sedangkan Rasulullah pun membina generasinya sendiri..

Renungkan dan berubahlah demi masa depan..


Saturday, December 18, 2010

Potong la mangkuk ni...

Truutt.... Truutt....  Handphone berdering...

Bukan aku nak bikin gimik tapi itulah suatu alat terpenting dalam hidup kita seharian.. Cuba kita lupakan handphone untuk seharian, apakah perasaan korang..?

Pasti ada yang tak sanggup hidup begitu...  bak kata budak sekolah, hidup tanpa handphone ibarat tak bernyawa..  Ewah, macam tu pulak...

Itu pendapat budak sekolah..

Bagaimana pula dengan orang dewasa, adakah korang tahu cara penggunaan yang betul..?  Meh sini nak habaq..
Penggunaannya juga haruslah bersesuaian dgn situasi dan tempat.

Adakala kita harus menghormati orang di sekeliling kita, contohnya tempat beribadat. Sudah terang2 kat dinding masjid terpamer arahan supaya mematikan handphone.. paling tidak pun silent mode kalau korang tu penting orangnya.

Bayangkanlah tengah Tok Imam sedang membacakan Surah ketika solat tiba2 adalah mamat ni handphone nya berdering kuat yang amat.. dah la tu.. lagu Techno pula...
Mau nya tak terkejut orang tua tu...

Bukan itu je, dalam panggung tengah syok2 layan movie... time tu pulak scene best pulak... masa tu la handphone berdering, yang bestnya memanglah dia lekas jawab call.. tapi sound dia tak reti nak slow.. bercakap macam kat kedai mamak... Please la... hormatilah kitorang semua... Silent please...

* AMARAN - Jangan sampai pertumpahan darah pula nanti. Pernah berlaku depan mata gara2 handphone punya hal...

Friday, December 17, 2010

Tron Legacy 3D

Tron pernah ditayangkan pada tahun 1982, seingat masa aku kecil dulu cukup suka tengok citer ni dalam TV..  Masa tu ada citer He-Man, ThunderCats dan banyak lagi.. sesiapa yang seEra dengan aku mesti tak boleh lupa memori tu kan...

Petang semalam berakhirnya penantian yang ditunggu2, menonton dengan menggunakan teknologi 3D amat mengujakan.. Korang patut merasainya sendiri...



Ketaksuban yg meninggi memaksa aku untuk pergi menontonnya pada hari pertama tayangan.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke pawagam. Pasti korang terhibur dan teruja ibarat korang berada dalam dunia digital..

7-Eleven Music

Wow.. buat julung kalinya, 7-Eleven Malaysia akan menawarkan 1 lagi barangan yang tak pernah mana2 kedai serbaneka buat(kecuali kiosk pam minyak). Penjualan CD disemua rangkaian 7-Eleven seluruh negeri.

Difahamkan penjualan CD artis tempatan yang akan dipasarkan itu sebahagian drpd pelan strategi bagi meluaskan perniagaan mereka dalam industri muzik tanahair.

Bestnyer....   Biasanya kalau kita nak dapatkan CD kegemaran, kita perlu ke kedai CD. Kedai akan tutup paling lewat jam 10.00 malam. Tetapi kini ia akan dibuka 24 jam, cuma tarikh penjualannya belum diputuskan lagi.. sama2 kita tunggu...



Thursday, December 16, 2010

Susah sangatkah..?

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua kawan2 diluar sana... Bagaimanakah kesihatan anda hari ini, adakah sihat sejahtera..? Mudah-mudahan anda terhindar dari sebarang kesulitan.

Aku nak kongsikan masalah yang aku hadapi ini dengan korang..  Harap ia dapat melegakan sakit jiwa dan otak yang aku alami..

2 hari lepas aku dan bini aku sedang membuat persiapan untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman rumah dari bank. Segalanya sudah sedia cuma penyata bank yang menunjukkan gaji masuk dalam akaun jer tak dapat lagi...

Monday, December 13, 2010

Jauhilah Ah Long..

Jam baru menginjak 5.45 petang, selepas tayangan Rapunzel 3D bermula partner aku, Khairi a.k.a. Dato' K terus call aku tak menyempat-nyempat nak ajak pi minum petang merangkap makan tengah hari....  Bukannya kami berdiet tapi kekangan kerja yang tak sudah-sudah membuatkan kami tak boleh nak ikut waktu makan yang  sepatutnya..

Kami teruskan perjalanan menuju ke lif berhampiran..

Alamak..! Aku terlupa sesuatu la..

Beg duit aku daaa.. kang nak bayar takde duit pulak aku nanti hehehehe..

Sederas air yang menderu aku terus lari berpatah balik cari beg duit aku yang tertinggal dalam bilik projektor...


Tuesday, December 07, 2010

Jom tengok Ngangkung

Syoknya diorang bila dapat tengok movie 'Ngangkung', kalau tidak asyik dok tanya bila nak pergi..  Anak-anak aku cukup suka cerita komedi macam ni.. diorang memang takut tengok hantu tapi dalam cerita ni diorang tak takut pula...


Monday, December 06, 2010

Kisah rambut

Memiliki rambut yang cantik dan menawan adalah sesuatu anugerah yang cukup bermakna buat si pemilik. Rambut yang sihat juga memberikan kita keyakinan untuk kita berdepan dengan orang ramai. Malah jika kita gayakan dengan style yang unik dan elegan akan menyerlahkan lagi penampilan seseorang. Setujukah anda...?




Friday, December 03, 2010

Waspada pada yg sering pulang lewat..

Alhamdulillah akhirnya aku tiba di rumah dalam keadaan selamat pada jam 4.40 pagi.. Terasa lenguh sendi-sendi kerana memandu dengan jarak perjalanan dari tempat kerja dengan rumah yang agak jauh, kira-kira 80km sehari..

Memandangkan aku kerja shif, maka tidak hairanlah kalau aku sering pulang lewat hingga bawa ke pagi..

Wednesday, December 01, 2010

What the ........!



Tolong baca ayat yang tertera pada pintu itu...


Harap maaf lokasi tempat ini terpaksa dirahsiakan...


Harap pihak Bomba pantau... 


Bahaya jika berlaku kebakaran, macamana kita semua nak selamatkan diri kalau berlaku situasi begini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...