Entah kenapa pagi tadi badan terasa amat segar dan baik sekali.. rasa tenang je.. tambahan pula selepas subuh tadi hidangan kuih cekodok pisang panas sudah terhidang.. wah, laju betul si isteri menggoreng sampai takde bau.. alamak, hidung masih tersumbat lagi daa.. macamana nak ada bau hehehehe... * baru sembuh kena penyakit demam/sakit tekak, selsema ni peringkat terakhir penyembuhan.Selepas ni sihat yahooo..
Selepas menghantar anak-anak ke rumah pengasuh (van tadika akan pick up anak-anak dari rumah pengasuh) maka bermulalah aktiviti pagi dengan bersarapan kuih tadi beserta Kopi Radix Panas dan baca akhbar semalam yang tak sempat habis baca *kesibukkan tugas kekadang telah membantutkan aktiviti baca akhbar.
Selesai membaca terus buka PC komputer, seperti biasa aku akan check email terbaru kot-kot bos hantar memo ke apa ke kan... risau gak nanti dikatanya kita tak baca email pula.. free-free kena syarahan perdana kat office nanti. Nampaknya semua dah selesai maka aktiviti seterusnya adalah meluncur laman blog pula dan sewaktu dengannya..
Sementara waktu tengah hari tiba, ada eloknya aku masak apa yang patut. Kita berhenti berehat setakat ini dulu.. Sebenarnya ucapan di atas adalah luahan hati aku jika korang rasa jelak maka abaikan ia.. Lepas makan tengah hari kena siapkan jadual kerja dan segalanya pula sebab petang ni kena submit kepada bos.
Jangan mengeluh jika kerja bertambun, itu tandanya bos sayang kat kita. Kerana apa.. kerana dia tahu hasil kerja kita sangat bagus jadi janganlah mencuka muka kalau bos asyik petik nama kita je dalam meeting.. Selamat bekerja
2 comments:
kalu bos bagi keje banyak dan puji tu kira ok lah. tapi yg selalu terjadi, kita yg buat keje banyak,org lain yg dapat nama.huhu
hahahaha.....
yang ini kena postmotem..
kenapa ek...
Post a Comment