Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, November 16, 2010

Beruntungnya melayu..

Bangsa Melayu sangat bertuah kerana diberikan kelebihan istimewa berbanding bangsa India, Cina mahupun lain-lain. Kenapa jadi macam tu..?  Kerana kerajaan mahu bumiputera kita maju dan berubah taraf hidupnya berbanding bangsa-bangsa lain yang dah maju ke depan.

Bunyi macam sedih je Melayu kita terkebelakang sikit dari mereka..  Mereka sudah membina empayar di Malaysia sejak lama lagi.. Itupun atas daya usaha mereka sendiri...  bukanlah tujuanku untuk mengutuk keras bangsa sendiri tetapi sekadar berkongsi apa yang terbuku dihati dengan sikap bangsa melayu itu sendiri yang masih lagi tak sedar diri / alpa dengan apa yang mereka nikmati...


Ambil contoh Giat Mara yang melahirkan ramai belia yang berjaya dan kita dapat lihatnya pada hari ini. Tahniah kerana latihan yang diberikan mampu membina motivasi belia kita yang lemah dari segi akademinya tetapi mempunyai semangat untuk berjaya dalam bidang kemahiran yang diceburi.

Ditambah pula bantuan dalam bentuk alaun bulanan diberikan kepada pelatih termasuklah kemudahan lain untuk keselesaan mereka. Tetapi masih ada segelintir pelatih yang terpesong dan tak mengenang budi diatas segala bantuan yang diberikan.

Lewat pagi tadi, serbuan telah dilakukan oleh sepasukan polis bahagian perjudian di Bukit Beruntung,Rawang,Selangor. Hasil tangkapan dalam serbuan tersebut seramai 21 orang pelanggan  diberkas, 18 orang adalah bangsa melayu, antara mereka remaja berusia 20 tahun berasal dari Kedah.

"Kerja di mana?," tanya saya. *(saya - adalah wartawan tv3)

"Saya masih praktikal di kilang," jawabnya sambil menundukkan muka.

"Praktikal ada gaji ke?"

"MARA bagi elaun RM200 sebulan," ujarnya.

Tanpa dipaksa dia mengaku kalah RM20 bermain komputer diubah suai menjadi mesin judi.

"Tolong bang, jangan tunjukkan muka saya di TV, menangis emak saya kalau tengok nanti. Saya main (berjudi) pun sebab nak cari modal, nak isi minyak motor balik kampung raya," katanya.

Terkedu saya mendengar pengakuan pelajar Institut Kemahiran Mara terbabit, menggunakan wang MARA untuk berjudi.

Di premis sama, 3 warga Thailand turut diberkas kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


Kepada mereka yang masih menuntut dan menerima wang bantuan oleh kerajaan misalnya, gunakanlah ia sebaik mungkin dan janganlah digunakan untuk tujuan yang tak berfaedah. Hasil daripada perkara yang haram tidak menjanjikan kesenangan buat kita.

Ingatlah mana asal usul kita, jangan sampai kita ditertawakan oleh bangsa lain.. cukuplah tu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...