Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, November 07, 2010

Kehidupan di Estet

Pernahkah korang mengalami pengalaman hidup di dalam Estet? Entah kenapa persoalan ini bermain-main di kota fikiran aku tatkala menatap poster ESTET yang merupakan buah tangan terbaru pengarah filem yang memang tidak asing lagi dalam dunia perfileman iaitu saudara Mamat Khalid atau lebih dikenali sebagai Abang Mat.





Saudara Mamat Khalid ketika sesi sidang akhbar di Big Cinemas, kepong. Ketika ini aku dan krew kat corner hujung pintu.. kurang gemar nak menyibukan diri..  baik kami melantak makanan yang ada, kenyang perut kami hehehee....




Tahniah buat Abang Mat yang memenangi Anugerah Khas Juri disamping mendapat 9 pencalonan pada Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, yang sudah pastinya korang tertunggu-tunggu untuk menonton cerita terbarunya.. 

Filem ini mempertembungkan kemeriahan budaya 2 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu dan India di estet yang pastinya menghiburkan korang semua..  Genre yang diketengahkan adalah komedi, drama, romantik dan muzikal.







Buat pengetahuan semua, ESTET sudah pun berada di pawagam sejak 4 November 2010. Jadi datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan filem ini, bayar sendiri tau hehehehe....

Abang Mat telah menampilkan beberapa pelakon yang mantap seperti Farid Kamil, Shoffi Jikkan, Shashi Tharan, Jamine Micheal, Mislina Mustaffa, Siti Fazurina, Dato’ David Arumugam, Rosyam Nor dan ramai lagilah..



Pihak BIG Cinemas Lotus Five Star memperkenal kombo edisi khas ESTET yang boleh didapati dengan harga RM 32.90 (harga asal RM 59.90) di kaunter tiket pawagam bermula 8 September 2010. Rugi tau saper yang tak beli.. 

Set kombo filem ESTET ini boleh didapati secara eksklusif di pawagam yang mengambil bahagian. Setiap kombo mengandungi satu (1) runut bunyi ESTET, satu (1) 32oz minuman PEPSI, satu (1) 64oz bertih jagung dan dua (2) pas musim ESTET. Kombo ini dalam jumlah yang terhad, oleh itu, bagi peminat ESTET mari dapatkannya sekarang. Ewaahh... promote company aku nampakkk.. 





2 comments:

mak encik | SZ said...

ihiksss tak penah dok dalam ESTET..
tapi sekarang ni tamna perumahan dekat bangatttttt ngan itu estet! :)

MIDONZ said...

hehehe.. sama la dgn kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...