Apa kita nak gelarkan manusia seperti ini.. nak kata tak sekolah, rasanya memang dia ni pernah ke sekolah...
Nak kata tak pandai, rasanya kalau tak pandai takkanlah boleh pakai kenderaan yang hebat macam kat bawah ni... Bukan calang- calang orang yang dapat beli kereta ni.. kalau takat gaji RM2000.00 sebulan jangan bermimpi nak pakai.. Beli poster bolehlah..
Gambar diambil ketika aku nak masuk dalam bangunan Brem Mall Kepong dalam kawasan parkir kereta tingkat 3. Keretanya memang cantik.. kereta idaman aku pulak tu...
Pihak pengurusan telah menyediakan tapak parkir ini kepada pengunjung OKU (Orang Kurang Upaya) supaya mudah untuk mereka ini keluar masuk tetapi inilah yang berlaku.. Tapak mereka telah diambil oleh segelintir orang yang tak reti bahasa atau lebih tepat lagi KURANG AJAR...!
Aku dah periksa kenderaan ni, tiada pelekat OKU khas maka empunya kenderaan ni sihat walafiat..
Beberapa jam kemudian... Aku nak singgah amik barang dalam kereta lalu depan kereta dia... Clamping sudahh.. Padan muka hang..! Terima kasih kepada Security Building yang rajin memantau sekitar bangunan ini..
Tugas mereka bukan sahaja mengawal ketenteraman pengunjung malah turut memantau harta benda di dalamnya... Syabas..!
Moral buat kawan-kawan diluar sana.. Parkir ditempat yang telah disediakan dan janganlah amik tempat parkir OKU.. kesian kat depa.. Utamakan kepada golongan yang tak berupaya... Chawww...
No comments:
Post a Comment