Kelihatan debu-debu menyelubungi tubuh, mujurlah mereka memakai topeng penutup muka/hidung. Jika tidak ia boleh membawa kepada maut.. Subhanallah...
Gambar ini diambil waktu malam... Kelihatan cecair lava telah keluar mengalir... Percaya tak, kepanasan lava ini ibarat asap di neraka... MashaAllah... Betapa besarnya kekuasaanMu..
Ibarat menonton wayang aje... dalam hati terdetik, Mujurlah Allah telah beri kita kesempatan untuk bernafas... Mungkin ajal belum tiba lagi..
Kita dapat lihat sekitar kejadian seperti di bawah ini...
Para penyelamat sedang mengangkut mayat-mayat yang dijumpai.. Mengikut laporan terkini di dalam akhbar Utusan Malaysia seramai 1,000 orang kanak-kanak terputus hubungan dengan ahli keluarga mereka sejak bermulanya letusan Gunung Berapi Merapi.
Setelah menatap gambar-gambar ini, hati terasa sayu melihat insan yang tidak sempat menyelamatkan diri mereka malah kejadian seperti ini turut menambahkan lagi ketakwaan buat kita khususnya seluruh warga Malaysia akan senantiasa mentaati perintah Allah SWT.
Kupanjatkan rasa syukur yang teramat Agung buatMu kerana negaraku Malaysia tidak terdapat gunung berapi walaupun petanda-petanda kecil sudah Kau kirimkan kepada kami seperti banjir kilat yang telah menenggelamkan sekitar Kedah/Perlis baru-baru ini dan ribut taufan kecil di Jasin. Itu sudah cukup menunjukkan betapa hebatnya Kau Maha Pencipta alam semesta.
Apakah natijahnya paparan tersebut?
Adakah ini kebetulan atau isyarat amaran daripada Allah SWT ?
No comments:
Post a Comment