Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, November 30, 2010

Buah hati kanda..

Pergg.. Agak lama betul aku tak mengemaskinikan blog aku ni..  Nak buat mcmana, busy tahap tak hengat... Semalam, hari ini dan esok dan sampai bebila la.. kerja takkan habis betul tak..? 

Kesian pula dengan bini aku, mabuknya tak surut2 sejak 2 menjak ni.. hehehehe.. Alhamdulillah, tak lama lagi aku jadi daddy huhuhuhu... 

Tuesday, November 23, 2010

Benarkah?


Lucu ya, 

Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 


Lucu ya, 

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak. 


Lucu ya, 

Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang. 


Lucu ya, 

Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya
mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman. 

 
Lucu ya, 

Betapa happynya bila menonton perlawanan bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya. 


Lucu ya, 

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi novel best-seller 100 halaman boleh pula dihabiskannya.


Lucu ya, 

Orang berebut-rebut untuk ke depan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat. 


Lucu ya, 

Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip. 


Lucu ya, 

Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi 
kita sering bertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran. 


Lucu ya, 

Semua orang ingin masuk syuga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa. 

Sunday, November 21, 2010

Semangat yang hilang...

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua rakan2 yang dihormati. Agak lama aku tak meng'update' blog ini. Bukannya sengaja tak nak update tetapi komitmen pada kerja memaksa aku utk mengetepikannya buat seketika.

Baru-baru ni auditor dari India dan orang2 HQ turun kat tempat kerja aku.. Nak dijadikan story, time tu aku pulak shif malam. Seperti biasa dah sampai waktu bertugas aku kena lapor diri pada boss aku la.. dengan wajah penat sebab car park dengan lif jauh berjela-jela, aku masuklah report on duty. Boss aku pulak sengih2 sambil buat muka ketat kat aku..

"Apa hal pulak boss aku ni, sembelit lagi ke.. atau tersilap makan?", getus hatiku.

"Assalamualaikum boss, penat ke?", aku memulakan bicara.

Tiada sebarang reaksi cuma ucapan salam je berbalas. Aku mengandaikan boss aku ni ada masalah besar.. tanpa cakap banyak aku berlalu pergi selepas melapor diri..

"Awak tunggu sekejap, ada sesuatu saya nak bincangkan dengan awak".

Adoiyaaii... apa pulak kali ni..

Boss aku dok menerangkan isu-isu berbangkit hinggalah tentang maklumbalas auditor, dari apa yang aku dengar nampaknya banyak yang diorang tak puas hati dengan hasil kerja krew aku. Menyirap + panas mendidih pun ada masa tu walaupun suhu bilik 20 darjah celcius. Mengapalah diorang tak jumpa aku direct kalau ada sebarang soalan..  krew aku tak bersedia lagi berdepan orang besar, nak b *tak perlulah aku terangkan secara terperinci masalah yg timbul kerana ianya sulit,harap maklum.


Aku memandang wajah-wajah krew yakni anak didikku, terasa berat untuk diluahkan tapi itulah yang harus aku sampaikan agar mereka dapat jadikannya sebagai 1 cabaran. Aku menerangkan 1 persatu isu berbangkit pada semua..  mataku memandang setiap wajah mereka, nak tengok apa reaksi mereka sewaktu penerangan diberikan..

Ada yang sunggul.. ada pula yang tak senang duduk..

Selesai perbincangan itu mereka terus sambung kerja masing-masing. Walaupun ada yang meningkah tapi aku tetap memberikan jawapan yang positif pada mereka sebagai motivasi diri. Sepanjang bekerja dengan mereka inilah kali pertama aku melihat mereka umpama semangat yang hilang..  ibarat tiada tulang untuk berdiri..

 Kepada semua krew, teruskan khidmat anda.. jangan jadikan masalah yang timbul melemahkan semangat anda.  Fikirkan positif..                                                                                                                                                                                          

Tuesday, November 16, 2010

Beruntungnya melayu..

Bangsa Melayu sangat bertuah kerana diberikan kelebihan istimewa berbanding bangsa India, Cina mahupun lain-lain. Kenapa jadi macam tu..?  Kerana kerajaan mahu bumiputera kita maju dan berubah taraf hidupnya berbanding bangsa-bangsa lain yang dah maju ke depan.

Bunyi macam sedih je Melayu kita terkebelakang sikit dari mereka..  Mereka sudah membina empayar di Malaysia sejak lama lagi.. Itupun atas daya usaha mereka sendiri...  bukanlah tujuanku untuk mengutuk keras bangsa sendiri tetapi sekadar berkongsi apa yang terbuku dihati dengan sikap bangsa melayu itu sendiri yang masih lagi tak sedar diri / alpa dengan apa yang mereka nikmati...

Sunday, November 14, 2010

Bagaimanakah cara anda berhibur laman sosial?

Semakin banyak dan berkembang pesat kalau kita lihat dalam internet.. tak kurang hebatnya sampai ada yang tak keluar makan hanya kerana dok melayan laman sosial...


Sekarang ni banyak jenis ada, rasa tak perlulah kita nyatakan dengan lebih terperinci salah satunya adalah Facebook yang menjadi pilihan 1dunia. Wow, memang hebat si pencipta laman sosial ini..




Adakah anda semua tahu bahawa penggunaan facebook secara berterusan akan menyebabkan prestasi kita akan turut terjejas. Saya tidak kata ianya buruk tetapi gunalah dengan cara yang berhemah..


Suatu masa dulu, saya cukup ketagih dengan facebook hingga menyerlahkan perubahan yang ketara berlaku pada diri saya(suka ambil contoh diri sendiri drpd mengata orang lain). Rasanya tak perlulah saya khabarkan di sini.. para pembaca sudah sedia maklum akan perkara  seperti ini malah sudah banyak forum2 memperdebatkan mengenainya..


Kesimpulannya, baik buruk laman sosial yang anda luncuri sebenarnya terletak pada diri sendiri. Tak perlu salahkan kepada pencipta atau aplikasi itu sendiri.. Pencipta mempunyai objektifnya dalam membina  empayarnya dan sudah tentu mereka bukan ingin menyesatkan kita semua..  Fikirkanlah....

Wednesday, November 10, 2010

Tinta pagi


Kupanjatkan syukur Alhamdulillah tatkala si isteri kejutkan aku untuk bersolat subuh kerana diberikan peluang untuk aku bernafas lagi pada hari ini. kenapa..! pelikkah ucapan aku tadi..? emm, bagi sesiapa yang tak biasa ungkapan ini rasanya kita harus mengucapkan ia kerana apa.. kerana kita adalah hamba yang bertuhankan Allah.  tanpaNya kita pasti tak dapat melihat dunia ini lagi..

Iktibar atau kebetulan..

Semenjak beberapa bulan kebelakangan ini perbagai mussibah yang berlaku kepada umat manusia khususnya yang terbaru meletusnya Gunung Berapi Merapi, Indonesia yang mempunyai ketinggian 2,968 meter. Kejadian sebegini telah meragut banyak nyawa tak kiralah dari anak kecil hinggalah warga emas. Mereka juga takkan terlepas dari terkena tempias walaupun cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing seperti gambar dibawah.




Sunday, November 07, 2010

Kehidupan di Estet

Pernahkah korang mengalami pengalaman hidup di dalam Estet? Entah kenapa persoalan ini bermain-main di kota fikiran aku tatkala menatap poster ESTET yang merupakan buah tangan terbaru pengarah filem yang memang tidak asing lagi dalam dunia perfileman iaitu saudara Mamat Khalid atau lebih dikenali sebagai Abang Mat.




Saturday, November 06, 2010

Megamind

Menarik kan..?   Kepada anda penggemar cerita komedi dan animasi rasanya belum terlewat lagi untuk berkunjung ke pawagam. Datanglah beramai-ramai memeriahkan lagi suasana dalam panggung..



Angkara Vandalisme

Apa yang kita tahu tentang 'Vandalisme'adakah kita sedar akan perkara ini atau kita sengaja buat-buat tak tahu akan ia..

Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Siapa yang patut dipersalahkan? 

Monday, November 01, 2010

Takers

Malam tadi menonton sorang diri selepas habis bertugas.. huhuhu.. nak ajak isteri, dia kat umah mak beliau.. Next time la yer...

Review movie kali ni ialah TAKERS.. sebuah filem action + crime + thriller.. bunyi mcm best..


Reti baca tak..?!!

Apa kita nak gelarkan manusia seperti ini.. nak kata tak sekolah, rasanya memang dia ni pernah ke sekolah...
Nak kata tak pandai, rasanya kalau tak pandai takkanlah boleh pakai kenderaan yang hebat macam kat bawah ni... Bukan calang- calang orang yang dapat beli kereta ni..  kalau takat gaji RM2000.00 sebulan jangan bermimpi nak pakai..  Beli poster bolehlah..


Gambar diambil ketika aku nak masuk dalam bangunan Brem Mall Kepong dalam kawasan parkir kereta tingkat 3. Keretanya memang cantik.. kereta idaman aku pulak tu...


Pihak pengurusan telah menyediakan tapak parkir ini kepada pengunjung OKU (Orang Kurang Upaya) supaya mudah untuk mereka ini keluar masuk tetapi inilah yang berlaku..  Tapak mereka telah diambil oleh segelintir orang yang tak reti bahasa atau lebih tepat lagi KURANG AJAR...!


Aku dah periksa kenderaan ni, tiada pelekat OKU khas maka empunya kenderaan ni sihat walafiat..


Beberapa jam kemudian...   Aku nak singgah amik barang dalam kereta lalu depan kereta dia... Clamping sudahh.. Padan muka hang..!  Terima kasih kepada Security Building yang rajin memantau sekitar bangunan ini.. 


Tugas mereka bukan sahaja mengawal ketenteraman pengunjung malah turut memantau harta benda di dalamnya... Syabas..!


Moral buat kawan-kawan diluar sana.. Parkir ditempat yang telah disediakan dan janganlah amik tempat parkir OKU.. kesian kat depa.. Utamakan kepada golongan yang tak berupaya... Chawww...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...