Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Sunday, August 28, 2011

Sale.. Shopping..

Salam Aidilfitri buat semua sahabat2 di luar sana..  Rasanya kemeriahan kian memuncak, apa tidaknya..  Sale sana sini..  bermacam2 potongan harga yang telah di tawarkan bagi peniaga2 di luar sana untuk melariskan produk2 mereka..  Dalam kemeriahan kita bershopping janganlah kita leka akan anak2 kecil anda. Takut nanti ada yang hilang anak pula time macam ni, haru nanti..

Kepada suami2, duit zakat fitrah dah settle ke belum..?  kalau belum eloklah di segerakan ye...  sudah menjadi tabiat manusia suka bayar pada saat2 akhir..  tak elok macam tu..  Kalau tak percaya tengoklah time sebelum solat sunat hari raya  :)


Aku lebih suka shopping ala kadar je..  cukuplah baju raya tahun2 sudah kami suami isteri..  untuk anak2 kami bagi jugalah baju baru sebab mereka berpuasa penuh sehingga hari ni.. semoga esok pun penuh juga.. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga mereka walaupun baru berusia 7 tahun. 


Untuk persiapan raya tahun ni pun ala kadar juga..  cukuplah apa yang ada...  mana yang masih elok tu kami touch up sket2...  tak laratlah dengan kos hidup yang semakin tinggi termasuklah kos keperluan anak2 yang tak pernah turun2..

Kesempatan ini aku ingin mohon ampun maaf sekiranya anda ter'touching' dengan coretan2 yang ada dalam blog aku ni..  mungkin luahan aku selama ni menerbitkan rasa kurang senang kepada anda semua. Pada anda yag dapat cuti raya, selamat berhari raya di kampung dan pada yang bekerja time raya (termasuklah aku sendiri) jangan sedih2 pasti anda tak keseorangan di tempat kerja nanti...  'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN' 






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...