Hari ni aku menerima jemputan kawan2 sekerja lama aku. Katanya nak berbuka puasa sama2 di restoran steamboat area KL. Aku teruja kerana inilah peluang untuk berjumpa kawan2 lama.. Adalah dekat2 4 tahun sejak aku resign dulu..
Lokasinya area Taman Dagang, KL. Inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke restoran steamboat.. terus terang aku memang tak pernah menikmati makanan mcm ni.. Yong Tau Foo tu biasalah makan..
Anyway, aku puas hati.. makanan kat sini BEST dan ditanggung HALAL (penting ni).
Bayaran bagi dewasa = RM22.00, kanak2 = RM12.00
Korang boleh melantak seberapa banyak yang boleh (dah nama pun buffet) elok korang habiskan makanan yang korang amik,kalau tak habis makanan tersebut akan di timbang.. setiap 100 gram = RM10.00 akan dikenakan jika tak habis..
Agak2 nak bawak keluarga ke sini, silalah datang...
No comments:
Post a Comment