Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, August 11, 2011

Kita bakor je..

Hari ni masuk hari ke-11.. dah keluar di muka surat khabar berita2 sensasi maupun yang tak best.. Best la korang yang keje 'Gomen' dapat bonus korang yek.. Alhamdulillah, rezeki tu..  walau tak banyak kira adalah jugak berbanding aku yang keje unGomen ni.. Tak kisahlah, aku tetap bersyukur kerana di kurniakan kerjaya berbanding mereka2 yang tak bekerjaya a.k.a. penganggur terhormat.


Dalam kita semua dok menyambut bulan Ramadhan dengan penuh dugaan rupanya ada lagi dugaan lain yang tak sepatutnya berlaku.. Haa, apa kebendanya tu..? Kesian tengok budak2 sekolah yang hilang jari.. cedera sana sini.. ape hey..? angkara mercun hand made..  kononnya nak melakar sejarah le tu..  mungkin kalau berjaya ciptaan mercun tu nanti, budak tu jadi 'femes' dan kaya raya kot..


Hakikatnya kalau dah bahan letupan tu, janganlah dok mengOperate benda tu lagi..  memang ciptaannya dah macam tu maka jangan di tukar sifatnya itu..  Bila dah berlaku kecederaan sape yang susah..?  tak ke ibubapa dia juga yang susah..  kena bawak ke hospital tunggu berjam2 untuk mendapatkan rawatan.. orang tua penat bekerja, korang lagi nak tambahkan beban orang tua tu..  Elok bakor je tangan korang tu kat api dapur gas..  buat hidangan untuk berbuka nanti..


* gambar ehsan www.broframestone.com


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...