Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Monday, August 29, 2011

MERDEKA kah kita?

biar pun kita serupa tapi perjalanan hidup kita berbeza...




janganlah kita lupa berzakat, mudah2an Allah akan melipat gandakan rezeki kita nanti


Sunday, August 28, 2011

Sale.. Shopping..

Salam Aidilfitri buat semua sahabat2 di luar sana..  Rasanya kemeriahan kian memuncak, apa tidaknya..  Sale sana sini..  bermacam2 potongan harga yang telah di tawarkan bagi peniaga2 di luar sana untuk melariskan produk2 mereka..  Dalam kemeriahan kita bershopping janganlah kita leka akan anak2 kecil anda. Takut nanti ada yang hilang anak pula time macam ni, haru nanti..

Kepada suami2, duit zakat fitrah dah settle ke belum..?  kalau belum eloklah di segerakan ye...  sudah menjadi tabiat manusia suka bayar pada saat2 akhir..  tak elok macam tu..  Kalau tak percaya tengoklah time sebelum solat sunat hari raya  :)

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan kali ini sungguh istimewa

Alhamdulillah..  Akhirnya Syawal muncul lagi tak lama lagi..  Meniti waktu-waktu sebegini terlalu indah bagi si kecil terutama bagi mereka yang dalam peringkat belajar berpuasa..  Kegembiraan ini dapat dirasakan oleh anak-anak aku yang berumur 7 Tahun..  pasangan kembar ni amat sabar dalam meniti hari-hari mereka...  Syukur alhamdulillah, akhirnya mereka berjaya menjalankan kewajipannya pada Ilahi..  Kami sangat gembira..


Kata mereka lagi, tahun ini mereka nak hadiah..  sebabnya berjaya berpuasa tanpa berbuka sekerat hari.. semuanya puasa penuh (start Imsak hingga terbenam matahari yakni waktu maghrib)
Kami sebagai ibubapa tersenyum puas kerana berjaya me'nyaiko' minda mereka. Bukan nak bersikap kejam pada anak-anak tapi kami mahu anak-anak kami belajar dari kecil lagi hal-hal begini,InsyaAllah..  Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya"


Semoga anak-anakku sekalian akan terus tabah dalam meniti Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini,InsyaAllah...  Tak sabar rasanya nak menyambut ketibaan Syawal, begitu juga anak-anak kami. Jangan risau sayang, ibu dan ayah akan bagi hadiah special buat kamu kerana berusaha untuk berpuasa pada tahun ini..  semoga tahun hadapan anak-anak buat lagi ye... 


Saturday, August 20, 2011

Q-Thai Steamboat

Hari ni aku menerima jemputan kawan2 sekerja lama aku. Katanya nak berbuka puasa sama2 di restoran steamboat area KL. Aku teruja kerana inilah peluang untuk berjumpa kawan2 lama.. Adalah dekat2 4 tahun sejak aku resign dulu.. 


Lokasinya area Taman Dagang, KL. Inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke restoran steamboat.. terus terang aku memang tak pernah menikmati makanan mcm ni.. Yong Tau Foo tu biasalah makan..  


Anyway, aku puas hati.. makanan kat sini BEST dan ditanggung HALAL (penting ni).
Bayaran bagi dewasa = RM22.00, kanak2 = RM12.00
Korang boleh melantak seberapa banyak yang boleh (dah nama pun buffet) elok korang habiskan makanan yang korang amik,kalau tak habis makanan tersebut akan di timbang.. setiap 100 gram = RM10.00 akan dikenakan jika tak habis..
Agak2 nak bawak keluarga ke sini, silalah datang...

Wednesday, August 17, 2011

Kini ia kembali...

Wah... ketibaan Aidilfitri kini terasa bahangnya.. Apa tidaknya, masing2 tak ketinggalan nak tukar kelengkapan rumah mana yang rasa2 perlu...
Di dalam keghairahan berbelanja, kini IKEA ada mengeluarkan beberapa produk best.. Bagi sape2 yang kaki IKEA sure tak perlu di ceritakan... memang dah tau punyaa... Dan pada anda di luar sana yang tak pernah @ dengar nama pun tak pernah... kat sini aku nak kongsikan dengan anda semua... Jom ke IKEA sekarang...

Jangan lepaskan peluang ini yaa... pasti rambang mata korang nanti... setiap barangan yang ada memang berbeza dan unik...The #2012IKEACatalogueMY will arrive at the doorsteps of all households in the Klang Valley - and all 376 pages of it!

Tuesday, August 16, 2011

Shopping jom..

Ewah..  bila sebut pasal shopping tentu ramai yang terangkat keningnya terutama si suami...  Jangan marah ye wahai suami2 di luar sana..  Aku pun suami juga macam korang semua...  bezanya aku ni lain la sket..  tak terangkat keningku macam Ziana Zain tu..  Boleh buat muka dekkk..  


Hari ni masuklah hari ke-16 kita semua berpuasa, maka ketika ini bergemalah lagu2 raya di putarkan di mana2 kedai pun..  tak ketinggalan kedai2 mamak pun turut join pasang lagu raya...   Katanya semangat nak sambung raya...   Ish, sayunya...


Bila sudah sampai ambang Aidilfitri, berbagai offer/sale dengan potongan yang menarik pastinya memokaikan poket si suami jua..   hehehe...  Walaupun banyak diskaun yang di beri, kita sebagai pengguna yang bijak seharusnya kawal nafsu bila berbelanja...  jangan sampai takde badget untuk raya nanti sudah la ye...  Pada isteri2 pula kalau rasa2 langsir @ perabot2 kat rumah tu yang masih elok rasanya pakailah dulu..  tukar mana yang perlu je, zaman sekarang harga duit terlalu mahal. 


Di masa kita seronok bershopping janganlah kita lupa menunaikan tanggungjawab kita untuk membayar zakat fitrah di mana2 kaunter pembayaran zakat.  Dengan melaksanakan tanggungjawab kita, kita telah membantu insan yang kurang bernasib baik.  

Monday, August 15, 2011

Cowboys & Aliens

Review kali ni dari filem 'Cowboys & Aliens' edaran United International Pictures yang di adaptasikan dari sebuah novel karya Scott Rosenberg. Filem ini di arahkan oleh Jon Favreau, pernah mengarah filem Iron man dan Iron man 2.

Memaparkan plot pertempuran antara masyarakat koboi abad ke-19 dengan alien a.k.a. makhluk asing la..  Memang tak logik pun ada alien datang tapi itulah sebuah hiburan untuk tontonan semua. Walaupun plotnya tak kuat mana pun tapi aku tetap layan sebabnya terdapat pelakon yang aku suka seperti Harrison Ford a.k.a. Colonel Woodrow Dolarhyde iaitu ketua perkampungan kat situ. Dia ni memang seorang hartawan la.


Kisahnya bermula apabila Daniel Craig a.k.a. Jake Lonergan yang mengalami amnesia atau hilang ingatan sementara gitu.. dalam pada itu Jake tercari2 akan identiti mengenai siapa dirinya..  Gandingan 2 aktor ni pun dah cukup buat aku tak jadi nak bangun dari kerusi sebabnya aku suka diorang ni tambah plak ada awek cun plak, Olivia Wilde a.k.a. Ella Swenson sebagai tarikan tumpuan.

Ending citer biasa2 je...

Erti sebuah perkahwinan

Menyentuh pasal pasangan yang bersekedudukan atau bahasa mudahnya tinggal serumah tanpa ikatan suami isteri yang sah sudah banyak kali kita baca atau dengar mengenainya. Media cetak malah internet juga banyak memaparkan kes2 macam ni. Persoalannya, apa tindakan korang sebagai jiran. Bukan nak menyibuk kain orang tapi bila dah nampak depan mata jika tak dicegah akan jadi subahat.


Tambahan pula sekarang ni bulan mulia, kita seharusnya memperbanyakkan melakukan perkara yang elok dari benda2 yg tak elok. 


Namun ada juga pasangan yang sudah bernikah di negara ini (Malaysia) tetapi sukar untuk mendapatkan surat perakuan nikah gara2 kelewatan sistem perundangan. Ini boleh menyukarkan pasangan terbabit untuk melakukan urusan yang memerlukan pengesahan pasangan. Kejadian ini berlaku di Miri, Sarawak. Berita selanjutnya di sini.


Lain pula halnya dengan kes ini


Pasangan muda yang sedang hangat bercinta seharusnya mempelajari hukum2 yang telah digariskan dalam agama Islam. Jangan nanti bila dah terlanjur baru nak terngadah..  tuntutlah ilmu dengan orang2 tua, mereka ni banyak pengalaman yang boleh kita jadikan panduan. Semoga anda akan menjadi pasangan yang bahagia dan membina rumahtangga yang harmoni.


Photo oleh memberku Yus - www.ranggie.com/

Sunday, August 14, 2011

Harapan Malaysia


Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di London dari 8 hingga 14 Ogos 2011 akan menyaksikan pertembungan diantara ranking 1 dunia - Datuk Lee Chong Wei (malaysia) menentang ranking 2 dunia - Lin Dan (china). Baru sebentar tadi Lin Dan berjaya mengalahkan Peter Hoeg Gade (denmark). Kita berharap semoga Lee C.W. akan berjaya mengalahkan Lin Dan malam ini...


Selamat..

Cis..  nasib baiklah aku tak eksiden ni hari..  lahanat punya limo...  kejadian ni baru jap tadi lebih kurang 3.00 pagi masa aku dalam perjalanan pulang dari kerja..


Sesedap ko je merempit kat highway..  aku tak perasan pulak ada guest ke idak tapi yang pastinya pemanduannya tu amatlah membahayakan bagaikan Grand Tourismo dalam PSP aku..  Barangkali polis takde time pepagi ni so sedaplah dia 'henjut'..

Kepada penunggang moto yang lain..  waspadalah pada limo juga..  biasanya kita kena hati2 pada kenderaan berat tapi yang satu ni pun kena waspada gak..  Alhamdulillah, selamat gak aku sampai umah tadi..

Thursday, August 11, 2011

Zzz..

Jam baru pukul 6.00 ptg, mata dah terasa layu..  Hari ni sibuk betul sampai takde masa nak makan tengah hari.. Ops.. Astaghfirullahalazim... puasa la woi..! Adehh..

Hehehe.. nasib baik tak teguk air tadi hehehe...  rugi puasa aku hari ni..  
Dah tak lama dah masa untuk berbuka, bawak2 le bersabar ye cik midonz...

Malam tadi aku dengan ahli keluarga aku tolak abah + adik bongsu yang tak nak ikut..  pergi ke rumah seorang teman ni.. kiranya teman ni ada bikin Catering la senang cakap..  Eh, nak buat catering tu..?  
Adik aku nak kahwin daaa.. hehehe..  Akhirnya sampai gak la lokasi yg dituju.. Area Kg. Sungai Cincin, Gombak. Perbincangan secara bersemuka lagi mudah kalau nak dibandingkan dalam talian..  kiranya nnt takdelah misunderstanding gitu..  Akhirnya dah capai kata putus dan segalanya berjalan lancar..  hanya menunggu tarikh perkahwinannya saje...  

Kepada adikku Hamidah binti Mohd Ariffin, abang doakan yang terbaik untukmu adikku.. 
Oh yer.. kalau korang nak test survey catering ni, sila klik NAZLIEZA.  Moga2 ia menepati citerasa anda, bagi aku...  rasanya ia berbaloi dengan wang anda... 

Ahhh... adoiii.. menguap lagi aku ni... aii.. lambatnya jam aku ni.. rosak ke apa..

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Kita bakor je..

Hari ni masuk hari ke-11.. dah keluar di muka surat khabar berita2 sensasi maupun yang tak best.. Best la korang yang keje 'Gomen' dapat bonus korang yek.. Alhamdulillah, rezeki tu..  walau tak banyak kira adalah jugak berbanding aku yang keje unGomen ni.. Tak kisahlah, aku tetap bersyukur kerana di kurniakan kerjaya berbanding mereka2 yang tak bekerjaya a.k.a. penganggur terhormat.


Dalam kita semua dok menyambut bulan Ramadhan dengan penuh dugaan rupanya ada lagi dugaan lain yang tak sepatutnya berlaku.. Haa, apa kebendanya tu..? Kesian tengok budak2 sekolah yang hilang jari.. cedera sana sini.. ape hey..? angkara mercun hand made..  kononnya nak melakar sejarah le tu..  mungkin kalau berjaya ciptaan mercun tu nanti, budak tu jadi 'femes' dan kaya raya kot..


Hakikatnya kalau dah bahan letupan tu, janganlah dok mengOperate benda tu lagi..  memang ciptaannya dah macam tu maka jangan di tukar sifatnya itu..  Bila dah berlaku kecederaan sape yang susah..?  tak ke ibubapa dia juga yang susah..  kena bawak ke hospital tunggu berjam2 untuk mendapatkan rawatan.. orang tua penat bekerja, korang lagi nak tambahkan beban orang tua tu..  Elok bakor je tangan korang tu kat api dapur gas..  buat hidangan untuk berbuka nanti..


* gambar ehsan www.broframestone.com


Tuesday, August 09, 2011

Sampah.. sampah.. dan sampah..

Apa kebende aku ni.. sebut sampah je.. sape sampah sebenarnya.. tergolong dalam golongan apa..? Ahh.. realitinya aku tetap tak suka dengan sampah.. Sampah masyarakat.. sampah sarap.. Apa perkataan lain selain dari mengucapkan perkataan sampah yang sememangnya ia adalah sampah.. 


Dah 4 hari aku dok menahan hidungku dari menghirup bau kau, SAMPAH.. Sape2 yang terjumpa kau mesti kembang kempis hidungnya dok menahan bau kau tu.. Sape yang bersalah.. Sampah..? hmm.. kenapa sampah nak disalahkan.. siapa yang menyebabkan sampah ni wujud di alam nyata.. tidak lain dan tidak bukan.. korang la yang suka hati membuat sampah.. kalau bukan manusia siapa lagi..? takkan batu bata.. kucing.. hanpon..! 


Kalau dah buat sampah tu tak reti2 nak campak ke tempatnya ke.. kat mana tempatnya..? dah tentu ke dalam tong sampah.. Sampah.. Arggghh....... korang saje nak bikin panas di bulan puasa ni kan..


Ini baru sikit je.. ada lagi kat tempat lain, cukuplah sedikit photo aku masukkan dalam entri ni.. Kepada pemilik sampah.. aku rasa dah memang tabiat korang suka buat sampah agaknya.. Bagi aku, aku benci sampah maka tong sampahlah tempatnya bukan laluan kaki lima.. 

Monday, August 08, 2011

Lulla Men


Drama Romantic Comedy Thailand sepertinya sudah membuat aku tergila-gila!!!
Tan, Joon, dan Tu adalah tiga sahabat playboy dan tinggal 1 rumah dengan bini mereka masing-masing. Tan adalah seorang jurufoto yang memiliki tugas untuk mencari pengganti model yang cantik. Joon adalah seorang penyanyi band di kelab malam yang bernama 'Lulla'. Tu adalah seorang pembuat filem. 



Mereka masing-masing memiliki karakter yang berbeza dalam mencari perempuan simpanan, walaupun pernah suatu hari mereka menjalinkan hubungan dengan satu wanita yang sama. Kecurigaan demi kecurigaan turut dirasakan oleh isteri masing-masing. Tapi berkat kecerdikan mereka, semua rahsia tersimpan dengan baik. Suatu hari Tan bertemu dengan criteria model yang dia inginkan bernama Suzie. Ahh.. cukuplah tu.. Selebihnya korang kena tengok sendiri.. Aku rekemen korang tengok cerita ni.. BEST..!!

Nak puasa apa lagi yer..

Dah masuk hari ke-8 kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan... Macamana pulak dengan puasa korang..? Dah terkantoi ke belum..? Berpuasa bukan saje pada menahan lapar dan dahaga je.. Nafsu pun sama tau..

Berciter pasal nafsu ni banyak contohnya.. diantaranya nafsu shopping.. hmm,nape plak nafsu shopping ni..? yea la, kalau kita tak control ia boleh membawa kepada pembaziran.. betul tak? Korang kalau bershopping macamana? iye ke kita kena bershopping secara berhemah.. planning cuma nak beli baju raya je.. bila dah sampai bazaar cuba bayangkan apa yang berlaku.. kalau boleh apa yang ada kat sana semua nak...

Haa.. sedang asyik mata dok membelek pakaian yang tergantung pasti tak terlepas pandang pada pakaian yang sedang bergerak di depan mata.. hehehe.. apa dia yer..? awek2 yang lalu lalang depan mata tu tak putus2 punyalah.. ada yang bertudung.. ada yang berkebaya moden.. ada yang rugged.. macam2lah.. bagi kaum lelaki tu korang buat apa hah..?  elakkanlah mata korang dari memandang perkara yang tak sepatutnya okay..

Bagi kaum wanita diluar sana, kalau nak keluar rumah lebih molek kiranya korang memakai pakaian yang sopan sket.. tak kisahlah jika korang ni free hair ke atau bertudung.. pastikan baju yang korang pakai tu tak menampakkan lurah dendam @ bentuk dada anda.. aku pun takde hak juga nak halang apa yang korang nak pakai tapi seharusnya tutuplah aurat kamu. Ramai mata akan memandang anda bukan kerana kecantikkan anda tetapi kecantikkan yag lain.. perkara ni boleh membangkitkan nafsu si lelaki tu.. kan bahaya..


Sunday, August 07, 2011

Rise of the Planet of the Apes

Hi semua...  Akhirnya dapat juga aku menonton filem ni kat pawagam..   Ia mengisahkan James Franco a.k.a. Dr Will Rodman seorang saintis yang menjalankan penyelidikan ke atas spesis mawas untuk mencari penawar penyakit Alzheimer. Eksperimen manusia dengan kejuruteraan genetik membawa kepada pembangunan kepintaran mawas. Tidak lama kemudian, permulaan peperangan untuk dominasi antara spesis manusia dan mawas telah berlaku. Haa..  macamana boleh jadi camtu pulak???  Yang tu korang kenalah tonton sendiri...





Aku berpuas hati dengan plot citer ni walaupun menggunakan banyak teknik CGI , aku tak peduli...   Ending of the story BEST..






Wednesday, August 03, 2011

sempat kot..

Masuk hari ke-3 kita berpuasa..   macamana puasa korang, ada masalah apa-apa tak?   Ada yang dah mula curi-curi port nak ponteng puasa ke?   Yang tu korang tanggunglah sendiri ye, orang cakap kubur sendiri-sendiri..   bila di fikirkan ada betulnya tapi sebagai saudara seIslam tak bolehlah kita tengok je kan...   kena tegur juga kalau ternampak takut nanti bersubahat pula.

Malam ni seperti aku sampai rumah agak lewat sikit, ada kerja last minute pula. Budget balik awal tapi tak sempat pula...   sesampai je kawasan parking perumahan, azan berkumandang masuknya waktu Maghrib yakni waktu berbuka puasa. Nasib baik dah standby buah kurma dalam beg..   Bagi mereka yang selalu sangat terkandas dalam kesesakkan jalanraya eloklah persiapkan air / manisan dalam beg agar mudah untuk kita berbuka nanti..  Takut-takut tak sempat sampai rumah..

Tuesday, August 02, 2011

Amboi.. tak menyempat..

Entri kali ni aku cuba masukkan elimen bebas lak..  Kalau ikutkan petang semalam nak masukkan tapi di sebabkan badan terlalu letih dan lapar, aku batalkan saje niat aku tu..


Hehehe..  sesampai kawasan rumah aku..   rupanya bukan aku sorang je yg berpusu-pusu balik rumah nak berbuka bersama keluarga...   korang tengoklah kereta-kereta tersebut, parking bertindan-tindan..   Jangan tarik 'handbrake' ye kalau tak nak kena scratches oleh mereka-mereka yang sakit hati dengan kereta anda..  

Monday, August 01, 2011

Ish.. Posa la plak..

kat tempat korje..

K : adoi.. macamna ni.. (berjalan menuju ke jendela)
C : hah.. apehal ko ni?
K : erkk.. aaa.. takde papelah.. (muka serba tak kena)
C : hi.. takkan takde pape kot.. bulan ni ko sengkek ke? ko nak pakai berapa? (sambil membelek wallet)
K : eh takpelah.. aku ada duit der..

dari jendela K berlalu pergi.. C hairan kebingungan.. 30 minit kemudian K datang dengan senyum simpul dan terus sambung kerja yang tergendala tadi..

C : ko ok ke ni? tadi kenapa, macam problem besar je.. skrg ni bukan main bersemangat pulak..
K : eh.. aku ok.. (sengih-sengih sambil kerja)
C : baru lepas rujuk awek ko ke? (saje provok)
K : hehehe.. jangan kecoh-kecoh tau..

sambil menarik baju C ke suatu sudut jauh dari kawan sekerja yg lain..

K : yang sebenarnya aku lapar tadi.. la ni kenyang dah, baru cergas nak buat kerja..
C : bertuah punya kawan, ko tau tak ni bulan posa.. apa nak jadi ko ni.. bla.. bla.. bla..(Terus membebel)


Moral : di bulan posa ni janganlah ponteng2 lagi.. awak tu dah besau panjang, malulah kat kawan2 lain yang bukan beragama Islam. Sampai bila nak ponteng posa, umur makin meningkat.. Bertaubatlah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...