Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Saturday, December 31, 2011

2012


Esok bermulalah episod baru dalam hidup aku. Tahun yang bakal dicipta oleh aku sendiri untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Kepada yang berkeluarga, jadikan tahun 2012 sebagai tahun menstabilkan ekonomi dan pada remaja pula, jadikan ia sebagai tahun membina kerjaya dalam hidup.



TINGKATKAN USAHA ANDA.. BUAT YANG TERBAIK..

Friday, December 30, 2011

Watching together

Aktiviti di masa lapang selain buat homework sekolah, kami bertiga suka menonton movie.




Gelagat anak-anak bila time cuti sekolah 

Thursday, December 29, 2011

Crocs

Hmm... cantik tak..? Eh, kat mana korang tengok tu..? Aku suruh korang tengok sandal Crocs dia laa...



Cantik kan Crocs dia..?  Beli yang original tau.. kalau beli kat Uptown ke bazaar ke yang tu semuanya riplika je.. Maknanya tak original.. dah pakai baru tau kualitinya.. Erk..

Sesak lagi

Kita selalu guna jalanraya untuk menjalankan kerja-kerja harian, tak kiralah pergi kerja maupun nak keseberang jalan pun anda tetap pengguna jalanraya. Tetapi sejauh manakah kita sebagai pengguna tahu mengenainya. Isu yang aku cuba bangkitkan di sini akan kita kongsikan bersama dalam slot selepas ini.. hehehe.. Nak baca lagi silalah KLIK baca selanjutnya.. 





Monday, December 26, 2011

Sherlock Holmes: A Game Of Shadows


Jom kita menonton filem Sherlock Holmes ke-2 yang masih mengekalkan watak utamanya, Robert Downey Jr. dan Jude Law. Kali ini Holmes terpaksa meminta bantuan Dr.Watson untuk sama-sama menyelesaikan suatu kes yang agak rumit membabitkan seorang profesor yang menjalankan kerja jenayah paling licik.

Tunggu kami mati dulu

Agaknya itulah ungkapan paling mustajab yang aku boleh berikan bagi isu kali ini. Kerana slogan yang lembut-lembut atau berhemah ni biasanya lambat mereka 'take action' melainkan kita buat protes jalanan maupun bagi memorandum kepada kerajaan. Itu kes lainlah okay.


Saturday, December 24, 2011

Mission Impossible 4



Menonton filem Mission Impossible 4 menjadi satu kemestian buat aku kerana aku mengikutinya sejak M.I. pertama lagi. Sebuah filem aksi & ekstrem dilakonkan oleh Tom Cruise sebagai watak penting dalam cerita ini yang akan mengajak kita sama-sama pasukannya menjejaki pengganas yang akan melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika.


Hahaha.. menggelabah korang. Semasa menjejaki si Hendricks yang memiliki kod pelancar nuklear Rusia, pasukan Ethan ni kena menempuh macam-macam halangan demi menyelamatkan Amerika dari kena serang.. Misi kali ni gadjetnya dipertingkatkan dengan beberapa teknologi baru.


Sepanjang 2 jam 15 minit berada di dalam panggung, aku boleh katakan plotnya seimbang tak seperti M.I. sebelum ni yang buat aku tertunggu apa nak jadi lepas ni.. Pada mereka yang minat giler kat aktor ni rasanya korang tentu tak kisah apa orang lain cite kan.. Enjoy the movie :)

Friday, December 23, 2011

Bila resah


Bila runsing @ stress menggiler aku selalu cenggini...  sebenarnya aku tak mau tunjukkan keadaan ini pada orang lain.. biarlah aku sendiri yang menanggungnya..  Cara ni lebih sesuai untuk aku kerana mudah untuk aku terlelap dengan tenang.



Tuesday, December 20, 2011

What the.....

Orang terlampau bijak pandai pun susah juga..  bodoh terlampau lagilah susah..  Apa kita nak panggil mereka ni..? Ada undang-undang tapi tak mahu guna..  Bila tiada undang-undang dikatanya pihak berkuasa tak buat kerja.. 





Be kind to others

Sebuah video yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama pembaca semua..  kalaulah kita semua mempunyai sikap begitu, kadar jenayah pasti dapat dikurangkan..  bagaimana pula dengan anda..


Monday, December 19, 2011

Kembali lagi

Musim naik sekolah akan tiba tak lama lagi...  Kini banyak kedai-kedai sudah menawarkan harga murah dan diskaun hebat kepada pengguna khususnya ibubapa yang sibuk menyiapkan alatan persekolahan anak-anak mereka. Kepada ibubapa diluar sana buatlah pilihan yang bijak dalam berbelanja kerana keseronokkan berbelanja tiada batasannya akibat keghairahan tadi.


Friday, December 16, 2011

Tak cukupkah..?

Apa lagi yang kurang
Tak cukupkah apa yang engkau ada
Apa yang engkau benci sangat
Tak perlulah jadi orang lain
Hanya mahukan bangga pujian
Bertaubatlah sebelum terlewat





Wednesday, December 14, 2011

Stack the blocks

Permainan 'stack the blocks' memang menyeronokkan dan korang pasti terhibur jika tahu mengendalikannya. Seperti permainan 'sahibba' ia menguji kemahiran berfikir dalam menyusun ayat dengan menggunakan kepingan huruf yang korang ada. Berbeza dengan permainan 'stack the blocks' yang memerlukan kemahiran korang menyusun bongkah kayu hingga mencapai ketinggian maksima.








Tuesday, December 13, 2011

New baby

Akhirnya satu cinema baru telah dilancarkan bertempat di TGV Sunway Pyramid petang tadi yang mana para penonton takkan kecewa dengan hasil teknologi canggih IMAX. Sebelum ni aku pernah bertugas di Berjaya Times Square KL dan pernah mengendalikan mesin IMAX dalam format 70mm (filem).


Bigger than you have

Engkau ada ke apa yang aku ada..?  Hmm.. Eh, betul ke kau ada..
Bab ni paling aku suka sebabnya aku takde..  Kalau korang ada, korang tersangatlah hebat sebab memilikinya... 
Apakah ia wahai kalian...?????





Sila klik 'baca seterusnya', jika nak tau dengan lebih detail. TQ

Wednesday, December 07, 2011

What..?


Hehehe.. Selamat datang ke stesen keretapi Tanah Merah..  Huh..? biar betul..? Bila pulak Tanah Merah ada stesen keretapi...  Hahaha.. sebenarnya bukan Tanah Merah, Kelantan. Gambar ni aku amik masa berkunjung ke Singapura 2 hari lepas cuma tak sempat nak upload je...

Terkejut juga lokasi ni digelarkan Tanah Merah... Stesen MRT di Singapura....  Penumpangnya amat berhemah sebabnya aku kata begitu ialah mereka ni kalau naik escalator beratur dan akan berdiri di barisan kiri escalator dan dibiarkan kosong di bahagian kanan escalator. Tujuannya bagi memudahkan untuk sesapa yang urgent menggunakan laluan tersebut.. Wahh.. bagusnya..

Begitu jugalah bila menunggu Train sampai.. mereka ni akan beratur dan memberikan laluan kepada penumpang dari dalam train keluar baru diorang ni masuk.. Wow.. hebat... Harap2 orang Malaysia patut mencontohi sikap macam tu... Nice Singapore...

Sunday, December 04, 2011

Exercise keeps you healthy

Ke mana menghilangnya semangat diri.. Entah ia masih wujud atau sudah berkubur..  seolah-olah esok sudah tiada buat si jasad..  Ahh.. Apa yang aku dok merepek ni.. Hahaha.. kita biarkan saje persoalan tu pergi tanpa jawapan hehehe.. Yang pastinya aku suka menyatakan di sini bahawa kita seharusnya jangan dok malas-malas makan tanpa henti dan menonton TV je..  Gerakkan seluruh anggota badan korang dengan melakukan senaman.



Melakukan aktiviti regangan ni tak semestinya di luar rumah, dalam rumah pun boleh juga. Contohnya bersenam di depan TV tapi pastikan ruang tamu/bilik korang tak sempit supaya mudah korang nak lompat sana sini dan sebagainya..


Sunday, November 27, 2011

Usah bersedih

Hari ni aku tak sempat nak bawak anak-anak ke taman rekreasi untuk rutin berjogging, terpancar suatu harapan dari wajah sugul mereka. Dengan tenang aku cuba memujuk hati si kembar ni untuk bersabar kerana hari ni terlalu banyak urusan yang perlu aku selesaikan. Hingga membawa ke malam.. 


Walaupun tak dapat pergi ke taman, mereka seolah-olah mengerti dengan keadaan.. Alhamdulillah, mereka faham juga akhirnya..  Aku cuba meyakinkan kepada mereka bahawa aku akan bawa mereka ke taman lagi..
Sabarlah ye sayang...


Saturday, November 26, 2011

Miraculously mother..

Berikut ini adalah ibu-ibu di dunia yang paling unik dan aneh yang pernah ada.

1. Melahirkan 8 Bayi Dengan Selamat


Dikenali sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez telah menarik perhatian dunia setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009. Bayi Nadya ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AS dan juga menjadi satu set lengkap kembar lapan hidup paling lama dalam sejarah dunia. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar lapan pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin, menganggur dan sudah memiliki enam anak-anak lain di bawah usia lapan tahun.



Friday, November 25, 2011

Transformasi

Hi semua...  Apa khabar korang hari ini, adakah korang happy sepanjang hari ini...?  Atau bengang tahap nak bakor orang ke..?   hehehe..  Walau apa pun aktivitinya yang korang hadapi, jangan sampai melakukan perbuatan yang merugikan diri sendiri udah la yer... Merana badan sehh...

Bila sebut pasal TRANSFORMASI..  Apakah yang bermain-main di kepala otak korang..????
Sorry la yek, aku takde masa nak bincangkan atau memaparkan isu-isu politik negara yang sememangnya ku tak minat... Okay jom baca selanjutnya.. Korang KLIK button kat bawah tu yek... Terima kasih.. hahahahaha.....





18+ Above Only..!

Pembunuhan kejam Junko Furuta



Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.

Ice Cream

Salam 1Malaysia buat semua pembaca sekalian..  Okay aku tutup story mengenai hal bolasepak dan kita jelajah ke Miami pulak.. Overseas laa, yeaaa.....  Jom semua..  Erk, maaf ye.. Korang ada Passport tak..?  Kalau takde tak boleh ikut tau.. Hahaha.. Joking jer.. Meh la join sama...

www.miamiseaplane.com

Wednesday, November 23, 2011

Attack.....


Malam ini akan berlangsungnya perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Bukit Jalil.  Menurut Naib Presiden FAM, Dato' Hamidin Mohd Amin pihaknya menyasarkan sebanyak 20,000 tiket akan terjual tetapi sehingga kini hanya 2,000 tiket yang berjaya dijual sama ada di kaunter tiket dan secara online. Walaubagaimanapun kita mengharapkan malam ini jualan tiket meningkat lagi.



Apa pun sama-sama kita seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada pemain Malaysia yang baru balik dari SEA GAMES 2011, Palembang, Indonesia. Kita tahu mereka keletihan tapi semangat dan sokongan moral daripada penyokong pasti akan menyemarakkan lagi rentak permainan mereka malam ini.


Ayuh kita menonton siaran secara langsung di kaca TV malam ni (bagi yang tak ke stadium). Kedai mamak tentu ramai nanti.. 

Menerjah lagi..

Apa yang aku dok mengarut sekarang ni..?  Arghh..  Waktu sekarang menghampiri subuh maka secara logikanya akan berkumandanglah azan subuh bagi yang beragama Islam untuk menunaikannya. Kalian juga jangan leka pulak, bukannya susah pun..  pergi ke toilet angkat wuduk kemudian persiapkan diri untuk menyembah Yang Esa.







Sebelum sampai azan subuh, jari aku ni ligat menekan punat2 papan kekunci mencari sesuatu bahan cerita.. Kala ini idea tak mau keluar maka merapulah jawapannya..  Aktiviti tetap diteruskan dengan menerjah blog2 sahabat2 yang meninggalkan jejak2 mereka dalam blog aku.  Sambil otakku ligat bermonolog.. Mak aku pernah berpesan supaya jangan cakap sorang2 nanti dicop kurang siuman aka gila.. 


Image from Google
Hmm.. Banyak blog aku selam dan mengembara di sana, mereka tetap dengan 1 tujuan iaitu menyalurkan maklumat kepada pembaca. Blogger seperti kita terdiri dari kalangan yang hebat dalam penulisannya dan tak hebat pun ada sebab tu kita punyai hak untuk berkarya. Kepada yang tak hebat tu jangan rasa rendah diri, aku pun bukan hebat sangat cuma kita sama2 belajar demi 1 tujuan. 


Image from Google
Blog adalah tempat untuk menyuarakan luahan rasa yang terbuku di dalam jiwa, ia juga sebagai titik permulaan kehidupan. Oleh itu, rajin2 korang menyelam blog sahabat2 anda. Walaupun tak banyak tapi yang sedikit itu mampu menggembirakan hati seseorang. Selamat berkarya.. 

Jom layan COLOMBIANA

Hmm... Mata aku masih tak dapat dilelapkan setelah puas mencari posisi yang tak berapa nak menjadi..  Mana tidaknya selepas isya' terus padam sampai 12am.. Pastu mulalah tak boleh pejam..  Kononlah nak dijadikan citer aku terus makan waktu Supper(tgh malam).. perut dah kenyang terus layan movie Colombiana yang memang menepati selera aku iaitu filem jenayah / aksi memanjang hehehe...  


Filem ini diterajui Zoe Saldana sebagai Cataleya yang memegang watak utama dalam filem ini. Lakonan yang sungguh mantap yang aku yakin boleh jadi pelapis Angelina Jolie sedikit masa lagi..  Mengisahkan sewaktu Cataleya zaman kanak-kanak, keluarganya telah dibunuh oleh geng kongsi gelap yang mana dia terpaksa melarikan diri meminta bantuan daripada pakciknya Emilio yang melatihnya menjadi seorang pembunuh elit. 




Sepanjang babak, tak keterlaluan kalau aku katakan plotnya menaik je..  Jadi apa tunggu lagi.. Layan la..  






Aku sertakan trailer dari filem ini.. hahaha.. saje nak racun korang semua hehehe.. saksikanlah... 




Filem ni dah ditayangkan maka korang download sendirilah kat internet okay.. Mudah sesangat-sangat..  Korang klik Colombiana ini dan korang download la sendiri okay...

Tuesday, November 22, 2011

GARUDA menggila..

Pagi ni aku keluar rumah nak beli surat khabar boleh dikatakan separuh daripada kedai yang jual surat khabar area Sungai Besi, Kuala Lumpur 'Sold Out'..  Amboi, sungguh luar biasa fenomena ni.. Pada sesiapa yang pernah datang ke Pekan Sungai Besi yang berhampiran Kem Tentera Darat ni pasti tau betapa besarnya kawasan ni.. Memandangkan aku dah cukup desperate nak dapatkan Akhbar, aku redah jugak la cari sampai dapat yang akhirnya Berita Harian sempat aku capai.. Harian Metro, The Star habis.. yang tinggal Kosmo, Akhbar Sinar + Tamil + Cina je..





Semuanya gara-gara berita perlawanan bolasepak malam tadi yang berkesudahan Emas dimiliki Malaysia. Sungguh pun kemenangan sudah dimuktamadkan tetapi masih ada rasa tidak puas hati oleh pihak kontijen Indonesia. Kita dapat lihat tindakan mereka dalam BLOG cik Nana ni.. Sikap tak profesional mereka cukup jelas.


Hahaha.. Part ni paling tak munasabah.. Yang korang bakor kaunter tu buat apa..? Tetapi itulah yang terjadi kepada Rakyat Indonesia yang terkenal dengan semangat kenegaraannya...  Terima kasih Sozcyili laporan anda best.. Klik nama Sozcyili untuk berita penuh...

Apa pun terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan ubahlah perangai korang baru orang lain hormat kepada anda...

Apabila GARUDA tersungkur lagi..


Bertahun sudah ku menunggu diri mu 


Akhirnya Malaysia dapat juga 
Susahnya untuk ku melupakan mu 
Kerna kau ku cintai selalu 

Tapi sayang Malaysia kembali menuntutmu 
Datang kembali mengenang cinta dahulu 

Mengapa ini semua harus berlaku 
Apakah ini semua kerna pingat Emas
Sedangkan aku cuma watak dalam Games ini 
Tak sanggup aku melepaskanmu 

Kau ibarat Emas yang bertakhta dihatiku  
Tak tahu mana aku nak sorokkan muka ini 


Saturday, November 19, 2011

Breaking News

Perlawanan petang tadi sedikit sebanyak melegakan hati setiap peminat bolasepak khususnya di Malaysia. Manakan tidaknya sepanjang perlawanan kedua-dua pasukan terikat 0 (Malaysia) - 0 (Myanmar). Mujur jugalah di minit terakhir gol tunggal berjaya di jaringkan oleh Fakri Saarani, syabas kepada Fakri kerana berjaya membawa Malaysia ke Final.

Lain pula halnya bagi sebilangan sukarelawan Sukan SEA Indonesia 2011 yang dikejutkan dengan pemberhentian menggunakan sms. Keadaan menjadi bertambah panas apabila sukarelawan tersebut tidak diberikan gaji seperti yang di janjikan..
Butiran lanjut sila KLIK INI

Toyol punya hal..!

Bermulalah kisah si toyol ni yang menjadi tajuk utama dalam keluarga aku...  Hoh, kenapa pulok dah...  Apa tidaknya, boleh dikatakan nama toyol ni menjadi sebutan anak-anak aku... Tak takut rupanya deme ni...  Maka kerana tak tahan dek menuntutkan si toyol ni, aku pon melangganlah citer 'ALAMAK TOYOL' kat AstroFirst... Cehhh... ! begitulah kisahnyaa....



Bloated Stomach



How to solve the problem of bloated stomach..?


Here I share with you all :

1) The first thing when getting out of bed in the morning, standing in front of a mirror.
2) Remove your pajamas (If you wear them)
3) Try to see your stomach. View with a great anger.
4) ...... then slap the stomach many times, and said "for shame to me.. for shame to me.."
5) Do it everyday until you get 6 pack..   LOL..



Wednesday, November 16, 2011

Wrong place..

Orang pergi Fitness seharusnya memakai pakaian yang sesuai...


Tetapi inilah yang telah berlaku...
Siapa yang harus di persalahkan..
Orang yang amik picture ni pun patut juga di persalahkan..

p/s : just for fun hehehehe....

Dapat duit, seronoknya..!

Wah.. petang tadi bermulalah penerima wang bantuan oleh kerajaan. Kerajaan berikan kepada setiap anak yang bersekolah rendah dan menengah sebanyak RM 100.00 seorang. Bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang maka berpusu-pusu ibubapa yang datang ke sekolah hari ni termasuklah aku jugak hehehehe.... Ibarat pesta keramaian pun ada.. 


Baru dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Dato' Najib Tun Abdul Razak. Tahun hadapan tak tau la dapat atau tidak.. Ia sebagai langkah mengurangkan beban ibubapa untuk belanja persekolahan anak2 mereka. Baguskan..?


Ia memang bagus tetapi jangan kita salahguna wang tersebut untuk enjoy pula ye ibubapa sekalian. Ingat tu...  Sememangnya kos belanja anak2 terlalu tinggi pada zaman ini berbanding zaman kita di era 70an dan 80an. Kesannya amat dirasai bagi golongan ibubapa yang berpendapatan seisi keluarga dalam lingkungan RM 1,000.00 sebulan. Kesiankan...


Pada perbentangan Belanjawan tahun 2012, rata2 semuanya berpuas hati (bagi kakitangan kerajaan laa) dengan perbentangan tersebut tetapi yang tak bestnya bagi kami golongan yang bekerja dalam sektor swasta. Hmmm.. telan air liur aje laa.. 


Bagi kami yang kerja swasta ni hanya bergantung harap pada offer company lain la gamaknya..  kalau ada offer gaji lebih maka itulah pilihan terbaik untuk golongan seperti kami nak merasa gaji lebih. Bagi akulah, untuk mencapai hidup yang lebih baik kita kena berusaha meningkatkan kualiti kerja barulah boss nampak hasilnya gaji UP sket..  Itulah usaha yang aku cuba lakukan sekarang demi menstabilkan ekonomi keluarga aku... korang macamana pulak..?  hehehe... 





Monday, November 07, 2011

Sweet goalkeeper


Heehehehe... just for fun..  Lets see this video... yeahhh...

Thursday, November 03, 2011

Best tak?

Tandukkan yang aku kira cukup cun la setakat ni...


Hmm.. kalaulah pasukan Malaysia boleh bikin macam ni.. memang tabik spring derr

Sunday, October 30, 2011

Camno nak selamatkan diri

Bila kebakaran berlaku, kita sering kali panik tak tentu pasal.. Walaupun kita pernah diberikan latihan asas kebakaran..  Berikut tindakan pantas @ paling simple nak selamatkan diri dalam kebakaran dalam rumah @ bangunan.


Yang ni paling basic la.. kalau dah keluar tu pi minta bantuan la pada sesapa yg ada... hehehe...
Kredit untuk 9GAG, info best.. saje aku share kepada korang...

Saturday, October 29, 2011

Watak Komik

Bilamana si kecil taksub dengan watak Vader dalam filem Star Wars..
Ini yang berlaku..


Hehehe.. Jangan sampai anak anda jadi begini.. Tengok boleh Tiru jangan...


Jodoh

Betul ke pepatah mengatakan Jodoh serta pertemuan diantara 2 insan telah ditentukan oleh Allah SWT..?  Hmm, bunyinya memang menarik perhatian aku tetapi jika tanpa sebarang usaha di lakukan dan hanya menunggu jodoh tu datang sendiri yang mencari kita..  Memang tak jumpa la jawapannya..



Tuesday, October 25, 2011

Maaf

Salam sayang kepada pembaca semua, agak lama aku tak mengupdate blog ni. Menjadi 1 misteri jika aku tak update dalam jangka waktu begitu lama. Pelbagai halangan menimpa pada aku sejak beberapa minggu yang sudah.

Eh, bukan masalah kronik pun cuma waktu kerja yang padat ditambah pula aku ibarat putus hubungan dengan dunia internet buat seketika. Menyendiri.. oh tidak.. aku bukan begitu.. Pastinya jadual aku memang padat..

InsyaAllah, aku akan cuba berikan sedikit waktu mengUpdate apa yang patut..  Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua..

Sunday, October 09, 2011

Al - Hijab


Hi para pembaca sekalian..  Aku baru je layan filem Al - Hijab di pawagam..  Nampaknya filem ni menepati citarasa aku sebagai penggemar genre seram.


Kisahnya bermula apabila Raff (Pierre) mendapat tawaran watak utama dalam filem 'Jalan Mati' yang akan digandingkan bersama Fazura. Dimana pengarah (Aziz M.Osman) mahukan Raff menjiwai watak yang diberikan malah diberi tempoh untuk meneliti skrip yang telah di berikan. Agak malang kerana Raff masih tidak dapat nak jiwainya walaupun berkeping DVD dok tayang demi mencari feel tersebut. Kiranya mamat ni tak takut hantulah gitu..


Raff makin tension kerana masih tak dapat nak cari orang yang dapat bantunya membukakan hijabnya dan suatu hari beliau telah mendapat sms pelik dari orang yang tak dikenalinya agar datang ke suatu tempat.


Sejurus tiba di sana Raff ditemukan dengan seorang makcik bernama Mak Itam yang akan membantu membukakan hijabnya. Akan tetapi ada musibahnya jika tidak ditutup hijab itu.. Apakah yang berlaku nanti...?  Saksikannya di pawagam sekarang...


Kau yang cari pasal

Thanks to my FB frenz


Malang memang tak berbau
Kalau berbau dah tentu kita akan berwaspada selalu
Insiden berlaku apabila traffic light bertukar dari kuning ke merah
Mungkin dengan memecut deras pemuda ini akan berjaya melepasinya sebelum bertukar lampu merah
Sayang seribu kali sayang... kau tetap tak berjaya
Nah, inilah akibatnya..

Kepada penunggang di luar sana,agak2 dah nampak lampu kuning menyala
Janganlah dok perah throttle tu... Kuning bermaksud bersedia untuk berhenti..
Renung2kan...

Friday, October 07, 2011

Killer Elite


Wow.. Korang dah menonton ke belum filem Killer Elite yang dibarisi oleh pelakon yang best ni seperti Jason Statham, Clive Owen & De Niro ni.. Otai2 ni...  Kepada korang yang belum ada perancangan minggu ni, apa kata layan filem ni... Sesungguhnya korang akan teruja dengan aksi diorang ni..

Kisahnya apabila Danny (Jason) terpaksa membunuh demi menyelamatkan mentor dia si Hunter (De Niro). Walaupun dah cuci tangan dalam Special Elite ni..  Nak di jadikan citer masa Jason nak selesaikan assignment dia tu pelbagai masalah yang timbul dalam tugasannya tu..

Apa lagi jom la tonton... Jangan lepaskan peluang ni beb.. Kalau mamat ni berlakon confirm best punya...

Sunday, October 02, 2011

KD Hang Tuah


Pada hari ini 2.10.1964, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Great Britain, Y.M. Tengku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Hamid telah melancarkan sebuah kapal perang baru untuk angkatan Tentera Laut di Raja Malaysia yang diberi nama K.D. Hang Tuah. Majlis pelancaran telah diadakan di Portmouth England dan telah dihadiri oleh 'Vice Admiral' F.H.E. Hopkins serta isteri. Turut hadir ialah isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Y.M. Tengku Maimunah. Kapal ini dahulunya dikenali dengan H.M.S. Lord Anns dan dibeli oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan memperbesarkan lagi angkatan Tentera Laut di Raja Malaysia. Langkah ini adalah untuk memperhebatkan lagi kawalan ke atas kawasan perairan Malaysia berikutan dengan ancaman lanun ke atas nelayan-nelayan kita. Di samping itu juga, usaha ini merupakan rancangan Kementerian Pertahanan yang sedang menambah beberapa buah kapal perang, kapal penyapu periuk api dan melatih rekrut-rekrut baru di dalam angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia sejak tahun 1961. Kapal ini dijangka akan bertolak pulang ke Malaysia pada pertengahan bulan November setelah menjalani percubaan pelayaran di Lautan England. Pelancaran K.D. Hang Tuah pada hari ini tahun 1964 akan menambahkan lagi kekuatan pasukan tentera laut kita dalam usaha mengawal keselamatan negara.


Saje nak kongsi cerita pasal Kapal Perang Malaysia ni.. Semoga kita sama-sama berkongsi ilmu.. Banyak info kita boleh dapat di sini

Aku bahan buangan

Image by Wan Ted
                                                             

Saat tulang temulang masih gagah
Aku memerah keringat demi keluarga
Aku tak hirau walau terik membakar
Asalkan keluargaku tidak merempat

Kini anak-anak berjaya dalam hidup
Tapi aku....
Dimana aku sekarang..?
Aku di sini

Ya.. aku masih di sini
Malamku beratapkan langit
Bertemankan bintang dan rembulan
Nyamuk adalah teman setiaku

Namun kenapa aku di sini...?
Biarlah rahsia..
Semoga anak-anakku tidak merempat
Itu sudah cukup bagiku..



Saturday, October 01, 2011

NASI LEMAK 2.0

Wow.. Jom kita menonton filem Nasi Lemak 2.0 Masa terbaca tajuk filem terfikir pulak apa yang 2.0 tu... mesti canggih kot nasi lemak dia...



Ewah..  bukan main korang ye... jangan terperdaya dengan mereka ni... diorang bukan pelakonnya...
Sebuah cerita yang sarat dengan message dan tak rugi pun kalau korang beli tiket ni...  Memang kelakor dan pasti ketawa tak hengat orang belakang punya nanti...  Lagu2 kat dalam ni pun bestttt...


Datang la tengok... thumb up...

The Sorcerer and the White Snake


Satu lagi filem jet li yang baru ditayangkan...  Sebuah kisah romantik percintaan antara manusia dan hantu..
Cukup dramatik sehinggakan aku yang tak berapa nak suka citer macam ni turut terjebak...
Bagi couple memang sesuailah untuk korang layan..  Sedih beb...

Malas aku nak citer panjang lebar sebab tak rugi pun kalau Jet Li yang memegang watak.. Overall..  Sedih beb... huhuhu.. layannnn...

Monday, September 26, 2011

Sweet Couple

Menyentuh pasal pasangan yang bersekedudukan atau bahasa mudahnya tinggal serumah tanpa ikatan suami isteri yang sah sudah banyak kali kita baca atau dengar mengenainya. Media cetak malah internet juga banyak memaparkan kes2 macam ni. Persoalannya, apa tindakan korang sebagai jiran. Bukan nak menyibuk pasal kain orang tapi bila dah nampak depan mata jika tak dicegah akan jadi subahat.


gambar hiasan ehsan drpd WanTed


Namun ada juga pasangan yang sudah bernikah di negara ini (Malaysia) tetapi sukar untuk mendapatkan surat perakuan nikah gara2 kelewatan sistem perundangan. Ini boleh menyukarkan pasangan terbabit untuk melakukan urusan yang memerlukan pengesahan pasangan. Kejadian ini berlaku di Miri, Sarawak. Berita selanjutnya di sini.


Lain pula halnya dengan kes ini


Pasangan muda yang sedang hangat bercinta seharusnya mempelajari hukum2 yang telah digariskan dalam agama Islam. Jangan nanti bila dah terlanjur baru nak terngadah..  tuntutlah ilmu dengan orang2 tua, mereka ni banyak pengalaman yang boleh kita jadikan panduan. Semoga anda akan menjadi pasangan yang bahagia dan membina rumahtangga yang harmoni.












Sunday, September 25, 2011

Lagi 1 makhluk..

Argggg....  Time macam ni ko saje bikin panassssss...  Ada haiwan terlepas ke kat sini...


Selepas membuat postmotem oleh aku sendiri..  Kejadian ni berpunca dari 1 makhluk yang mempunyai akal yang sungguh unik, malangnya ia terletak kat kepala buku lali..

Ada bungkusan kotak rokok dalam lubang tu..  Hisap rokok pandai, nak buang kotak rokok tetiba hilang ingatan ye...  Kan dah menyusahkan orang lain.. Maintenance la jadi mangsa, kena sedut sampah2 tu keluar..

MORAL : Katakan TIDAK kepada rokok dan jagalah tandas awam.

Isu Hantu Bonceng makin panas..

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita yer...

Wah, nampaknya bantahan terhadap filem Hantu Bonceng menjadi tajuk utama... Aku pun tak tahu mana nak sokong..  Hmm..  mungkin korang boleh baca entri dari SINI.

Selepas korang baca..  korang nilailah sandiri, pendapat aku mungkin akan menyinggung sensitiviti masyarakat di luar sana tetapi aku sekadar memberikan pendapat ikhlas aku je...  Kalau korang tak setuju aku takde hak ke atas korang untuk memangkah sape2...  Seperti kata abg Ahmad Idham, setiap aspek dalam skrip sudah di perhalusi dan disahkan oleh pihak tertentu. Jadi, apa kata anda pula..?

Friday, September 23, 2011

Nissan X-Gear

Petang tadi selepas shopping beli barang2 dapur kat Tesco Cheras aku sekeluarga terserempak pulak dengan 1 Auto Show Nissan area Ground Floor Tesco..  Memula tu aku tak lah heran sangat sebabnya aku tak terfikir langsung nak ushar atau nak beli kereta baru ke...  Maklumlah, kena jaga kewangan skrg ni tambahan pulak barang2 naik...

Alih2 terpandang si X-Gear ni..


Thursday, September 22, 2011

Raya Tak Jadi


Ada Planning ke hari ni..?  Haaa.. apa kata korang layan filem Raya Tak Jadi yang dah berada di pawagam.. Memana pun ada...  Belek2 la surat khabar kalau nak tau area mana yang dekat dengan anda...


Aku sebenarnya dalam 2 ni..  nak layan ke idak...  beberapa member aku dok bercerita sakan pasal filem ni..  dari perbualan mereka macam best..  Hmm, takpe aku pikir eloklah aku test power filem ni..  manalah tau benar seperti apa yang di perkatakan...

Tuesday, September 20, 2011

Those who obsess with download

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, September 19, 2011

Conan The Barbarian


Yes..  Kita bertemu lagi, review kali ni aku nak story pasal filem Conan The Barbarian yang korang dapat tontoni dalam versi 3D maupun biasa..  Haa..  sekarang ni tengah hangat di pawagam seluruh Malaysia dan Luar Negara..  Nak best lagi layan 3D la yer...  Keterujaan untuk menonton filem ni memang tak dapat di tahan2 lagi dah, apatah lagi bila member aku dah bagi green light dia bagi aku rehat lelama sket sebab time dia dulu aku yang dok cover keje dia hehehehe...  Ada betulnya juga pepatah melayu 'Ada ubi ada batas, Ada hari bolehku balas'


Perkara yang sama berlaku kepadaku hari ni...  Terima kasih sahabatku, Wan Ted


Johnny English Reborn

Review kali ini aku nak bercerita pasal 'Johnny English Reborn' yang mana korang boleh menontonnya dalam versi 2D ataupun filem biasa..  Perbezaannya adalah kalau 2D ni gambarnya lebih jelas dan takde calar2 kalau korang tengok di screen putih tu berbanding filem biasa yang kekadang korang akan perasan ada calar2 masa menontonnya hehehe... biasalah, dah nama pun filem jadi mudahlah filem tu rosak walaupun tak teruk mana pun...




Thursday, September 15, 2011

Hebatnya Seekor Semut

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut!!

Kisah Si Kancil


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol", mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu... tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.

dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo 7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat 
bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kata polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...
"Melaporkan dari peronda Beta kepada peronda Delta, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!! Overrrr..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...