Wah.. petang tadi bermulalah penerima wang bantuan oleh kerajaan. Kerajaan berikan kepada setiap anak yang bersekolah rendah dan menengah sebanyak RM 100.00 seorang. Bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang maka berpusu-pusu ibubapa yang datang ke sekolah hari ni termasuklah aku jugak hehehehe.... Ibarat pesta keramaian pun ada..
Baru dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Dato' Najib Tun Abdul Razak. Tahun hadapan tak tau la dapat atau tidak.. Ia sebagai langkah mengurangkan beban ibubapa untuk belanja persekolahan anak2 mereka. Baguskan..?
Ia memang bagus tetapi jangan kita salahguna wang tersebut untuk enjoy pula ye ibubapa sekalian. Ingat tu... Sememangnya kos belanja anak2 terlalu tinggi pada zaman ini berbanding zaman kita di era 70an dan 80an. Kesannya amat dirasai bagi golongan ibubapa yang berpendapatan seisi keluarga dalam lingkungan RM 1,000.00 sebulan. Kesiankan...
Pada perbentangan Belanjawan tahun 2012, rata2 semuanya berpuas hati (bagi kakitangan kerajaan laa) dengan perbentangan tersebut tetapi yang tak bestnya bagi kami golongan yang bekerja dalam sektor swasta. Hmmm.. telan air liur aje laa..
Bagi kami yang kerja swasta ni hanya bergantung harap pada offer company lain la gamaknya.. kalau ada offer gaji lebih maka itulah pilihan terbaik untuk golongan seperti kami nak merasa gaji lebih. Bagi akulah, untuk mencapai hidup yang lebih baik kita kena berusaha meningkatkan kualiti kerja barulah boss nampak hasilnya gaji UP sket.. Itulah usaha yang aku cuba lakukan sekarang demi menstabilkan ekonomi keluarga aku... korang macamana pulak..? hehehe...
No comments:
Post a Comment