Ahad yang lalu telah menyaksikan rentetan kemalangan yang meragut 13 nyawa dalam nahas bas ekspress di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat, Negeri Sembilan. Mungkin juga menjadi pengajaran serta iktibar kepada pemandu-pemandu bas yang lain juga.
Setelah seminggu berita kemalangan ini di siarkan, saya merasakan kejadian ini umpama tiada kesan ataupun pengajaran buat pemamdu-pemandu bas. Kerana apa saya berkata begitu, cuba anda lihat di lebuhraya ketika ini... ketika anda sedang menuju ke tempat kerja contohnya, kelihatan bas-bas ekspress masih lagi memandu dalam kelajuan yang tak sepatutnya...
Eh, bukankah mereka tahu risiko melebihi had laju boleh membawa kepada kecelakaan... buktinya baru je kita nampak.. mereka ni tak serik-serik lagi ker..?
Gambar ni di ambil oleh seorang hamba Allah ketika perjalanan ke Melaka baru-baru ni, lihat meter yang paling kanan.. Berapakah bacaannya..? Anda tekalah sendiri yer...
Yang pastinya kelajuan ini sudah melepasi had laju yang telah ditetapkan oleh LPKP.
2 comments:
hadoiii, tak perasan ke bawak over speed tuh...
nnt klu dah berlaku kemalangan, bukan satu dua nyawa melayang...huhuhu
itu yg paling ditakuti oleh para penumpang, ibarat nyawa di hujung tanduk...
Mana pihak berkuasa... tolong bertindak...
Post a Comment