Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, October 14, 2010

Berilah petunjuk kepadaku...

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua sahabat...


Tatkala mendengar lagu 'Insha Allah' dendangan Maher Zain, seluruh bulu romaku  meremang ibarat ternampak hantu. Siapa Maher Zain ni..? Apa yang menarik sangat tentang beliau ni sampai semua lagu-lagunya berkumandang di corong-corong radio mahupun di kaca televisyen.


Penyanyi yang berasal dari Lebanon ini membawakan lagu-lagu berunsur kerohanian yang mengusik jiwa sewaktu mendengarnya..  Setelah mendengar beberapa buah lagu yang kebanyakkan dicipta sendiri oleh beliau, saya mula menyukainya..   Rasanya tak salah kalau sekali sekala kita cuba menyelami lagu yang berunsur kerohanian kerana sudah sedia maklum di pasaran kini banyak lagu-lagu yang berkisar percintaan, perpisahan dan ala clubbing. Hehehehe...... cubalah dengar ringtone budak remaja sekarang, mesti ada lagu ala clubbing gitu.. kata mereka kalau tak setting bunyi tu nanti dibilangnya tak up-to-date pula....


 Pada mulanya saya memang tak kenal langsung dia ni apatah lagi untuk mendengar lagunya tetapi semenjak di pertemukan dengan seorang kawan (Wane namanya) merangkap rakan sekerja yang baru pulang dari Dubai (bekerja di sana), dia banyak bercerita pengalamannya ketika menetap di sana..  Dari hal kerja sampailah tentang budaya orang-orang kat sana... 

Bila dengar pengalaman orang yang merantau seronok rasanya tapi rezeki masing-masing, saya bersyukur walaupun tak merasa seperti kawan saya ni...  dapat menyara keluarga pun dah cukup baik dah janji mereka tak kelaparan seperti insan di Gaza yang hidupnya tak tentu lagi...



Okay la, berbalik tentang penyanyi ni...  kawan saya ni la yang dok merekemenkan lagu ni... penuh lagu-lagu dalam laptopnya.. katanya kalau kat Dubai, lagu-lagu ni kiranya macam makanan dioranglah.. hari-hari dok layan... saya pun pelik... maklumlah kita pun baru je kenal Maher ni beberapa bulan tapi kata Wane lagi Maher ni kira penyanyi paling popular macam Rabbani kalau kat Malaysia. Dari situlah saya kenal Maher Zain... So tak rugi kalau anda semua dengar dan hayati liriknya...   Pada semua, semoga anda terhibur mendengarnya.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...