Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Wednesday, October 27, 2010

Beras oh beras..




HARGAILAH BERAS.... Mungkin itulah kempen yang harus diterapkan dalam diri kita khususnya rakyat Malaysia yang menjadi pengeluar beras. Kalau kita pergi ke restoran atau mana-mana kedai makan sudah pasti nasi ada terjual disana.. Ketika makan cuba kita perhatikan orang yang berada disekeliling kita.. 100% yang datang pasti menjamah nasi di sulami lauk pauk beraneka jenis.


Pernahkah anda melihat nasi yang tak habis dimakan dibiarkan begitu sahaja.. membazir tu kan kawan syaitan, mengapa jadi begitu.. Bermula dari hari ini, cuba latih diri anda supaya menjadi orang yang tidak membazir. Beras yang anda makan itu hasilnya diperolehi daripada pesawah yang bertungkus lumus mengerjakannya dibendang yang terbentang luas mata memandang. 



Hargailah keringat pesawah kita yang bersusah payah membanting tulang. Tanpa mereka kita tidak akan dapat menikmati kelazatan nasi. 

Jangan sampai negara Malaysia akan menghadapi masalah sama seperti negara Indonesia. Elakkan pembaziran dan titipkanlah nilai-nilai murni ini kepada anak-anak kita agar generasi akan datang lebih menghargainya. Nak makan banyak tu memang tak dilarang tetapi ambillah setakat yang mampu supaya nasi tidak terbuang begitu sahaja.

2 comments:

mak encik | SZ said...

negara jiran pun kena beli beras dr luar? isykkk...

MIDONZ said...

memang kesian..
janganlah kita jadi mcm mereka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...