Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, October 28, 2010

ADELE: RISE OF THE MUMMY

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Malam tadi adalah hari pembukaan tayangan ADELE: RISE OF THE MUMMY.  Tayangan bermula pada jam 12.30pagi, masa ni semua persiapan dah dilakukan seawal 5.00 petang sebelumnya. Hatiku berdebar-debar juga sebab 1st screening ni macam berserah pada nasib jugaklah.. kalau perjalanannya lancar maka aku boleh tersenyum puas tapi jika sebaliknya maka secara automatiknya bersiap sedialah dengan maki hamun dek bos aku waaaa....


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sehingga penghujung cerita.. Thanks to En Khairi bin Idris a.k.a. Dato' K (pembantu aku) yang telah bertungkus lumus menyiapkan proses ini.

Jalan ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.....

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Tuesday, October 26, 2010

Tenang otak

MENYAMAR


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. 

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. 

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." 

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab.... 

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... 
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." 

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" 

Kerana kehairanan yang amat sangat... 
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" 

Nenek itu menjawab.. 
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"








DIAM MASA MAKAN.


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!" 




Monday, October 25, 2010

Bird Nest

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...
Ingin saya kongsikan sedikit maklumat terkini bagi mereka yang menggemari sup sarang burung ni. Diambil drpd akhbar Sinar hari ini...


SEREMBAN - Dua buah kilang memproses sarang burung walit dikenal pasti menggunakan bahan kimia berbahaya untuk menjadikan warna sarang burung itu kemerah-merahan, iaitu kategori yang terbaik, bertujuan menipu pembeli. 




Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong berkata, perbuatan itu menyebabkan China, selaku pengimport utama sarang burung itu, menghantar aduan kepada kementeriannya memandangkan penggunaan bahan kimia itu yang boleh menyebabkan kanser. 

Sebagai tindakan, beliau berkata kementeriannya sudah pun mengarahkan kedua-dua kilang terbabit menghentikan pengeluaran dan tindakan akan diambil oleh jabatan kesihatan. 

China mengimport sarang burung walit sebanyak RM1 bilion dari Malaysia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Sehari Perladangan Burung Walit anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan Persatuan Pengusaha-pengusaha Burung Walit Negeri Sembilan di sini semalam. 


Produk yg sudah dipek utk dieksport

Sup bird nest




Chua berkata garis panduan untuk pengusaha burung walit akan diperkenalkan pada hujung tahun ini. 

“Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan garis panduan ini. Ini akan membolehkan pihak berkuasa mengadakan tindakan memantau industri ini supaya rumah burung itu tidak dibuat sesuka hati,” katanya. 

Beliau berkata kementerian itu merekodkan kira-kira 6,000 pengusaha burung walit tetapi beliau menganggarkan jumlah tidak rasmi mungkin mencecah dua kali ganda. - Bernama


Peringatan juga agar lebih berhati-hati dalam memilih produk ini. Saya memang tak minat jadi tiada masalah kalau tak minum sup ini.. 

Friday, October 22, 2010

Biadap betul laa...

Woi.. Harapkan kereta je besar... Come on la, janganlah main selit-selit jer...
Orang lain semua ikut line masing-masing, jangan potong Q maa....



Herrgghhh...!  Apa patut ku lakukan, perlukah aku keluar dari kereta sound direct kat driver Mercedes tu..?
Arghh... karang jammed teruk la pulak...

Nasihat aku, janganlah kita pentingkan diri. Orang lain pun busy juga, ikutlah line anda... jangan ikut kepala sendiri jer...  kita semua berkongsi jalanraya...
Masing-masing ada akal fikiran yang hebat, so ikutlah peraturan....

Malaysia oh Malaysia

Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada seluruh rakyat Malaysia... 


Sememangnya Malaysia sudah dilabelkan negara yang maju dimata dunia khususnya. Berbangga sungguh kerana negara kita bukan sahaja diiktiraf dunia malah dalam acara sukan pun kita turut berbangga kerana memiliki atlet negara yang hebat setanding dengan atlet antarabangsa...  Kejayaan terbaru yang dicipta oleh para atlet di Sukan Komanwel ke-19 New Delhi yang berlangsung dari 3 Oktober - 14 Oktober 2010. Bangganya...


LAGU Negaraku buat pertama kali berkumandang di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi selepas Josiah Ng selepas memenangi emas pada acara keirin.


Sumbangan pingat demi pingat sedikit sebanyak telah memberikan suatu sejarah baru bagi kita rakyat Malaysia. Syabas...  



THE OTHER GUYS...

Baru lepas layan cerita THE OTHER GUY...  


yang pastinya ceritanya memang best... lawak tak hengat...  bab yang tak bestnya, lakonan the rock & samuel l. jackson sekadar watak tambahan dalam cerita ni... 








Apapun keseluruhannya BEST... 
pada korang yang belum tengok.. marilah tengok....

Wednesday, October 20, 2010

Mari bershopping bersama saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 


Pasti seronok kalau bershopping ke sana ke mari sambil melihat produk-produk yang terkini dipasaran khususnya bagi kaum hawa. Bagi kaum adam pula walaupun turut sama mengiringi si kekasih, mata pasti tidak akan terlepas pandang jika lalu dihadapan kedai barangan hi-tech yang mempamerkan barangan elektronik/telekomunikasi. 


Masa itu, kita rasakan  baru 2 minit je menatap barang-barang yang ada di kedai tu.. alih-alih si kekasih dah moncong jek sebab terpaksa menunggu lama... hehehehe.... 


Akhirnya kaum adam ni terpaksalah mengalah dek takut si kekasih ni meroyan nanti tak larat nak pujuklah pulakkan.... 


Tapi lain pulalah kisahnya dengan saya, takde kena mengena pun dengan senario diatas tu ek..  saje amik story gitu..  Semalam adalah detik terakhir perpisahan  diantara Nokia N95 denganku setelah hampir 3 tahun lebih hidup susah dan senang dengan saya. Nak dilepaskan terasa sayang sebab kelebihan yang di milikinya memang tiada tandingannya. 


Setelah puaslah berjalan-jalan hampir 1 jam lebih membuat survey diseluruh kedai handphone di Komplek The Store Sg. Buloh, Selangor; akhir terjumpalah kedai yang menawarkan harga yang berbaloi bagi budget saya.
Dari pelbagai jenama yang ada dipasaran, secara jujurnya NOKIA adalah pilihan saya sejak mula-mula menggunakan alat telekomunikasi ini kerana ia mesra pengguna berbanding jenama lain.


Bagi segelintir masyarakat yang sudah memilikinya, pasti mereka mempunya alasan tersendiri diatas pilihan mereka begitu juga saya. Puas jugalah dok bertanya itu ini hinggalah terjumpa 1 model yang betul-betul memikat hati saya... NOKIA E5 


Akhirnya termakbul untuk memiliki handphone baru... Yahooooo....!!!




p/s : Tak dapat nak upload gambar handphone baru saya sebab pihak blogger sedang menyelenggara laman sesawangnya...  untuk tahu lebih tentang NOKIA E5 sila layari laman NOKIA MALAYSIA.

Tuesday, October 19, 2010

Handphone

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila sebut pasal handphone @ telefon bimbit, semua orang pasti memilikinya tak kira peringkat umur malah ada yang memiliki handphone yang canggih demi memenuhi tuntutan peredaran waktu. Meskipun ia hanyalah sebuah alat telekomunikasi untuk kita berhubung diantara semua orang..




Monday, October 18, 2010

Mereka buat perangai lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..


Ahad yang lalu telah menyaksikan rentetan kemalangan yang meragut 13 nyawa dalam nahas bas ekspress di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat, Negeri Sembilan. Mungkin juga menjadi pengajaran serta iktibar kepada pemandu-pemandu bas yang lain juga.



 Kepada orang awam yang masih menggunakan perkhidmatan bas ekspress sebagai transit, kita tidak dapat lari dari sebarang kecelakaan walaupun menunggang motosikal pun boleh eksiden. Terimalah kejadian yang menimpa keluarga si mangsa dengan redha, semoga arwah dicucuri rahmat Allah SWT. 



Friday, October 15, 2010

Semua kerana DUIT..!

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua...


Bila kita sebut pasal duit.. siapa yang tak kenal akan duit..  budak-budak tadika pun kenal duit termasuklah anak-anak saya yang kenal nilai duit dan kepentingannya..  Duit juga amat penting dalam kehidupan kita seharian, justeru kita memang memerlukannya walaupun pengemis atau orang yang merempat. 




Tanpa duit semua perkara tak akan dapat kita nikmati kerana ia sumber kehidupan buat makhluk yang bernama manusia.  Betulkah kenyataan ini..? Apakah yang sedang anda semua fikirkan jika anda tidak mampu untuk menghasilkan duit..  Adakah duit akan jauh ke riba secara tiba-tiba..?  Minda yang sihat mampu menjana idea yang bagus untuk menghasilkan duit...

Thursday, October 14, 2010

Berilah petunjuk kepadaku...

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat semua sahabat...


Tatkala mendengar lagu 'Insha Allah' dendangan Maher Zain, seluruh bulu romaku  meremang ibarat ternampak hantu. Siapa Maher Zain ni..? Apa yang menarik sangat tentang beliau ni sampai semua lagu-lagunya berkumandang di corong-corong radio mahupun di kaca televisyen.


Penyanyi yang berasal dari Lebanon ini membawakan lagu-lagu berunsur kerohanian yang mengusik jiwa sewaktu mendengarnya..  Setelah mendengar beberapa buah lagu yang kebanyakkan dicipta sendiri oleh beliau, saya mula menyukainya..   Rasanya tak salah kalau sekali sekala kita cuba menyelami lagu yang berunsur kerohanian kerana sudah sedia maklum di pasaran kini banyak lagu-lagu yang berkisar percintaan, perpisahan dan ala clubbing. Hehehehe...... cubalah dengar ringtone budak remaja sekarang, mesti ada lagu ala clubbing gitu.. kata mereka kalau tak setting bunyi tu nanti dibilangnya tak up-to-date pula....

Percaya atau tidak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...  Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila 

menyaksikan kejadian ini....


Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...



Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....


Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...


Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...


Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawab......Sebuah kereta proton wira
terperosok dibawah kren mobile...


Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak..... 
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....


Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....


Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....




Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......  setelah anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa...
Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...




Akhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...



Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"



Pihak Paramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan selamat..
Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...



Terima kasih kepada sdr amrazd90 kerana memberi sumber berita ini...

Monday, October 11, 2010

Apabila Sakaratul Maut menjemput

Assalamualaikum semua dan salam muhibbah...


Pernahkah kita terfikir bagaimanakah keadaan kita apabila berada dihujung nafas....? 
Macamanakah kehidupan kita 'disana' nanti....?
Cukupkah bekalan yang kubawa ini....?
Siapakah yang akan melangsaikan segala hutang piutang aku nanti....?
Bagaimanakah nasib ahli keluarga aku selepas pemergianku nanti....?






...... dan berbagai persoalan yang akan timbul bila kita merasakan masanya sudah cukup tiba untuk kita pergi walaupun kita enggan pergi. Suatu kenyataan yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa pun kecuali Yang Maha Esa.



Thursday, October 07, 2010

WAVE OF RAJNI..

Semenjak filem sains fiksyen terbaru 'ENTHIRAN' lakonan oleh Rajinikanth dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai mula ditayangkan pada 31hb September 2010; petugas di pawagam memang tak cukup tangan nak handle diorang semua ni (customer).. haa,mesti anda semua nak tau kenapa kan...? 

Nak tau lagi.. kena tunggu jap.. kasi tengok ini gambar dulu....



haa.. dah macam citer omputeh kan...  Jangan risau, cerita ini telah disertakan subtitle dalam bahasa melayu dan inggeris juga. Ramai juga orang melayu kita dok layan cerita ni.. Apa yang penting ada subtitle,mudah nak paham apa dia cakap.. takdelah nanti terlopong jer sebab tak paham apa diorang cakap hehehehe.....

Tuesday, October 05, 2010

Detective Dee and the Mystery of the Phantom Flame

Seronoknya dapat menonton sampai 2 kali saya repeat kat pawagam. Cerita yang harus anda semua tonton. Aksi yang mantap lakonan Andy Lau (Detective Dee) disamping pelakon Li Bing Bing (Shangguan Jing’er). Mungkin kerana pelakon kegemaran kot yang menjadi sebab utama saya menonton sampai 2 kali hehehe...... Jom tengok...




Aduhai.. Saman la pulak..

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca sekalian... 


Pernahkah anda disaman oleh pihak penguatkuasa, pakcik polis atau pengetua sekolah..? hehehe.. best betul soalan ni, tiba-tiba terbayangkan tindakan yang bakal diterima akibat daripada perbuatan diri sendiri. Suka atau tidak bila saman telah dikeluarkan kita harus menerimanya walaupun jiwa meningkah. Hasrat hati nak 'jolok' aka rasuah, rasanya baik anda lupakan saje hasrat tu sebab kat atas sedang memerhatikan kelakuaan anda.. Sebagai manusia yang sempurna sifatnya, kita juga mempunyai kelemahan juga yang kekadang kita tau tapi buat-buat tak tau contohnya dalam 'undang-undang' yang telah ditetapkan oleh kerajaan.   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...