Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang di hormati.
Semakin ramai di antara kita mengalami masalah 'MENTAL', adakah anda tergolong dalam kumpulan ini?
Stres yang kronik jika tidak di bendung akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Stres boleh di bahagikan kepada beberapa sebab di antaranya ialah...
1. Stress akibat tekanan dead line atau tempoh tamat. Biasanya saat persediaan untuk menghadapi peperiksaan atau ingin membuat presentation. Tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat disempurnakan mengikut tempoh waktu atau jadual yang ditetapkan akan menjadi punca stress. Tanda masalah ini dapat dirasai di bahagian belakang tengkuk rasa seperti "silap bantal" setelah bangun dari tidur.
2. Stress akibat kerja harian. Rasa sakit ini seperti terasa tengkuk patah. Suka menggeleng-gelengkan kepala seperti mematahkan leher hingga berbunyi. Ini juga bermaksud ada banyak angin dalam badan.
3. Stress akibat kesakitan seperti kemalangan, demam secara tiba-tiba atau menerima berita yang megejutkan. Sakit ini dapat dirasai di bahagian sendi lengan atau kawasan Cervical (terutamanya C7). Sila rujuk post bertajuk Ringkasan Sympathetic Dan Parasympathetic Tulang Belakang (Klik di sini)
Ini ada sebahagian daripada tanda2 yang boleh membawa anda kepada penyakit mental jika tidak di kawal. Kawan @ sahabat adalah tempat yang sesuai untuk kita berkongsikan masalah, itupun jikalau anda sanggup meluahkannya.
Mungkin ada di antara kita yang tak sanggup bercerita perihal sendiri pada ibubapa maupun adik-beradik tetapi jadikan sahabat kita sebagai teman berkongsi masalah, sekurang2nya beban yang di tanggung tidak akan mengganggu perjalanan hidup kita seharian..
Selamat berkongsi masalah, Ingat jangan jadi MENTAL sudahh..
No comments:
Post a Comment