Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, January 27, 2011

Cinta dulu & sekarang

Sebut pasal cinta..   
Semua orang tahu apa itu cinta..   
Tetapi adakah kita menghayati cinta...?
Aku bukanlah seorang doktor cinta mahu pun pakar cinta tetapi sebagai seorang yang pernah bercinta tak salah rasanya aku berkongsikan sebuah cerita yang aku pernah lalui dulu-dulu..







Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya 



Lirik ini menggambarkan perasaan cinta 2 zaman yang berbeza. Realitinya itu yang berlaku di zaman ini, perubahan waktu dan pembangunan yang pesat telah mengubah persepsi budaya manusia. 


Agak lucu kalau di kenang zaman percintaan aku, dulu tak ada handphone sendiri untuk berbual atau menghantar SMS kepada isteri aku. Malah abah aku bukanlah tergolong dalam golongan mampu milik alat telekomunikasi tersebut apatah lagi pada masa itu kalau nak berhubung kami akan ke pondok telefon, itupun jika orang yang nak kita hubungi itu mempunyai telefon rumah. Pada zaman itu, sesiapa yang ada telefon rumah di kira 'berada', cara aku berhubung dengan isteri hanya dengan mengutus surat.


Nak berjumpa jauh sekali sebab dia di pantai timur dan aku di KL. Agak-agaklah kalau nak ber'dating' pun kan....   


Adoiiyaii.... (sambil tersengih macam kerang busuk)


Tetiba teringat kenangan lama pulak dah..  Agak lama jugalah kami berkenalan sehingga di suatu ketika kami merancang untuk mendirikan rumahtangga dan akhirnya kami 'sah' jadikan ikatan itu suatu realiti. Di awal perkahwinan kami agak janggal untuk berpegang tangan kerana itulah pertama kali aku sentuh isteri aku. Oh Tuhan, sungguh BesarNya ciptaanMu...


Kini sudah 9 tahun kami bersama dan di kurniakan sepasang kembar dan bakal cahayamata tak lama lagi.. jantina tak tau lagi sebab tak nak amik tau.. barulah surprise... 


Kini aku melihat keadaannya jauh berbeza dari zaman aku dulu, budak sekolah pun sudah reti bercinta. Bagi aku sendiri yang bekerja dalam industri hiburan, aku banyak melihat perkara yang lebih dahsyat. Rasanya tak perlulah aku cerita detail sangat sebab pembaca tentu biasa lihat..


Aku berharap anak-anak yang aku didik ini nanti akan menjadi manusia yang bermaruah dan menjaga tatasusilanya kelak. Kepada ibubapa di luar sana, pantaulah anak-anak agar tidak terjebak dengan cinta yang akan memusnahkan masa depan mereka.

3 comments:

sophietarmizi said...

luv ya always.....

Siti Fatimah Binti Abu Bakar said...

such a good dad...Keep it up....

MIDONZ said...

Sophie : thanks mummy :)

Siti Fatimah : thanks & u also can be a good mother too :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...