Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Friday, January 28, 2011

Rehatkan otak

Pada zaman sebelum merdeka dulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Lurah Idaman. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan.

Sumpahannya apa jer benda yang dipegang oleh Tuan Puteri ini akan menjadi cair. Oleh sebab tu, semua jejaka teruna tak mahu dekat dengan puteri tersebut sebab terlalu takut. Yelah silap terpegang ke, sekali cair. Tak ke naya tu!


Thursday, January 27, 2011

Cinta dulu & sekarang

Sebut pasal cinta..   
Semua orang tahu apa itu cinta..   
Tetapi adakah kita menghayati cinta...?
Aku bukanlah seorang doktor cinta mahu pun pakar cinta tetapi sebagai seorang yang pernah bercinta tak salah rasanya aku berkongsikan sebuah cerita yang aku pernah lalui dulu-dulu..



Wednesday, January 26, 2011

Sarapan Pagi


Mulakan hari anda dengan sarapan pagi, selepas selesai menguruskan urusan anak2 untuk ke sekolah tinggallah aku keseorangan di pagi yang indah dan menyamankan. Sejuk pula, maklumlah pepagi buta hujan turun renyai2 walaupun tak selebat 2 hari yang lalu.

Kesempatan yang aku gunakan untuk meng'update' apa2 yang perlu sambil menikmati sarapan ringkas. Kerja takkan selesai selagi mata belum terkatup untuk selamanya. Jangan di lupa tanggungjawab kita, tunaikan ia sebelum terlewat. Masa takkan menunggu kita tetapi kita yang harus mengejarnya.

Dalam kita berkejaran untuk sampai ke tren komuter, bas awam atau teksi; amalkan sarapan pagi anda. Walaupun untuk menyediakannya mungkin agak membebankan dek takut terlepas pengangkutan, takkan tak jumpa kot gerai2 yang menjual juadah pagi di luar perkarangan rumah. Amalkan membeli kuih walau sedikit dan secawan/sebungkus air minuman seperti Nescafe atau Teh suam.

Jangan rosakkan 'mood' pagi anda dengan muka 'monyok' atau muka 'ketat', tak bagus tau.. selain mengganggu emosi ia juga akan mempengaruhi mood anda sewaktu di tempat kerja. Tak best la macam tu..
Kita nak mulakan kerja dengan semangat yang membara bukannya melepaskan bara.. hehehe..

Selamat menikmati sarapan pagi anda dan selamat bekerja..

Monday, January 24, 2011

Waspadalah kamu..

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan. 




Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

Wednesday, January 19, 2011

Mental

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang di hormati.


Semakin ramai di antara kita mengalami masalah 'MENTAL', adakah anda tergolong dalam kumpulan ini?




Stres yang kronik jika tidak di bendung akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Stres boleh di bahagikan kepada beberapa sebab di antaranya ialah...

Monday, January 17, 2011

Apa Nak Jadi Selepas Ini...

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia hanya tinggal sehari sebelum memulakan kempen esok, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi menjadi sandaran negara untuk menjulang kejuaraan itu nanti.



Walau apapun kemelut yang melanda dalam isu BAM, diharap beliau tidak lemah semangat dan kami Rakyat Malaysia tetap memberi sokongan penuh kepada atlet Malaysia. 

Kemelut di antara Datuk Misbun Sidek dan Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh diharapkan dapat diselesaikan segera agar tidak mengganggu emosi para pemain yang lain. 

Thursday, January 13, 2011

Kuasa duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Agak lama aku tak menjengah masuk entri aku sendiri apatah untuk melawat entri kawan2 yang lain.. Semuanya kerana kekangan kerja yang tak henti2 demi meraih DUIT untuk bekalan keluarga. DUIT  sangat berharga di zaman ini yang serba serbinya memerlukan DUIT...



Friday, January 07, 2011

Wang saku

Hari persekolahan sudah masuk hari yg ke-5, bermacam 'Peel parents' aku & isteri dapat lihat. Ada yang tak boleh berenggang pun ada.. Parents yang sanggup tunggu anak luar kelas pun ada sampai ada 1 kes tu guru kelas terpaksa pujuk parents agar beredar supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar yang lain.. Mana taknya, dah macam barang pameran pulak.. kesian budak2 dalam kelas yang sedang diperhatikan oleh orang ramai di luar kelas.


Pada pendapat ibubapa, mereka sekadar ingin melihat cara guru mendidik dalam kelas tetapi budak2 tu perasaannya sebaliknya..  Apa tindakan guru untuk menanggani situasi ini?


Wednesday, January 05, 2011

Bernyawa lagi

Alhamdulillah.. celik je mata aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup lagi hari ini..

Toleh kanan kiri takde orang, eh ke mana isteri aku ni?

Oh,dalam toilet rupanya.. Bingkas dari katil terus buat senaman regangan kaki.. biasalah kaki mesti terasa kebas2..

Selesai solat subuh, aku teruskan aktiviti menyiapkan perihal anak2 untuk ke sekolah..

Pagi yang sibuk bagi seorang AYAH..

Bagaimanalah kalau aku tiada di dunia ini, tentu berat beban yang akan dipikul oleh isteri aku nanti..

Ya Allah, lanjutkanlah usiaku & isteriku
Berikanlah kami kekuatan untuk membesarkan anak2 kami
Amin.. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...