Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, June 21, 2011

Hari Bapa

Ayah
Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu
Rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian
Keras suaramu memberi ku kekuatan
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi

Kemarahanmu adalah jiwaku
Petuahmu adalah jalan lurusku
Kau adalah ilham dalam hidupku
Kau adalah pembimbing spiritualku
Jika mungkin ku terlahir kembali
Ku ingin kau jadi ayahku lagi.




Tuesday, June 14, 2011

Night Market

Sebut pasal pasar malam a.k.a. night market, pasti semua orang tak sabar2 nak ke situ termasuklah aku sendiri.. Sape yang tak terliur tengok bermacam-macam jenis barangan maupun makanan/minuman yang dijual di sana..  Tak kira muda atau tua pasti akan ke sana.. nak buat apa ke sana, hai takkan nak tengok jer.. paling sikit RM5 mesti ada dalam poket..

Bila sebut pasal pasar malam, cuaca yang kian tak menentu pasti mengundang masalah bagi peniaga2 kecil ini bahkan kita juga turut terasa kesannya sebab kalau dah hujan turun beserta tiupan angin kencang takkan nak jalan selamber je.. dah tentu kena guna payung... fenomena ini tak dapat kita duga... lain pula bagi peniaga kerana mereka pasti hilang pelanggan dek kerana hujan tu tadi.. Rezeki dari Allah maka kita kena sabar dengan ujian ini...

Bab ni paling aku suka, dalam kesibukan peniaga yang dok memekik terlolong menarik pelanggan.. kepadatan pelanggan yang datang dari arah depan dan belakang... pastinya akan ada insan yang dok kat tengah2 jalan meraih simpati kepada sesiapa saje yang lalu lalang kat situ.. Orang yang aku cuba maksudkan disini adalah si pengemis yang dok pangku baby @ anak2 kecil yang masih isap botol..

Perkara macam ni dah biasa tengok.. betul tak? tapi sedarkah atau tidak wahai pembaca sekalian, mereka ni sebenarnya dipergunakan oleh beberapa pihak yang tak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan daripada kejadian seperti ini.. Terpulanglah pada anda semua macamana anda menilai.. Tapi bagi aku, aku lebih selesa dengan makcik/pakcik yang main muzik.. tak pun yang jual tisu.. walau mereka ni tua tapi mereka tak seperti pengemis muda yang dok pangku baby tu tadi...  mereka jual tisu @ main muzik demi mencari rezeki halal atas usaha sendiri...

Tepuk dada, Tanya selera...

* Maaflah, ini sekadar luahan/coretan yang tak dapat aku bendung. Kalau korang tak suka, just ignore jer.. apapun terima kasih kerana meluangkan sedikit waktu membaca ngomelan aku yang ntah apa2 ntah ni...

Tuesday, May 31, 2011

Apa nak jadi korang ni..

Hurmmm... karang aku mengeluh panjang dek kata orang aku ni kuat mengeluh..  bila tegur nanti dikatanya aku ni kuat mengampu..  karang tak di tegur nanti aku jugak yang parah..  abis tu nak buat macamana..  hurmm..

Korang semua bukannya budak sekolah lagi, dah akil baliqh sudahh..  masing-masing boleh menilai baik buruk sesuatu perkara..  kiranya termasuk dalam senarai WARASlah...

Kita semua dah besor panjang, janganlah perkara yang mudah di remeh-remehkan..  Takkanlah semua perkara nak aku suapkan kat korang.. buatlah dengan fikiran dewasa bro...

Takpelah, sekadar keluhan diblog ini yang dapat meredakan pedih hati ini.. ewahhh... ayatt... Apapun aku mengharapkan korang berdikarilah dengan akal fikiran yang matang.. sampai bila aku nak suapkan segala-galanya kat korang.. esok-esok bila aku dah takde, maunya huru-hara korang nanti..

Harapan aku semoga korang lekas bangun dari tidurmu...

Sunday, May 01, 2011

Kasih sayangku padamu tak pernah pudar..


Kepercayaan dan kesetiaan bukan di ukur dari harta dan darjat yang diberi semata-mata. Ia lahir dari perasaan cinta yang tulus ikhlas dari pasangannya. Kepayahan hidup suami isteri yang dilalui bersama dalam setiap detik pasti menjanjikan kenangan yang tak mungkin dilupakan oleh setiap pasangan yang berkelana di dunia ini.

Meskipun usia semakin memamah tubuh hakikatnya, isteri adalah teman terbaik si suami. Walau berkedut seribu, hargailah pengorbanan si isteri ini yang banyak mencurah taat setia buat si suami tercinta dan anak-anak. Kita saling memerlukan walaupun suami memiliki tenaga gagah berbanding isteri.

Kesimpulannya, hargailah isteri anda dan jangan sesekali melukakan hati mereka kerana suami adalah pohon bagi mereka untuk bernaung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...