Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, June 14, 2011

Night Market

Sebut pasal pasar malam a.k.a. night market, pasti semua orang tak sabar2 nak ke situ termasuklah aku sendiri.. Sape yang tak terliur tengok bermacam-macam jenis barangan maupun makanan/minuman yang dijual di sana..  Tak kira muda atau tua pasti akan ke sana.. nak buat apa ke sana, hai takkan nak tengok jer.. paling sikit RM5 mesti ada dalam poket..

Bila sebut pasal pasar malam, cuaca yang kian tak menentu pasti mengundang masalah bagi peniaga2 kecil ini bahkan kita juga turut terasa kesannya sebab kalau dah hujan turun beserta tiupan angin kencang takkan nak jalan selamber je.. dah tentu kena guna payung... fenomena ini tak dapat kita duga... lain pula bagi peniaga kerana mereka pasti hilang pelanggan dek kerana hujan tu tadi.. Rezeki dari Allah maka kita kena sabar dengan ujian ini...

Bab ni paling aku suka, dalam kesibukan peniaga yang dok memekik terlolong menarik pelanggan.. kepadatan pelanggan yang datang dari arah depan dan belakang... pastinya akan ada insan yang dok kat tengah2 jalan meraih simpati kepada sesiapa saje yang lalu lalang kat situ.. Orang yang aku cuba maksudkan disini adalah si pengemis yang dok pangku baby @ anak2 kecil yang masih isap botol..

Perkara macam ni dah biasa tengok.. betul tak? tapi sedarkah atau tidak wahai pembaca sekalian, mereka ni sebenarnya dipergunakan oleh beberapa pihak yang tak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan daripada kejadian seperti ini.. Terpulanglah pada anda semua macamana anda menilai.. Tapi bagi aku, aku lebih selesa dengan makcik/pakcik yang main muzik.. tak pun yang jual tisu.. walau mereka ni tua tapi mereka tak seperti pengemis muda yang dok pangku baby tu tadi...  mereka jual tisu @ main muzik demi mencari rezeki halal atas usaha sendiri...

Tepuk dada, Tanya selera...

* Maaflah, ini sekadar luahan/coretan yang tak dapat aku bendung. Kalau korang tak suka, just ignore jer.. apapun terima kasih kerana meluangkan sedikit waktu membaca ngomelan aku yang ntah apa2 ntah ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...