Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, September 07, 2010

Pengumuman Raya..

Assalamualaikum 1Malaysia dan semua yang berada di luar Malaysia..

Tak lama lagi Syawal aka tiba.. beberapa hari sahaja lagi kemeriahan berlangsung di seluruh negara. Dikesempatan ini aku serta keluarga ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kiranya ada kesilapan yang telah aku lakukan. Maaf zahir batin.. dan dalam menyambut raya ni,aku mungkin tak dapat nak update sebab balik ke kampung.. jumpa lagi yer.. selamat hari raya...

Saturday, September 04, 2010

Balik kampung.. Ohh... balik kampung..

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera..

Wah, seronoknya bila jalan-jalan di kedai-kedai. Lagu raya berkumandang sana sini ditambah pula dengan lagak promoter kedai yang tak putus-putus memberikan tawaran hebat bagi menarik perhatian kami yang lalu di hadapan kedai mereka. Tersenyum bila melihat ragam segelintir promoter yang mengoffer barangan mereka.. dah macam pasar malam pun ada..

Thursday, September 02, 2010

Pulau Pinang tambah 'duit raya'?

Mula-mula baca tajuk berita Harian Online hari ini terkejut juga iaitu bertajuk Pulau Pinang tambah 'duit raya'?
Tambah makin banyak ker? Jika makin banyak, lagi bertambah rezeki untuk raya tahun ini. Apabila dibaca, baru Sop faham rupanya ditambah dari RM400 sebelum ini ditambah lagi RM100 untuk menyamakan dengan pemberian duit raya oleh kerajaan.. ooo, baru faham :)




Ikuti berita penuh dari Berita Harian seperti berikut:

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menaikkan Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya kepada RM500 susulan keputusan Kerajaan Pusat memberi 'duit raya' sebanyak RM500 kepada kakitangan awam. 

Pengumuman kenaikan bantuan kewangan sebanyak RM100 itu dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam negeri di sini, semalam.
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan anggota perkhidmatan awam negeri itu dan agensi di bawahnya termasuk pihak berkuasa tempatan akan menerima duit raya sebanyak RM400.

Guan Eng berkata, pemberian itu adalah satu penghargaan serta pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan yang diberikan oleh pegawai dan anggota pentadbiran negeri membabitkan kira-kira 20 jabatan negeri. 

Katanya, bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kumpulan sokongan khususnya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. 

“Bantuan kewangan itu membabitkan peruntukan kewangan kira-kira RM7 juta kepada kerajaan negeri,” katanya. 

Di SEREMBAN, seramai 6,297 kakitangan awam negeri menerima duit raya RM500 bagi meringankan beban umat Islam menyambut Aidilfitri minggu depan. 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata duit raya khas itu diberikan kakitangan peringkat negeri seperti jabatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk kakitangan kontrak. 

Katanya, kakitangan jabatan dan agensi Kerajaan Pusat yang menerima duit raya seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tidak terbabit dalam langkah kerajaan negeri. 

“Tidak timbul keadaan ada kakitangan awam menerima duit raya dua kali kerana RM3.148 juta yang diperuntukkan untuk pemberian duit raya ini hanya untuk kakitangan awam negeri dan agensi di bawahnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam.

Wednesday, September 01, 2010

Bazaar oh Bazaar

Memang menjadi kebiasaan di bulan ramadhan tidak sah kalau tak menjengah masuk ke bazaar ramadhan. Tak kiralah di mana-mana pun yang pasti suasananya pasti hangat macam kepak ayam bakar..  Manakan tidak, tatkala memasuki gerai yang pertama hinggalah ke penghujung pasti kecur air liur dibuatnya. Pelbagai hidangan lauk pauk serta kuih-muih dijual di situ,begitu juga minuman yang telah diubahsuai hingga namanya pun kita tak pernah dengar.. Yang pasti itulah keseronokkan yang tergambar ketika membeli juadah berbuka puasa..



Janganlah kita terlalu rambang mata ketika memilih juadah, kerana nafsu membeli sering kali membuatkan makanan tersebut membazir begitu sahaja kalau tidak dihabiskan. Ramadhan  bukan sahaja mendidik kita menahan dari lapar dan dahaga semata-mata malah turut mengajar kita agar mengawal dari segala nafsu termasuk membeli. Dalam pada kita mengamalkan ibadah puasa, janganlah kita lupa pada insan yang memerlukan.. Membayar zakat fitrah wajib bagi kita umat islam mengerjakannya, jangan sampai takbir berkumandang baru nak bayar zakat.. mmm,parahlah kalau macam tu..


Kalau korang sudah menunaikan semua kewajipan, syukur alhamdulillah di ucapkan.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beramal   :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...