Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Tuesday, January 31, 2012

Journey 2: The Mysterious Island

Entri kali ni aku nak kongsikan bersama anda semua mengenai filem Journey 2: The Mysterious Island


Bagi penggemar filem bergenre pengembaraan, sudah pasti filem ini menepati citarasa korang. Amat sesuai jika bawa seisi keluarga menontonnya. Aku yakin korang pasti terhibur malah tak rugi kalau membeli tiket wayang ini. Jika korang sudah menonton...

Monday, January 30, 2012

Blur


Aku kena bertukar lokasi..  Tak boleh dah lepak sini lagi..  Ilham, di manakah engkau...   Arrgghhh...

Tak tahan beb..!

Aduh.. rasa senak tahap tak hengat dah..! apa dah jadi kepada aku sekarang ni..?  Apakah aku salah makan time makan malam tadi atau terlebih makan cili..?

Aku rasa macam nak ke toilet pun ada tapi bila masuk toilet tak nak pulak ehem.. ehem..
Adoi, puaslah aku dok picit2 kepala dan perut aku..  Ohh.. ko lapar rupanya wahai si perut..
Okay lah, akan aku tunaikan permintaan ko kali ni...

Kita gi kedai kat bawah blok aku jom..

Amboi.. inikah yang ko nak sangat tadi.. Hmm,padanlah ko meragam..


Akhirnya permintaan si perut tercapai jua..  Senyap juga akhirnya yer..

Sunday, January 29, 2012

Cara paling mudah bila di dalam Komuter


Bagi kita rakyat Malaysia khususnya memang rasa rasa pelik bila geng Negro masuk negara kita. Mana tidaknya, mereka masuk dengan menggunakan alasan pelajar di sini. Ahh, itu bukanlah perkara utama entri aku. Cuma nak share apa yang sahabat kita jumpa dalam Komuter. Thanks to xLupa kerana mengizinkan aku share photo ini. Aku tak peduli apa yang korang nak huraikan tentang photo di atas, hak korang nak kata apa.. 

Oh ya, kalau rasa2 nak luahkan.. Korang boleh memekak kat ruangan komen di bawah. TQ semua hehehe..

Saturday, January 28, 2012

Cloth Diaper

Apa yang korang tau pasal lampin pakai bang atau lebih dikenali sebagai diapers a.k.a Pampers..? Eh, orang dah berumahtanggalah yang tau pasal pampers ni.. Orang bujang nak amik tau buat apa..!  Tak kisahlah korang ni masih bujang atau sudah berumahtangga, ilmu ni tak rugi kalau kita belajar sama-sama. Okay, kat sini aku nak kongsikan bersama pembaca semua tentang lampin yang mampu menjimatkan kos perbelanjaan anda.




Berapakah kos perbelanjaan anda jika membeli sebag pampers dalam sebulan..? Aku biasa beli lampi pakai buang jenama Dryper saiz L(72 keping) berharga RM 43.++ sebanyak 3 bag dalam sebulan. Jika 8 tahun lalu aku membeli 6 bag sebulan sebab anak aku kembar.

Saturday, January 21, 2012

Saman bang..!

Syabas abang Polis (PDRM) yang menjalankan tanggungjawab di kawasan Leisure Mall, Cheras, Kuala Lumpur. 


Sedang makan tengah hari di McDonald's Leisure Mall tetiba ternampak kelibat abang polis celah2 jejambat tepi jalan nu.. Wah, siap main nyorok2 abang polis yer.. nak join boleh tak..?
Rupanya dia tengah dok perhati sape2 yang parking sesuka hati kat line kuning... Hmmm,bagus sangatlah tu. Padan muka kereta diorang, nak ngelak bayar parking last2 kena bayar kompaun.. Amik engkau hahahaha...

MORAL : Parkinglah kat tempat yang disediakan kalau tak nak kena saman / kompaun  

Thursday, January 19, 2012

Bila Grand Livina tunjuk garang

Just nak share dengan pembaca tentang suatu kejadian yang amat menakjubkan... hehehe.. Salute lah..


Jangan marah ek sape yang pakai Toyota hehehe... Rasa bangga plak hehehe...
Just for fun.. Sesungguhnya eksiden ni kebetulan, bukan nak memperkecilkan Toyota..
Hope you all enjoy..!

Uniknya tiada kat Malaysia

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama pembaca sekalian..

Suatu lokasi di Jepun




Wah, cantik tak..? 

Di Malaysia belum pernah aku jumpa sarung kerusi macam ni walaupun dalam Monorail, Komuter, STAR, LRT maupun KTMB. Serius beb, aku tak jumpa lagi...

Korang tengok, hiasan di dalamnya so sweet...
Hah, semua gambar yang korang lihat ni adalah hasil daripada saudara Syamsid aka MrFlymoo.
Aku nak promote Blog saudara kita ni kat pembaca sekalian. Ringankanlah jemari dengan meng'Klik' Blog MrFlymoo


Monday, January 16, 2012

Oh tidak..!

Berlaku tengahari tadi di USJ dekat-dekat The Summit USJ...


Time ni cuaca panas terik so aku mengandaikan si driver tu mesti mata dia terkebil-kebil menahan mengantuk tahap tak hengat punya. Sebabnya aku pun kekadang macam dia jugak... kena pulak angin panas menerpa muka, maunya tak mengantuk...

Kepada pemandu kereta,hati-hatilah ye... mujurlah lori,kalau kereta rasanya remuk sudahh...

Baik buruk perkhidmatan MyEG


Suatu perkhidmatan memperbaharui lesen serta cukai jalan kenderaan telah ditubuhkan pada Februari 2000. MyEG turut menyediakan khidmat pembayaran saman secara online serta berkaitan e-kerajaan. Selain memudahkan pengguna dalam berurusan ia juga menjimatkan masa dengan tidak perlu beratur panjang dalam setiap urusan berkaitan JPJ maupun Pejabat Pos. Maknanya segalanya dihujung jari anda jer. Hebatkan...



Tapi terdapat juga yang tak best tentang perhidmatan 'road tax' yang diberikan. { Sila baca disini }
Maaflah kalau nak masukkan dalam blog ini terlalu panjang, maka aku terpaksa 'link' bagi memudahkan korang  dan tak menyerabutkan blog aku   ^_^

MORAL :  Kita sebagai pengguna berhak untuk memilih samada mahu atau tidak. Segalanya terletak kepada diri anda. Mungkin dengan sedikit info ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada diri aku dan kawan2 yang lain.

Dulu-dulu

Masih ingatkah anda pada video games ni...

Console pertama yang pernah aku miliki, time tu aku share duit dengan adik aku. Siap kalau nak main kena sorok2 takut kantoi dengan mak aku hehehe...

Antara games kegemaran kitorang.

Bila Console dah rosak kami beli Micro Genius plak.. Share duit jugak,time tu mana mampu beli sendiri so kenalah share dengan adik sebab kemaruk games time tu..
Suatu ketika dulu menjadi kegilaan aku & bini aku masa kecik2 dulu..
Rasanya sape yang sealiran aku mesti tau games ni...

Kini inilah hiburan aku.. PSP..



Saturday, January 14, 2012

Tatoo


Aku tidak peduli apa yang korang memanggilnya, tetapi ini adalah kegilaan! Ia mungkin kelihatan ranggi tetapi proses ini ibarat membunuh. Aku rasa ini adalah benar-benar berbeza daripada tatu jalanan. Ini adalah ukiran badan yang tidak boleh dibayangkan kesakitannya. Malah kalau kita melihat, ia seolah-olah kesakitan yang mengujakan! Mujurlah Islam mengharamkan bertatu atau mencacah jarum ke kulit.


Melalui proses yang memeritkan tapi kau buat jugak.. Bodoh..

GSC Lite Mentakab

Penjelajahan ke Mentakab, Pahang Darul Makmur. Walaupun pada ketika itu hujan turun sekejap2 di pertengahan jalan tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk ke lokasi terbabit. Suatu perjalanan yang memenatkan dan jauh ke pedalaman menemukan sebuah komplek membeli belah yang bakal mengubah ekonomi penduduk setempat disana.



Adapun dikelilingi dengan pembinaan rumah yang banyak, dengan terbinanya Pacific Star Mall, Mentakab, Pahang; pastinya akan banyaklah peluang2 pekerjaan dan ekonomi akan berkembang pesat.


Akhirnya kami tiba di Pacific Star Mall, Mentakab. Payah juga nak mencarinya sebab untuk sampai ke destinasi, korang perlu menempuh kawasan perumahan dan tapak pembinaan. Tak percaya pun ada pada masa tu, apapun aku tak boleh beri andaian awal kerana kawasan ni baru je dibuka.


Di ruang legar, baru lagi.. kedai pun tak banyak mana pun.. pasaraya Pacific dan kedai fast food yang sudah beroperasi ketika ini. Amik masa sket la...


GSC Lite - terdapat 6 screen dan akan menayangkan 3D juga nanti. Desas desus menyatakan 19 Januari 2012 pembukaannya. Tapi masih belum diputuskan lagi..
Untuk gambar lagi, sila klik blog Munna

Wah, tentu seronok penduduk sekitar Mentakab.. Panggung wayang sudah ada.. Jom menonton..

Lepas ni pasti meriah Mentakab dengan terbinanya komplek membeli belah setinggi 2 tingkat. Suasana di luar perkarangan pada waktu malam.. Good Bye.. kami akan datang lagi..

Wednesday, January 11, 2012

Tired


Aku penat..
Ibaratnya nak tido atas Tar..
Sambil ternganga menanti hujan turun membasahi aku..


Walaupun Power Ranger tu hebat, dia pun penat..
Penat membasmi musuh..
Masa mencemburui mereka..


Hakikatnya aku penat hari ini..
Penat kerana segalanya..


Tuesday, January 10, 2012

Gila-Gila Remaja

Mari kita berhibur dengan paparan ini..


Remaja yang terover happy ni teruja agaknya dengan keluaran Apple..  So sajelah nak test power..


Monday, January 09, 2012

Pilihan Terletak Pada Diri Sendiri

Kisah pelajar cemerlang yang begitu meluas di media cetak dan elektronik sekarang ni membuatkan aku terfikir, bagaimana seorang yang terpelajar malah lebih genius dari aku yang tak hebat ni boleh terpesong akidahnya walhal dia bijak pandai. Nak kata didikan ilmu yang lemau rasanya aku lagi lemau, bahkan aku langsung tak pernah naik kapal terbang macam dia tu.. Nak tunggu aku repeat SPM ke..  belum tentu dapat macam dia.. hehehe..



Sunday, January 08, 2012

Kuasa Si Mulut

Apa yang best sangat topik kali ni..? Apa yang ada pada kuasa mulut..?  Mulut paling power pernah aku lihat ialah mengunyah mentol / kaca pastu siap telan macam biskut. Tak pernah pulak nampak mulut berupaya membelah gunung-ganang kecuali dalam movie X-Men..
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Itu jika di lihat dengan mata kasarnya saje. Hakikatnya mulut lebih berbisa daripada meriam buluh maupun sumpit beracun. Kita dapat lihatnya di sekeliling kita.

Friday, January 06, 2012

Jelajah Muzium

Eh.. bunyinya macam rombongan sekolah pulak.. Tapi itulah realitinya..  Pernahkah korang ke Muzium Sultan Alam Shah yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Ayuh apa lagi.. jomlah ke Muzium sekarang..

Thursday, January 05, 2012

Percayakah Anda..?

Sesuatu telah berlaku di salah sebuah shopping mall area Kuala Lumpur (sorry pembaca, korang kena teka sendiri kat mana lokasi ni hehehe..)

 Kepada pembaca yang biasa dengan escalator dan persekitaran tempat ni pasti dah jumpa jawapannyakan.. Shhh...  Hahaha... Ni baru sekeping, ada lagi sila turun ke bawah.. Check it out..!

Aku Setia


Kisah benar dari New Delhi di sebuah perkampungan di daerah Kamepally Andhra Pradesh, India. Seorang wanita mengalami kesan lecur yang teruk selepas terpaksa mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagai bukti dia tidak berlaku curang terhadap suaminya.


Sayamma, 35 tahun, dipaksa melakukan tindakan itu selepas suaminya, Ramaiah 37 tahun, yang dikahwini tujuh tahun lalu telah mendakwa isterinya berlaku curang dan mahu menceraikannya.
Amalan mencelup tangan ke dalam air mendidih tersebut merupakan ujian kesetiaan yang diamalkan di kampung itu dan turut diadili oleh orang tua digelar ‘panchayat’.
Bagaimana pula jika amalan tersebut turut diamalkan di Malaysia..? Anda bayangkan.. Mujurlah Islam melarang amalan tersebut..

Wednesday, January 04, 2012

Honda C50

Tentu korang tahu mengenai populariti motosikal Honda yang menjadi pengangkutan paling famous di Malaysia. Sejauh mana korang tahu mengenainya.. Ok mari baca lagi..


Tuesday, January 03, 2012

Azam Baru

Ramai yang pasang azam baru bila masuk tahun baru


Sejauh mana azam yang lepas terlaksana..? 
Adakah meninggalkan apa-apa makna yang mendalam..
Atau sekadar ucapan indah saje..

Sunday, January 01, 2012

Suatu Malam Kubur Berasap

Sebuah filem komedi seram yang tak berapa nak seram ni telah mula ditayangkan di pawagam sejak 22 Disember 2011 yang lalu dan masih lagi ditayangkan dan janganlah korang rasa takut seram-seram sejuk bila tengok tajuk filem ini kerana ceritanya tak serma pun.. hehehe.. Awwoouuu... hehehe..


KumOn Centre


Musim cuti persekolahan hampir ke penghujungnya, latihan dari sebuah pusat pembelajaran KUMON tetap diteruskan walaupun anak-anak berada di Jengka, Pahang. Agak letih jugaklah aku nanti nak menguruskan penghantaran homework mereka ke Jengka. Apa pun itu bukan penghalang untuk melihat perkembangan anak-anak aku. Biarlah aku berpenat lelah demi anak-anak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...