Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..

Korang tentu suka story ini..

Thursday, September 08, 2011

Remaja dan masa depan..

Remaja @ belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita di masa hadapan.  Mereka sebagai penyumbang kepada negara untuk generasi manusia kelak. Kalau di renungkan kembali perbezaan belia dulu dan sekarang, terlalu jauh bezanya ibarat langit dan bumi. 


Keruntuhan akhlak dan tiada perasaan hormat menjadi amalan hidup remaja kini. Agaknya mana silapnya...?


Pada siapa nak di tunding jari..?  Takkanlah ibubapa dan guru-guru pulak..?  



Sejak kita dilahirkan oleh ibu yang mengandungkan kita, ibubapalah yang banyak mencorakkan identiti anak tersebut agar menjadi catuan yang sempurna buat mereka.




Pasti hiba dan sayu apabila mereka meningkat remaja, anak yang dikandung dan diberikan didikan yang cukup sempurna berubah akhlak mereka.. Perasaan ibu siapa yang tahu..  Allah jualah yang mengetahui betapa peritnya mereka..






Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah diberikan didikan oleh guru-guru untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ruginya remaja itu..  berpeleseran dengan sahabat yang membinasakan diri mereka sendiri. Ingatlah, sahabat yang baik adalah sahabat yang membawa kita bersama ke jalan kebaikan begitu juga sebaliknya..






Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana masa takkan menunggu kita.. dan berubahlah dari sekarang sebelum terlewat....

2 comments:

mak encik | SZ said...

saya pun ngeri bila pikirkn masa depan anak2 ni..
mampukah mereka berdepan dgn cabaran2 hidup ...
kita dah harung zaman muda remaja, dah tau la sikit2 byk2 gejala sosial...
huhuhu

MIDONZ said...

Ibubapa mana yang tak risau... zaman semakin canggih... mudah2an kita berjaya cipta kehidupan mereka kelak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...