2 -3 hari yang lalu, anak perempuan aku dok mengadu sakit gigi sambil menunjukkan giginya yang bergoyang. Puaslah dia meyakinkan aku bahawa giginya sangat sakit walaupun aku cukup yakin akan kenyataannya itu. Aku berjanji padanya untuk bawa dia ke klinik gigi pagi semalam dengan syarat bangun awal pagi. Bukannya apa, kalau datang awal boleh balik awal. Klinik gigi ni memang popular kerana doktornya perempuan.. hehehe..
Eh, bukan sebab tulah.. tersasul pulak.. kerana layanan yang mesra pelanggan dan selesa yang menyebabkan klinik gigi ni popular dikalangan penduduk setempat. Jika korang nak try klinik gigi ni, silalah datang ke klinik gigi Noris yang bertempat di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Ewah.. promote lagi tuu..
Okay, berbalik pada cerita anak perempuan aku tadi.. Maka seperti yang dijanjikan, anak aku memang bersemangat waja kerana sanggup bangun sebelum solat subuh.. terkedu aku dibuatnya.. "kak, kenapa awal sangat?", kata aku. "Oh.. lambat lagi ke? okay, nanti daddy kejutkan kakak yer.."
Dengan senyuman aku membalas katanya..
Selesai 1 perkara, perkara yang lain pula timbul iaitu anak bongsu aku pulak bangun merengek-rengek.. apa lagi terpaksalah aku & isteri membuat spot check, rupanya baby melepaskan hajatnya la pulok..
Jam sudah pukul 9.30 pagi, si kakak sudah bersiap-siap nak ke klinik. Tak ketinggalan si abangnya juga nak join sama, bukan nak cabut gigi tapi sekadar nak follow. Sepanjang perjalanan ke klinik puaslah si kakak bertanyakan pelbagai soalan pasal gigi tapi aku tak perlu susah nak jawab sebab si abang tolong jawabkan soalan-soalan si kakak. Sepenuh perasaan si abang menceritakan pengalaman lalunya kepada si kakak sampai dia puas hati. Tersenyum aku dibuatnya..
Jam 10.15 pagi dalam bilik doktor, doktor gigi seperti biasa menjalankan tanggungjawabnya bersembang-sembang dengan si kakak tentang sekolah walhal jari jemarinya tak henti menjalankan kerjanya membelasah gigi si kakak.. hehehehe... kurang 10 minit dah settle.. Si kakak terkejut, "dah cabut ke?", si kakak bertanya.. Doktor gigi menganggukkan kepala beberapa kali sambil tersenyum...
Sampai di rumah, habis seisi rumah diceritakan pengalamannya di klinik gigi.. Aku tersenyum melihat telatahnya.. "dah besar dahh anak aku", kataku dalam hati.
Tinggalkan Link Anda disini... Saya akan melawat anda disana..
Korang tentu suka story ini..
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, July 10, 2011
Hari yang serabut..
Apakah takde kerja lain ke nak buat selain buat kecoh..? Hari ini berlaku suatu kejadian yang sememangnya menyusahkan warga Malaysia khususnya yang bekerja di bandar Kuala Lumpur. Apa taknya, segala perancangan/urusan yang sepatutnya di lakukan pada hari ni tergendala gara-gara 'Perhimpunan Bersih' ni.
Memang tak seharusnya perkara ini terjadi tambahan pula dalam negara Malaysia yang kita tau aman dan masyarakatnya yang berbilang bangsa. Kecoh kawan-kawan aku yang nak berurusan di bandar KL gara-gara perhimpunan yang 'tak bersih' langsung.
Apa yang dikatakan BERSIH pun masih menjadi tanda tanya dalam kotak kepala aku. Apa yang aku nampak, rusuhan oleh beberapa pihak yang secara terangnya menampakkan pekung mereka sendiri. Ahh.. cerita banyak pun tak guna juga kerana pihak polis sudah memberi amaran tentang perkara ini sebelum perkara ni terjadi. Langkah-langkah keselamatan juga telah di ambil oleh pihak polis dalam memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tak sepatutnya.
Harapan aku agar 'BERSIH' tidak bersikap seperti pengganas. Jangan malukan bangsa kita sendiri kerana bangsa lain sedang memerhatikan kita. Mereka pasti sedang ketawa melihat bangsa kita bertelagah sesama sendiri.. Malulah woi.. Anda semua bukannya bodoh bahkan ada yang belajar sampai luar negara..

Thursday, June 30, 2011
Menanti detik bersejarah - bahagian 2 -
27 jun 2011 / 3.00 petang - Maka baliklah kami dengan hampanya.. hampa ke? pada dasarnya cuaklah jugak, iye la kami tak menjangkakan ia berlaku. Jururawat memaklumkan agar kami segera ke hospital jika berlaku pendarahan atau air ketuban pecah.
28 jun 2011 / 4.30 pagi - Isteri mula rasa sakit tahap meroyan, aku yang baru je nak lena sebab baru pulang kerja lewat pagi mula terkebil-kebil keBLURan bingkas ke bilik mandi. Selesai siap-siap apa yang patut kami terus ke HUKM.
28 jun 2011 / 5.00 pagi - Kena tahan di wad dan jururawat memantau perkembangan dari semasa ke semasa.
28 jun 2011 / 11.00 pagi - Selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Ku beri nama Ardini Surfina.

Monday, June 27, 2011
Menanti detik bersejarah
Tengah hari ni hati aku bercampur takut.. risau.. tapi aku tetap cool.. hahhaa.. sebab ruang menunggu air cond tahap peti sejuk ke.. arghh.. apa hal pulak dengan citer air cond pulak ni.. Ish, aku nak citer pasal bini aku masuk hospitallah hari ni..
Kalau mengikut kiraan waktu, memang sudah masuk 38 minggu dah.. Puas aku tukar posisi duduk aku.. sampai tahap naik kebas dibuatnya... setelah hampir 2jam menunggu, akhirnya bini aku pun keluar dari bilik doktor.
Dengan penuh sabar aku tunggu apa yang nak diucapkannya.. aku tenang mendengar penjelasannya dan dia memutuskan untuk balik ke rumah..
Eh, kenapa jadi macam tu pula? hahahahaa... korang sabarlah yer... nanti aku citer... jumpa lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)